Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bi.ca.ra.an] | ڤمبيچاراءن

Definisi : 1. percakapan, perbincangan: ~ mereka beralih kpd perkara lain; 2. Id pengadilan perkara di muka hakim; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bi.ca.ra.an] | ڤمبيچاراءن

Definisi : perbuatan membicarakan: ~ mereka telah beralih drpd politik tanah air kpd syarikat kerjasama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembicaraan

Peribahasa

Singkap daun,
     ambil isi (= buah).

Bermaksud :

Pembicaraan atau perundingan secara berterus terang. (Peribahasa lain yang sama makna: Buka kulit, ambil [= tampak] isi).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PEMBICARAAN ATAU PERBICARAANKEDUA-DUA PERKATAAN, PERBICARAAN DAN PEMBICARAAN ADALAH BETUL. MENURUT KAMUS, PERBICARAAN BERMAKSUD PENGADILAN SESUATU PERKARA DI MAHKAMAH. PEMBICARAAN PULA BERMAKSUD PERCAKAPAN, PERBINCANGAN.Makna03.03.2011
PEMBICARAAN ATAU PERBICARAKEDUA-DUA PERKATAAN, PERBICARAAN DAN PEMBICARAAN ADALAH BETUL. MENURUT KAMUS DEWAN, PERBICARAAN BERMAKSUD PENGADILAN SESUATU PERKARA DI MAHKAMAH. PEMBICARAAN PULA BERMAKSUD PERCAKAPAN, PERBINCANGAN.Makna03.03.2011
Salam sejahtera. Bolehkah tolong jelaskan, "Hearing" dalam bidang undang-undang adakah membawa maksud pembicaraan atau perbicaraan? Contohnya dalam "Provisional Hearing". Terima kasih.Istilah bahasa Melayu untuk "hearing" ialah pembicaraan. Perbicaraan ialah padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "trial".Istilah13.04.2016
Mana ayat yang betul? 1a. 10 buah makalah termuat di dalam buku ini. 1b. 10 buah makalah termuat dalam buku ini. 2a. Bahagian A ialah pembicaraan mengenai... 2b. Bahagian A adalah pembicaraan mengenai... 3a. Di dalam buku ini, penulis memasukkan... 3b. Dalam buku ini, penulis memasukkan... 4a. Kesemua makalah dimasukkan ke dalam Bahagian A. 4b. Kesemua makalah dimasukkan dalam Bahagian A. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1b. 10 buah makalah termuat dalam buku ini.
2a. Bahagian A ialah pembicaraan mengenai ... 
3b. Dalam buku ini, penulis memasukkan ... 
4b. Kesemua makalah dimasukkan dalam Bahagian
Tatabahasa17.06.2014
Resensi mengikut kamus dewan - pertimbangan atau pembicaraan buku dll. Adakah betul dari segi bahasa jika saya menganjurkan satu program keilmuan dan menamakan program tersebut "Resensi Ilmu" . tk

Penamaan program “Resensi Ilmu” kurang tepat. Perkataan “dan lain-lain” dalam maksud resensi merujuk kepada bahan-bahan yang setaraf dengan buku, seperti novel, majalah, makalah, dan jurnal. Program yang selalu dibuat ialah “Resensi Buku”. Bagi program keilmuan dicadangkan “Wacana” yang merujuk kepada perbincangan atau pertukaran idea secara lisan yang bersifat intelektual.

Lain-lain19.02.2014
apakah makna tema?Mengikut Kamus Dewan, kata ‘tema’ bermaksud subjek yang menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan dan cerita.Makna22.09.2014
laras bahasa merupakan unsur bahasa dan bukannya unsur makna.sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataaan tersebut.berikan contoh laras yang sesuai bagi menyokong pendapat andaMenurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, laras bahasa ialah variasi bahasa menurut penggunaan yang dihubungkan dengan sesuatu keadaan atau situasi yang berbeza-beza menurut tajuk pembicaraan, hubungan antara pembicara, dan situasi pembicaraan. Contoh laras bahasa umum: Dilarang memijak rumput, contoh laras bahasa undang-undang: Tertakluk pada terma dan syaratLain-lain17.03.2009
apakah perbezaan antara tema dan maksud dalam sesebuah seloka ?Tuan,

Untuk makluman, seloka bermaksud puisi yang berisi ajaran (sindiran, jenaka dll). Tema dalam seloka ialah subjek yang menjadi dasar/pokok sesuatu pembicaraan dalam seloka. Manakala, maksud  dalam seloka pula ialah tujuan sesebuah seloka itu dicipta, sama ada mengejek, menyindir secara serius atau berjenaka, mengkritik tingkah laku, sikap atau sifat negatif dan sebagainya.
Sastera22.04.2019
Jawi itu bahasa atau tulisan?Jawi ialah tulisan, dalam huraian bahasa Inggeris ditafsirkan sebagai writing system. Namun begitu, bahasa Jawi juga digunakan dalam wacana dan ia merujuk bahasa Melayu. Oleh itu, dalam pembicaraan hal ini seelok-eloknya digunakan tulisan Jawi agar tidak terkeliru dengan maksud lain bagi perkataan Jawi.Lain-lain29.10.2020
Apakah perbezaan antara dua peribahasa berikut: 1. Kusut di hujung bawa ke pangkal 2. Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan Terima kasihPeribahasa kusut di hujung bawa ke pangkal bermaksud pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah. Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan pula bermaksud kalau dalam perundingan tidak mencapai kata sepakat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya dari semula.Makna26.08.2015
123

Kembali ke atas