Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bi.na.an] | ڤمبيناءن

Definisi : 1. perbuatan (kegiatan, usaha, dsb) membina (mendirikan, membangunkan): ~ jambatan; 2. pembangunan: ~ negara; 3. perihal membina (tubuh dsb): zat-zat yg membantu ~ tubuh; 4. perbuatan membina (bahasa): ~ bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bi.na.an] | ڤمبيناءن

Definisi : perbuatan atau hal membina; pembangunan: ~ masjid itu memakan masa lebih kurang dua tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembinaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEMBINAAN BANGUNAN UMUM 
SYARIKAT PEMBINAAN

Syarikat pembinaan ialah bank simpanan khas.

Fungsi utama syarikat pembinaan ialah

menggalakkan simpanan daripada orang awam, dan

meminjamkan simpanan itu kepada individu yang

hendak membeli rumah sendiri. Pinjaman ini dibuat

mengikut perjanjian undang-undang yang dikenali

sebagai gadai janji. Gadai janji biasanya dibayar balik

dalam jangka masa yang panjang selama 20 atau 25

tahun.

UMUM 
PERALATAN PEMBINAAN

Peralatan pembinaan merupakan jentera yang

digunakan untuk membina dan merobohkan

jambatan, bangunan, dan struktur-struktur lain.

Jentera ini biasanya dapat menjimatkan tenaga

kerja, wang, dan masa. Sebuah jentera dapat

melakukan kerja yang lebih banyak dalam masa

satu jam berbanding seratus orang pekerja yang

menggunakan peralatan tangan dalam satu hari.

Jentera utama untuk membina bangunan termasuk

(1) jentera korek tanah, (2) mesin angkat dan kendali

bahan, dan (3) mesin pam.

UMUM 
PUSAT PEMBINAAN DAN PENGEMBANGAN BAHASAPUSAT PEMBINAAN DAN PENGEMBANGAN BAHASA,  badan kegiatan kebahasaan dan kebudayaan di Indonesia. Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa ditubuhkan pada 1 April 1975.BAHASAInstitusi/Organisasi
TELFORD, THOMAS

Telford, Thomas (1757–1834) ialah jurutera

awam Scotland yang terkenal kerana

mempertingkatkan kaedah pembinaan jalan raya.

Telford menggunakan batu rata yang besar bagi

pembinaan tapak jalan raya dan kaedah ini

dinamakan mengambil sempena namanya.

Telford membina jambatan, terusan, pelabuhan,

dan tali air. Dia membina jambatan tergantung

Selat Menai yang menyambungkan Pulau

Anglesey dengan tanah besar Kaunti Gwynedd di

Wales, dan Terusan Ellesmere yang

menyambungkan Sungai Mersey, Sungai Severn

dan Sungai Dee di England. Dia juga membina

Terusan Caledonian di Scotland. Dia lahir di

Eskdale, Scotland.

UMUM 
KEMAHIRAN BINAAN

Kemahiran binaan ialah mana-mana satu

daripada cabang industri yang berkaitan dengan

pembinaan bangunan awam, rumah, jambatan,

terusan, pelabuhan, landasan kereta api, takungan,

jalan dan lebuh raya, betung, dan terowong.

Kesemua kemahiran binaan ini dikenali sebagai

industri pembinaan.

UMUM 
BAHASA MELAYU BAKU ASAS PEMBINAAN TAMADUN BAHASAKonsep
PINTU AIR

Pintu air, dalam pembinaan terusan. Lihat

Terusan (Pintu air; gambar).

UMUM 
GEOLOGI KEJURUTERAANSubbidang geologi gunaan menggunakan maklumat dan ilmu geologi dalam pembinaan kejuruteraanKEJURUTERAANKonsep
ANUGERAH DUKE OF EDINBURGH

Anugerah Duke of Edinburgh ialah anugerah

bagi pembinaan sahsiah belia antarabangsa yang

mula-mula dicadangkan pada tahun 1954 oleh Duke

of Edinburgh, suami kepada Ratu Elizabeth II (lihat

Philip, Prince ).

UMUM 
12345678

Kembali ke atas