Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bo.rong] | ڤمبوروڠ

Definisi : 1. orang yg membeli keseluruhannya atau secara besar-besaran: hasil kebun itu dijualnya kpd seorang ~; 2. orang yg melakukan pekerjaan keseluruhannya: kontrak mendirikan bangunan itu diberikan kpd seorang ~ Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bo.rong] | ڤمبوروڠ

Definisi : 1 orang yg membeli secara banyak-banyak atau keseluruhannya. 2 orang (syarikat dsb) yg membuat sesuatu pekerjaan hingga selesai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemborong


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PEMBORONG BARANGAN PAIP AIR ATAU PEMBORONG PERALATAN PAIP AIR ATAU PEMBORONG PAIP AIRPEMBORONG PAIP AIRLain-lain18.01.2011
pemborong kasutTiada soalan yang dikemukakan, sila hubungi kami semula.Lain-lain01.08.2013
Saya ingin membuat barner untuk perniaggan sendiri. Ini adalah barner yang ingin dibuat. Menjual pakaian wanita & pemborong NRA THREE COLLECTIONPerkataan yang sesuai untuk "Menjual pakaian wanita & pemborong NRA THREE COLLECTION" ialah "Penjual dan Pemborong Pakaian Wanita NRA THREE COLLECTION" . Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan sijil pengesahan bahasa, tuan bolehlah menggunakan e-Perkhidmatan (Khidmat Pengesahan Bahasa) dengan membuat permohonan dalam talian menggunakaan laman web www.prpm.dbp.gov.my.Tatabahasa26.04.2015
Manakah satu jemahan berikut adalah betul dari segi bahasa. Eng: The most comprehensive one-stop wholesale city in south-east asia 1. Pusat pemborong sehentian yang paling komprehensif di asia tenggara 2. Pusat pemborong sehenti yang paling komprehensif di asia tenggara 3. Pusat pemborong satu perhentian yang paling komprehensif di asia tenggaraTerjemahan yang betul untuk  "The most comprehensive one-stop wholesale city in south-east asia" ialah   Pusat pemborong sehentian yang paling komprehensif di Asia Tenggara .Penyemakan dan penterjemahan09.04.2014
Sila menterjemahkan ke dalam bahasa Jawi PEMBORONG BARANGAN PLASTIKEjaan jawi bagi Pemborong Barangan Plastik ialah ڤمبوروڠ بارڠن ڤلستيکEjaan19.12.2019
Salam sejahtera saya ingin mendapatkan nasihat mengenai ayat ini : "Pembekal dan pemborong ayam, daging" kemusykilan saya ialah ayat tersebut seperti tergantung saya sertakan gambaran yang diperlukanLetakkan di bahagian atas sebelah kiri - PEMBEKAL DAN PEMBORONG AYAM DAN DAGING. Kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan Khidmat Nasihat Bahasa.Tatabahasa16.06.2015
kami ialah syarikat yang menyedar bingkai kayu & polistirena and juga membuat bingkai gambar, tetapi bukan 'membuat bingkai kayu & polisterina' seperti yang dinasihati daripada tuan / puan pada 29/6/15, sila menasihat iklan yang dilampirkan terima kasihSila kenal pasti keterangan syarikat tuan, pemborong, pembekal atau "syarikat yang menyedar"? Sila buat pembetulan dan symbol & ditulis dan, kemukakan semula melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Tatabahasa01.07.2015

Kembali ke atas