Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bua.ngan] | ڤمبواڠن

Definisi : 1. perihal membuang(kan); 2. tempat membuang (sampah dll); 3. tempat hukuman (orang yg dihukum buang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bua.ngan] | ڤمبواڠن

Definisi : perbuatan atau hal membuang: Pengumpulan dan ~ sampah dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembuangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
definisi pembuangan bayi, cara mengatasi pembuangan bayi di kalangan remaja.Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, kata buang bermaksud mencampakkan , mlemparkan. menghapuskan ,menghilangkan. Kata bayi bermaksud anak kecil yang baharu dilahirkan. Makna pembuangan bayi pula ialah perbuatan 'mencampakkan' atau 'menghapuskan'. Sekiranya sdr. ingin menulis tentang perkara ini sdr. dinasihati membaca makalah dalam akhbar dan majalah dan sebagainya atau berbincang dengan guru sdr.Makna04.09.2007
gejala pembuangan bayi atau gejala membuang bayi atau gejala buang bayi ? perlakuan membuang bayi atau perlakuan buang bayi atau perlakuan pembuangan bayi?1. Gejala pembuangan bayi. 2. Perlakuan membuang bayi.Makna01.07.2014
Assalamualaikum, Saya ingin menyemak, adakah betul penggunaan istilah 'membuang undi' atau 'pembuangan undi'. Adakah ini betul atau diterima pakai? Kenapa undi perlu dibuang? Saya merasakan ini adalah terjemahan langsung dari Bahasa Inggeris 'cast a vote'. Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, "membuang undi" dan "pembuangan undi" membawa maksud menentukan sesuatu dengan undi. Dalam bidang Sains Politik, "pembuangan undi" atau "pengundian"  diambil daripada istilah sumbernya iaitu "Voting".Istilah15.12.2021
mengacara Pengadil mengacara kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah berkenaan kes pembuangan bayi di mahkamah Tuan,Saya nak tanya ayat ini salah atau betul? Kalau salah mengapa?

Ayat yang betul ialah, Hakim mengadili kesalahan penjenayah di mahkamah bagi kes pembuangan bayi. 

Tatabahasa08.01.2021
Sejak belakangan ini, kejadian pembuangan bayi semakin meluas. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQAyat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa16.02.2012
Salam, apakah maksud kumbahan? Contoh ayat yang menggunakan perkataan 'kumbahan', iaitu: 1. Banyak sungai di negara kita tercemar disebabkan kegiatan pembuangan sampah sarap, sisa toksik dan kumbahan manusia ke dalam sungai. Jadi, apakah maksud kumbahan di situ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tiada maksud yang jelas untuk kumbahan. Tetapi, air kumbahan dimaksudkan sebagai air yang telah digunakan untuk membasuh. Adakah tepat maksud itu berdasarkan contoh ayat yang saya berikan tadi? Menurut pendapat saya, kumbahan dalam ayat bermaksud 'bahan buangan manusia seperti najis dan sebagainya'. Sila berikan penjelasan. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, kumbah sama dengan mengumbah iaitu membersihkan dengan air, membasuh: ~ pinggan mangkuk; 2. ki men­caci (orang), mengatakan keburukan orang; kumbahan; air ~ air yang telah digunakan untuk membasuh. Menurut maksud tersebut, kumbahan bukan bermaksud bahan buangan manusia seperti najis.Tatabahasa02.07.2013
Kami dapati tiada perkataan "decarbonation" dalam kamus untuk dipadankan dengan " pendekarbonan". Perkataan yang didapati ialah "decarbonization". Bolehkah jika kami mengekalkan perkataan "decarbonation" tersebut dan dipadankan dengan "pendekarbonan".Istilah sumber bagi pendekarbonan ialah "decarbonization" yang terdapat dalam bidang perubatan dan kimia yang bermaksud proses pembuangan karbon daripada darah di dalam paru-paru secara penukargantian oksigen dengan karbon dioksida. Cadangan terjemahan bagi decarbonation ialah pengenyahkarbonatanMakna18.07.2021
Assalamualaikum Mohon untuk mendapatkan istilah dalam bahasa melayu bagi terma berikut: Erosion and Sediment Control Plan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak Pelan Kawalan Hakisan dan Enapan Sediment - kelodak atau enapan Mulching - Sungkupan atau penyungkupan Control at source - Kawalan pada punca atau kawalan di punca Rapid Disposal - Pembuangan cepat atau Pelepasan Cepat Runoff Management - Pengurusan air larian atau Pengurusan Aliran Flow = aliran Runoff = air larian? Mohon pengesahan. Terima kasih1. Terjemahan bagi "sediment" daripada bidang kimia ialah enapan manakala daripada bidang pertanian ialah endapan. Bagi terjemahan yang "erosion" pula ialah hakisan. Maka terjemahan yang sesuai bagi "erosion and sediment control plan" ialah pelan kawalan endapan dan hakisan.
2. Terjemahan bagi "mulching ialah sungkupan
3. Cadanagn terjemahan yang sesuai bagi "control at source" ialah kawalan daripada sumber
4. Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "rapid disposal" ialah pelupusan pantas
5. Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "runoff management" ialah pengurusan aliran
Makna22.10.2020
Salam sejahtera Saya ingin mendapatkan padanan dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan-perkataan berikut: 1. Waste Watcher 2. Waste Watcher Business Support 3. Emitter of CO2 gas 4. Different points of preparation 5. Leftovers and trimmings 6. Waste insights and Waste Trends 7. False transactions 8. High sensitivity 9. Dummy weight to enact waste 10. Spoilage area 11. Choose applicable item/category Untuk pengetahuan puan, ini adalah dalam konteks pembuangan sisa makanan dan tentang mesin yang merekod dan mengira pembuangan sisa makanan. Terima kasih.Kami mencadangkan padanan seperti berikut:

1) "Waste Watcher": Pemerhati Sisa Buangan

2) "Waste Watcher Business Support": Penyokong Perniagaan Pemerhati Sisa Buangan

3) "Emitter of CO2 gas": Pemancar Gas Karbon Dioksida

4) "Different points of preparation": Pelbagai Jenis Penyediaan

5) "Leftovers and trimmings": Baki dan Reja

6) "Waste insights and Waste Trends": Tinjauan dan Kecenderungan Sisa Buangan

7) "False transactions": Urus Niaga Palsu/Transaksi Palsu

8) "High sensitivity": Kepekaan Tinggi

9) "Dummy weight to enact waste": Berat Palsu untuk Menghasilkan Sisa Buangan 

10) "Spoilage area": Kawasan Perosak

11) "Choose applicable item/category": Pilih Kategori/Barangan Boleh Guna


Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah16.07.2021
Apa maksud badan bebas?Badan bebas ialah badan atau pertubuhan atau kumpulan yang sama ada dilantik oleh pihak tertentu atau diwujudkan atas matlamat tertentu yang tidak dikongkong, tidak terikat atau tidak dikuasai oleh pihak lain. Contoh : pihak kerajaan melantik kumpulan pakar untuk mengkaji kesan pencemaran alam sekitar akibat pembuangan sisa toksid, maka badan tersebut diberi kuasa atau kebebasan untuk melaksanakan tugasnya tanpa dikongkong oleh pihak kerajaan. Makna27.05.2008
12

Kembali ke atas