Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.buat] | ڤمبوات

Definisi : (orang dll) yg membuat: kilang ~ paku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.buat] | ڤمبوات

Definisi : orang atau alat yg membuat: Di Petaling Jaya, terdapat kilang ~ asid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembuat

Peribahasa

Retak melampaui tara (= garis).

Bermaksud :

Perbuatan yang sudah melampaui batas. (Peribahasa lain yang sama makna: Sumbing melalui [= meluaki], retak melampaui tara [= garis]). tara = kayu yang diberi berpaku akan pembuat garis pada kayu; melampaui cara = melampaui garis.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana hendak diterjemah, "Safran turbine engines power helicopters from the world’s leading manufacturers" ? Enjin-enjin turbin Safran menguasakan helikopter-helikopter daripada pembuat-pembuat terulung dunia?Cadangan terjemahan yang sesuai bagi ayat yang diberikan ialah Helikopter Safran berkuasa enjin turbin merupakan pemacu pembuatan enjin di dunia.Makna13.11.2020
mesin pembuat mi atau mesin pembuatan mi atau mesin ??? mi ... terima kasih.Frasa yang betul ialah mesin pembuatan mi.Tatabahasa29.06.2013
Salam Sejahtera. Tuan/Puan, Adakah perkataan "pembuat roti" merujuk kepada seseorang yang membuat roti saja? Atau, ia adalah sama dengan perkataan "baker" dalam bahasa Inggeris di mana ia merujuk kepada seseorang yang membuat roti, pastri, kek, puding dan sebagainya? Terima kasih.Padanan baker dalam bahasa Melayu ialah pembuat roti. Secara khususnya kata nama tersebut merujuk orang yang membuat roti, namun jika dalam konteks yang umum seperti di kedai roti dan kek, umum mengetahui bahawa pembuat roti termasuklah juga pembuat kek.Tatabahasa22.09.2014
1)ceiling 2)pembuat ceiling lepa 3)papan gypsum 4)plaster ceiling produk1)siling 2)pembuat siling lepa 3)papan gipsum 4)produk siling plasterEjaan25.01.2011
Apakah padanan bahasa Melayu untuk perkataan 'barista' iaitu orang yang bekerja sebagai pembuat kopi?Barista dalam Bahasa Melayu ialah pembuat kopi.Penyemakan dan penterjemahan21.06.2019
tuan / puan, saya ingin memohon mpsj lesen perniagaan, dengan ini saya menyertakan visual papan iklan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak dewan bahasa and pustaka. terima kasihKami mencadangkan iklan tuan dibetulkan menjadi: PEMBUAT BINGKAI KAYU DAN POLISTIRENA (letakkan di bahagian atas sekali) dan perkataan Pembuat Bingkai Gambar dipinda menjadi Membuat Bingkai Gambar (letakkan di bawah nama kedai). Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain27.06.2015
manufacture & designerpembuat/pengilang & pereka bentukIstilah19.02.2009
Tuan, melampaukah perbuatan "menunggu", iaitu adakah perbuatan "menunggu" melampaui pembuat lalu mengenai penyambut? Sila baca WordPad untuk lebih terang memahami soal saya.Untuk makluman, menunggu ialah kata kerja transitif. Untuk maklumat lanjut, mohon rujuk buku Tatabahasa Dewan.  Tatabahasa12.12.2016
Apakah kata nama untuk orang yang membuat kek?Pembuat KekLain-lain14.01.2015
Adakah ayat ini betul? Hal-hal yang dia katakan tidak betul. Adakah "yang dia katakan" harus dibetulkan menjadi: Hal-hal yang dikatakannya tidak betul. Apabila pembuat itu adalah orang ketiga, adakah kita harus menggunakan "dikatakannya"?

Ayat yang lebih gramatis ialah  “Hal-hal yang dikatakannya tidak betul.”

Tatabahasa10.05.2023
123

Kembali ke atas