Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bu.da.ya.an] | ڤمبوداياءن

Definisi : proses atau cara membudayakan sesuatu (pemikiran, ilmu, dll): ~ ilmu di kalangan pelajar penting utk pembinaan negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembudayaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slogan mana yang lebih tepat dari segi penggunaan bahasanya :- • Pembudayaan Kreativiti Pencetus Transformasi atau • Pembudayaan Kreatif Pencetus Transformasi Terima kasihSlogan yang lebih tepat ialah " Pembudayaan Kreatif Pencetus Transformasi"Tatabahasa21.02.2014
Apakah terjemahan dalam BI yang sesuai bagi Pembudayaan Penyelidikan.Kami mencadangkan "pembudayaan penyelidikan" diterjemahkan sebagai "research enculturation". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Penyemakan dan penterjemahan15.06.2022
Gaya penulisan: contoh : Pembudayaan Pengurusan Kurikulum Berkualiti, antaranya: - Mesyuarat 3 kali setahun. - Menyediakan JK Kajian Tindakan. Adakah perlu digunakan huruf besar ( M ) dan noktah untuk 2 frasa di atas .

Ayat yang betul ialah " Gaya penulisan: contoh : Pembudayaan Pengurusan Kurikulum Berkualiti antaranya; mesyuarat 3 kali setahun dan menyediakan JK Kajian Tindakan. " 

Tatabahasa04.12.2009
DEFINI INTEGRITI DAN PEMBUDAYAAN DALAM BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS

Mengikut Kamus Dewan, perkataan ‘integriti’ mempunyai 2 maksud iaitu,  1. Kejujuran

 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; manakala pembudayaan daripada kata dasar ‘budaya’ yang mempunyai 3 maksud iaitu, 1. tamadun, peradaban 2. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, 3. bersifat budaya yang mengenai kebudayaan, (yang) sudah maju (akal budi). Kedua-dua maksud yang diberikan merupakan maksud langsung yang digunakan dalam masyarakat tanpa memasukkan makna konsep.
Istilah24.09.2014
Pembudayaan ilmu perlu ditanam di dalam jiwa graduan sebab ilmu yang mereka miliki ialah sesuatu harta yang paling berharga sekali bila mereka melangkah ke dalam alam pekerjaan dan seterusnya menjana kembali ilmu itu bagi merialisasikan impian ke dalam sesuatu bidang yang mereka ceburi. Sikap membentuk kita bertindak berdasarkan kepada apa yang kita pelajari dari pengalaman tanpa memerlukan kita menganalisa setiap satu keadaan seolah-olah ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pengalaman masa lampau. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas beserta dengan alasan-alasannya.Terima kasihPembudayaan ilmu perlu ditanam di dalam jiwa setiap graduan kerana ilmu yang mereka miliki ialah harta yang paling berharga sekali bila mereka melangkah ke alam pekerjaan dan seterusnya menjana kembali ilmu itu bagi merealisasikan impian dalam bidang yang mereka ceburi. Sikap membentuk graduan bertindak berdasarkan apa yang dipelajari dari pengalaman tanpa perlu menganalisis setiap keadaan, seolah-olah ia tidak mempunyai sebarang kaitan, dengan pengalaman masa lampau.Tatabahasa26.09.2007
Saya ingin mendapatkan istilah bahasa Melayu untuk perkataan-perkataan dan istilah yang berikut: 1) enculturation 2) enculturated actorKami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

enculturation - pembudayaan

enculturated actor - pelaku berbudaya

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain27.08.2021
Apakah persamaan dan perbezaan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) dengan Bahasa Melayu Baku?

Pada umumnya, konsep bahasa Melayu tinggi merujuk kepada penggunaan bahasa Melayu dalam konteks wacana ilmiah dan berkaitan dengan ketamadunan. Bahasa Melayu menjadi wahana bagi melahirkan idea dan wawasan yang berkaitan dengan kesarjanaan dan kebudayaan. Bahasa Melayu tinggi lazimnya digunakan dalam seminar, persidangan atau kongres yang berkaitan dengan bahasa, budaya ataupun bidang ilmiah yang lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku prosiding Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I - VII, Prosiding Konvensyen Bahasa Kebangsaan 2001, dan Prosiding Seminar Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-2 2006 yang terdapat di Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata, laras bahasa dan sebutan.

Tatabahasa07.01.2013

Kembali ke atas