Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bu.ka] | ڤمبوک

Definisi : 1. orang yg membuka; 2. alat utk membuka (sesuatu): ~ botol; ~ surat; 3. awal, permulaan: ~ kata; ~ jalan a) perintis, pelopor; b) sesuatu yg memberikan atau mengadakan peluang (kesempatan); ~ jalan fikiran sesuatu yg menimbulkan kesedaran: petunjuk Allah adalah ~ jalan fikiran dan penyuluh hidup yg sebenar; ~ langkah sesuatu yg memulakan (kegiatan dll); ~ mata sesuatu yg menyedarkan orang atau pihak yg tertentu drpd kesilapan, kekurangan atau sesuatu yg tidak diketahui sebelum ini: kebangkitan pemain senior yg menyerlah dlm beberapa kejohanan besar menjadi ~ mata masyarakat tempatan dan antarabangsa; ~ pintu sesuatu yg memberi kesempatan kpd, sesuatu yg merintis jalan kpd; ~ selera makanan yg boleh mendatangkan selera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bu.ka] | ڤمبوک

Definisi : 1 orang yg membuka: ~ jalan. 2 alat yg digunakan utk membuka: ~ botol. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembuka

Puisi
 

Sudah ada kereta api,
     Pergi ke Kapar membeli benang;
Sudah dapat pembuka hati,
     Perut yang lapar menjadi kenyang.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
curtain raiserpembuka tiraiKesusasteraanTiadaPertunjukan sebelum memulakan sesebuah persembahan. Pertunjukan biasanya terdapat dalam persembahan drama dan teater. Pembuka tirai biasanya dalam bentuk selingan muzik atau sebuah sketsa (persembahan pendek) yang bertujuan untuk menghiburkan khalayak sebelum pementasan utama bermula. Contohnya, lagu-lagu selingan dalam persembahan wayang kulit, lagu buka tirai dalam bangsawan, dan overture dalam opera.
appetizerpembuka seleraPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
appetizerpembuka seleraPerubatanTiadaTiada
appetizerpembuka seleraPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
appetizerpembuka seleraSains KesihatanTiadaMakanan atau minuman yang dapat membuka selera.
appetizerpembuka seleraHerbaPemiawaianHerba yang dapat merangsang atau meningkatkan selera. Contohnya, ulam-ulaman seperti pucuk gajus (Anacardium occidentale), daun betik (Carica papaya), pegaga (Centella asiatica) dan daun mengkudu (Morinda citrifolia).
can openerpembuka tinPentadbiran PerniagaanTiadaAlat untuk membuka tin.
open quotepembuka kataKomunikasiTiadaTiada
commence quotepembuka kataKomunikasiTiadaTiada
furrow openerpembuka alurKejuruteraanTiadaTiada
123456

Kembali ke atas