Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bu.li] | ڤمبولي

Definisi : orang yg membuli orang lain: mahkamah telah menjatuhkan hukuman tiga bulan penjara ke atas seorang kontraktor yg menjadi ~ di jalan raya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bu.li] | ڤمبولي

Definisi : orang yg membuli: ~ itu telah diberi amaran oleh Guru Besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembuli


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Umumnya,kebanyakkan pembuli ialah mangsa buli yang pernah disakiti dan disindir.Mangsa buli ini berasa marah dan mereka akan tertekan dengan keadaan ini.Mereka ingin menunjukkan kekuatan dan keberanian kepada pelajar lain.Perbuatan ini bertujuan menakutkan pelajar yang lebih lemah supaya mereka tidak dibuli lagi.Selain itu,terdapat juga mangsa buli yang menyertai kongsi gelap dan berpakat pelajar gangster untuk membuli pembuli tersebut.Lama-kelamaan,mangsa buli tersebut akan menjadi pembuli dan membuli pelajar lain.Kebanyakan pembuli ialah mangsa buli yang pernah disakiti dan disindir. Mangsa buli ini berasa marah dan mereka akan tertekan dengan keadaan ini. Mereka ingin menunjukkan kekuatan dan keberanian kepada pelajar lain. Selain itu, terdapat juga mangsa buli yang menyertai kongsi gelap dan berpakat dengan rakan lain untuk membuli pembuli tersebut. Lama-kelamaan, mangsa buli tersebut akan menjadi pembuli dan membuli pelajar lain.
Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my), buku rujukan Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa28.09.2015
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Selain itu,pengaruh rakan sebaya juga ialah suatu faktor remaja terjebak dalam isu ini.Remaja mudah terpedaya akan kata-kata rakan sebaya dan melakukan kegiatan negatif seperti membuli.Remaja yang berkawan dengan pembuli juga akan mencontohi perbuatan rakan mereka dan membuli pelajar lain.Mereka tidak sedar akan kesalahan dan hanya mengikut percakapan rakan seperti kerbau dicucuk hidung.Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga ialah suatu faktor remaja terjebak dalam isu ini. Remaja yang berkawan dengan pembuli juga akan mencontohi perbuatan rakan mereka dan membuli pelajar lain. Mereka tidak sedar akan kesalahan dan hanya mengikut arahan rakan seperti kerbau dicucuk hidung.
Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my), buku rujukan Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa28.09.2015

Kembali ke atas