Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.ca.han] | ڤمچهن

Definisi : perbuatan memecahkan: ~ cahaya putih kpd berbagai-bagai warna; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.ca.han] | ڤمچهن

Definisi : perbuatan atau hal memecahkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pecah1 (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berbelah-belah: hancur, remuk, rapuh, ripuk, patah, kopak,

2. Bersinonim dengan merekah: retak, sompek, repih, terbelah, sumbing, robek, sobek, lulu cabik, rabak, koyak,

3. Bersinonim dengan meletup: meletus, meledak, meledos, pancit,

4. Bersinonim dengan tersebar: terbongkar, tercetus, tersiar, merebak, bocor,
Berantonim dengan tersimpan

5. Bersinonim dengan bermula: meletus, mencetus, terbit,

6. Bersinonim dengan serak: serau, garuk, pecah suara, sumbang, janggal, sember,

7. Bersinonim dengan berpisah: cerai-berai
Berantonim dengan bersatu

Kata Terbitan : berpecah, memecahkan, terpecah-pecah, pecahan, perpecahan, pemecahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betul ke penggunaan ayat ni: "mengekang pemecahan kata laluan daripada digodam"?kalau x betul, blh cadangkan ayat yang sepatutnya? terima kasih.Frasa "mengekang pemecahan kata laluan daripada digodam" betul dan boleh digunakan.Tatabahasa25.02.2010
Saya ingin tahu yang manakah betul sekiranya saya ingin memecahkan suku kata untuk perkataan-perkataan berikut: (perkataan-perkataan berikut akan diajar kepada budak-budak prasekolah) 1) ra.di.o ATAU ra.dio 2) ci.um ATAU cium 3) pe.ri.uk ATAU pe.riuk 4) ti.ung ATAU tiung 5) ti.up ATAU tiup 6) di.a ATAU dia 7) du.ri.an ATAU du.rian 8) si.a.pa ATAU sia.pa 9) a.ir ATAU air 10) ba.u ATAU bau 11) da.un ATUA daun Terima Kasih

Pemecahan (pemenggalan) suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan (berbeza dengan pemecahan sebutan). Pemecahan suku kata bagi senarai yang tuan berikan adalah seperti yang berikut:

(1)  ra.di.o

(2)  ci.um

(3)  pe.ri.uk

(4)  ti.ung

(5)  ti.up

(6)  di.a

(7)  du.ri.an

(8)  si.a.pa

(9)  a.ir

(10) ba.u

(11) da.un

Sila rujuk Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, DBP.

Tatabahasa13.08.2014
Apakah yang dimaksudkan dengan 'kertas ilmiah'?ilmiah Ar bersifat (secara) ilmu pengetahuan, keilmuan, akademik: penerbitan majalah-majalah ~ boleh dikatakan sangat kurang; keilmiahan perihal atau sifat ilmiah. Kertas ilmiah ialah kertas yang bersifat akademik. Kertas ini menyajikan gagasan, deskripsi atau pemecahan masalah secara sistemis, yang dibentangkan secara objektif dan jujur, menggunakan bahasa baku serta didukung oleh fakta, teori, atau bukti empirik.Lain-lain27.10.2014
Mohon nyatakan maksud "membatang suku kata" dan "membatang perkataan" atau nyatakan sumber rujukan (jika diketahui). Terima kasih.Membatang perkataan adalah dengan membatang suku kata. Atau dengan kata yang lebih mudah, untuk mengeja perkataan (membatang perkataan) adalah dengan memenggalkan perkataan mengikut suku kata perkataan berkenaan. Kaedah mengeja sesuatu kata adalah berdasarkan pemenggalan suku kata. Kaedah mengeja kata harus dibezakan dengan kaedah sebutan iaitu berdasarkan pemenggalan suku kata dan pemecahan suku kata. Keterangan lanjut terdapat dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) DBP, 2004.Tatabahasa06.12.2006
Saudara, Saya harap saudara dapat membantu saya tentang fonologi dalam Bahasa Melayu. 1. Sebutan yang betul bagi perkataan 'elak' selepas ditambah imbuhan 'meng' disebut 'me+nge+lak' atau 'meng+e+lak'. 2. Bagaimana pula contoh-contoh kes yang sama bagi perkataan akar atau dasar lain yang bermula dengan vokal. Bantuan yang dihulurkan saya rakamkan ribuan terima kasih.Sebutan yang betul ialah me.nge.lak dan me.nga.rah. Untuk makluman, kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- (termasuk yang digunakan sebagai unsur apitan) dengan kata dasarnya yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan menurut cara pemecahan suku kata ejaan juga. Contohnya: me.nga.rah, me.nge.dar, me.ngi.kut, pe.nga.rah, pe.nge.dar, pe.ngi.kut.Ejaan19.09.2012
Salam sejahtera; Tuan; Bolehkah Tuan menjelaskan perbezaan antara membatang suku kata dengan sebutan sesuatu perkataan? Guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah sering menimbulkan kekeliruan antar dua perkara ini? Perkataan contoh: 1. cuit 2. piano 3. berada 4. mengandungi 5. memasuki 6. pengunjung 7. berkenalan 8. berasaskan Harap Tuan menjelaskan perkara di atas dengan sepuhnya di samping memberikan petua atau teknik untuk membatang suku kata dan menyebut perkataan. Sekian terima.Membatang perkataan adalah dengan membatang suku kata. Atau dengan kata yang lebih mudah, untuk mengeja perkataan (membatang perkataan) adalah dengan memenggalkan perkataan mengikut suku kata perkataan berkenaan. Kaedah mengeja sesuatu kata adalah berdasarkan pemenggalan suku kata. Kaedah mengeja kata harus dibezakan dengan kaedah sebutan iaitu berdasarkan pemenggalan suku kata dan pemecahan suku kata. Keterangan lanjut terdapat dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) DBP, 2004.
1. cuit (cuit)
2. piano (pia.no)
3. berada (be.ra.da)
4. mengandungi (men.ngan.du.ngi)
5. memasuki (me.ma.su.ki)
6. pengunjung (pe.ngun.jung)
7. berkenalan (ber.ke.na.lan)
8. berasaskan (ber.a.sas.kan)/(be.ra.sas.kan)
Tatabahasa27.03.2013
Menurut Tatabahasa Dewan, "mengenai" ialah kata kerja yang tidak boleh digunakan sebagai kata sendi nama. Namun dalam Kamus Dewan Perdana, "mengenai" diberikan pengelasan kata sendi nama, mengapakah terdapat percanggahan?Dalam Tatabahasa Dewan (DBP, 2008; 278) kata kerja "mengenai" disamakan dengan "tentang" yang berfungsi sebagai kata sendi nama. Pada halaman 402 pula dalam naskhah yang sama menyatakan bahawa unsur keterangan hal dalam frasa kerja, terdiri daripada kata sendi nama ialah tentang, mengenai dan terhadap. Pada halaman xxxvii pula menyatakan kata kerja mengenai yang bertugas sebagai kata sendi nama dapat bertukar ganti dengan kata sendi nama tentang.

Maka, perakaman kata terbitan mengenai dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1044) tidak bercanggah dengan Tatabahasa Dewan. Pemecahan makna adalah mengikut fungsi kata tersebut dalam penggunaannya dan kelas/golongan kata kerja juga dirakamkan mengikut konteks dan contoh penggunaan kata tersebut. Selain daripada berfungsi sebagai kata sendi nama, kata mengenai diberikan lima pecahan makna yang berkelas kata kata kerja transitif berserta maklumat kata pasifnya.
Tatabahasa19.06.2023

Kembali ke atas