Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.ca.han] | ڤمچهن

Definisi : perbuatan memecahkan: ~ cahaya putih kpd berbagai-bagai warna; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.ca.han] | ڤمچهن

Definisi : perbuatan atau hal memecahkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pecah1 (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berbelah-belah: hancur, remuk, rapuh, ripuk, patah, kopak,

2. Bersinonim dengan merekah: retak, sompek, repih, terbelah, sumbing, robek, sobek, lulu cabik, rabak, koyak,

3. Bersinonim dengan meletup: meletus, meledak, meledos, pancit,

4. Bersinonim dengan tersebar: terbongkar, tercetus, tersiar, merebak, bocor,
Berantonim dengan tersimpan

5. Bersinonim dengan bermula: meletus, mencetus, terbit,

6. Bersinonim dengan serak: serau, garuk, pecah suara, sumbang, janggal, sember,

7. Bersinonim dengan berpisah: cerai-berai
Berantonim dengan bersatu

Kata Terbitan : berpecah, memecahkan, terpecah-pecah, pecahan, perpecahan, pemecahan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SERPIH

Serpih ialah pemecahan sebarang benda kepada

kepingan yang lebih kecil. Bom atau bahan api

serpih telah digunakan bagi menentang kumpulan

askar, trak, dan kapal terbang di pangkalan.

Senjata ini mempunyai sarung yang berat yang

apabila meletup, terpecah kepada ribuan

serpihan kecil (kepingan).

UMUM 
DEKSTRIN

Dekstrin ialah bahan melekit yang terbentuk

semasa pemecahan kimia kanji. Sesetengah

dekstrin digunakan sebagai musilaj (gam) pada

setem pos dan sampul surat. Dekstrin juga

digunakan dalam menentukan saiz kertas dan

tekstil.

UMUM 
LULUHAWA ORGANIK

Luluh hawa organik ialah proses pemecahan batuan dan mineral melalui tindakan manusia, tumbuhan, haiwan, dan bakteria.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
LULUH HAWA FIZIKAL

Luluh hawa fizikal, pemecahan atau penyepaian bahan di permukaan bumi tanpa mengubah kandungan kimianya.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
STRASSMANN, FRITZ

Strassmann, Fritz (1902–1980) ialah ahli kimia

Jerman. Usahanya bersama Otto Hahn, ahli kimia

Jerman, dan Lise Meitner, ahli fizik nuklear Austria,

membawa kepada penemuan pembelahan nuklear

(pemecahan nukleus atom). Pada tahun 1938,

Strassmann dan Hahn mendapati bahawa

pembedilan atom urnium dengan neutron

menghasilkan unsur barium (lihat Barium).

Meitner dan Frisch, ahli fizik Austria, Otto Frisch

pada tahun 1939, menjelaskan bahawa neutron

telah membelah nukleus uranium, menghasilkan

nukleus barium dan unsur-unsur lain.

UMUM 

Kembali ke atas