Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.dih] | ڤمديه

Definisi : sesuatu yg memedihkan: gas ~ mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.dih] | ڤمديه

Definisi : sesuatu yg digunakan utk memedihkan (mata dll): gas ~ mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemedih


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lachrymatorpemedih mataKimiaTiadaTiada
tear gasgas pemedih mataFizikTiadaTiada
tear gasgas pemedih mataKimiaTiadaTiada
tear gasgas pemedih mataKimiaTiadaSebatian kimia mudah meruap yang merengsakan mata untuk kegunaan kawalan keselamatan awam. Misalnya, xilil bromida, Ch3C6H4CH2Br, dan etil iosoasetat, CH2ICOOC2H5.
carbon suboxidekarbon suboksidaKimiaTiadaGas pemedih mata dengan bau yang tidak menyenangkan, dengan takat didih -6.8oC, C3O2.
chloroacetonekloroasetonKimiaTiadaCecair yang tak berwarna, berbau sengit, dan digunakan sebagai gas pemedih mata dan sintesis organik, CH3COCH2Cl.
chloroacetophenone poisoningkeracunan kloroasetofenonKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kloroasetofenon, yang digunakan sebagai gas pemedih mata. Pendedahan yang lama kepada bahan ini mengakibatkan kornea menjadi merah. Jika semburan terkena mata, bahan ini menyebabkan perforasi pada kornea. Had pendedahan ialah 0.05 ppm. Tanda utama keracunan akut ialah kerengsaan kulit dan membran mukus.
bromobenzyl cyanide poisoningkeracunan bromobenzil sianidaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada bromobenzil sianida yang merupakan gas pemedih mata dan digunakan sebagai kandungan agen kawalan rusuhan. Tanda utama keracunan ialah kegatalan pada kulit dan membrane mukus, dan mungkin menyebabkan kebakaran darjah kedua dan hiperpigmentasi kulit, rabun penglihatan, parut pada kornea, dan tekanan darah tinggi. Keracunan ini juga menyebabkan loya dan kerengsaan. Nilai LD50 ialah 3500 mg/m3.
chloropicrin poisoningkeracunan kloropikrinKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyedutan kloropikrin (formula kimia, CCI3NO2), iaitu bahan yang sangat toksik yang digunakan sebagai fumigan, fungisid, insektisid, racun tikus, dan gas pemedih mata. Bahan ini merupakan perengsa kuat. Had pendedahan ialah 0.1 ppm. Bahan ini boleh menyebabkan kerosakan kornea dan jantung, muntah dan tercekik.
poison gasgas racunKimiaTiadaGas toksik atau perengsa ataupun cecair mudah meruap yang digunakan dalam peperangan. Terdapat dua jenis gas racun, iaitu gas saraf yang boleh membawa maut dan gas pemedih mata yang boleh mengakibatkan kelumpuhan sementara.
12

Kembali ke atas