Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pegang
Kata Terbitan : berpegang, berpegang pada, berpegangan, memegang, pegangan, pemegang,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bonus1 bayaran tambahan selain gaji sbg sagu hati kpd pekerja-pekerja. 2 bayaran faedah kpd pemegang-pemegang saham atau kpd pemegang polisi insurans.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bonus1. bayaran tambahan selain gaji sbg sagu hati kpd pekerja-pekerja. 2. bayaran faedah kpd pemegang-pemegang saham atau kpd pemegang polisi insurans.Kamus Pelajar
pegang; berpegang 1 membuat tangan memaut sesuatu; berpaut: Sambil berjalan, ia ~ pd tangan ibunya. 2 tetap mengambil sesuatu sbg pedoman atau petunjuk: Mereka kuat ~ pd agama dan adat. memegang 1 menggenggam atau memaut dgn tangan; menjadikan tangan menggenggam sesuatu: Sambil bersalam, tangan kirinya ~ bahuku. 2 mengurus atau memimpin sesuatu perusahaan dll; menjabat atau memangku sesuatu pekerjaan: Beliau telah ~ jawatan pengurus di firma itu selama dua tahun. 3 tetap berpegang teguh pd sesuatu sbg pedoman: Mereka masih ~ adat yg lama-lama. ~ amanah menunaikan sesuatu amanah. ~ buku mengurus buku akaun dlm soal kewangan. ~ janji berpegang teguh pd segala janji yg telah dibuat. ~ peranan menjalankan peranan atau tanggungjawab. pegangan 1 tempat berpegang: Kalau tongkatnya hilang, tentulah orang buta itu meraba-raba mencari ~. 2 sesuatu yg dijadikan dasar (prinsip); pedoman. pemegang 1 alat utk memegang sesuatu. 2 bahagian drpd sesuatu benda utk dipegang. 3 orang yg memegang sesuatu jawatan atau yg mengendalikan sesuatu urusan: ~ buku orang yg mengurus buku akaun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pemegang1 alat utk memegang sesuatu. 2 bahagian drpd sesuatu benda utk dipegang. 3 orang yg memegang sesuatu jawatan atau yg mengendalikan sesuatu urusan: ~ buku orang yg mengurus buku akaun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pemegang1. alat utk memegang sesuatu: ~ kanta; 2. bahagian alat tempat dipegang (tangkai, gagang, dll), pegangan; 3. orang yg memegang atau mempunyai hak atas sesuatu: ~ saham; ~ amanah orang yg menjalankan amanah; ~ andil (saham) orang yg memegang saham, persero; ~ buku orang yg mengurus buku kira­-kira; ~ polisi orang (badan, syarikat, institusi dsb) yg mempunyai polisi insurans; ~ rekod orang yg berjaya memperoleh pencapaian terbaik, tertinggi dsb dlm sukan atau kegiatan lain; ~ saham orang atau badan yg memiliki saham dlm sesebuah syarikat; ~ serah hak (Udg) orang yg dipindahkan harta atau hak kepadanya mengikut undang-undang;Kamus Dewan Edisi Keempat
kurator1. pengurus (pemegang amanah) harta benda orang dll yg muflis (jatuh bankrap); 2. anggota jawatankuasa pengelola (universiti dll); 3. pengurus atau penyelenggara muzium: ~ Muzium Negara.Kamus Dewan Edisi Keempat
penjawatsl 1. penjabat, pemegang jawat-an; ~ istana pekerja (pegawai) dlm istana; 2. hamba (biasanya wanita) yg melayani di istana.Kamus Dewan Edisi Keempat
gagang1. tangkai (bunga, gayung, dll), hulu (keris, tombak, dll); 2. Mn pucuk ranting atau batang pokok yg melata (melilit), sulur; ~ pena batang pena; ~ senapang (telefon) pemegang senapang; ~ telefon pemegang telefon; spt sirih pulang ke ~nya prb orang yg kembali kpd asalnya;menggagang mempunyai sulur.Kamus Dewan Edisi Keempat
bonus1. bayaran tambahan pd gaji dll sbg pemberian (ganjaran); 2. bayaran faedah kpd pemegang polisi syarikat insurans atau pemegang saham; ~ saham ganjaran kpd kakitangan dlm bentuk saham (sama ada secara percuma atau pada harga yg murah).Kamus Dewan Edisi Keempat
pegangbp = berpegang, memegang; berpegang = ~ pd 1. memaut sesuatu dgn tangan, berpaut (pd), berkuat (pd): ia ternampak seorang budak hanyut yg ~ pd sekeping papan; Zaini terhuyung-hayang mencari tempat utk ~; ~ tangan a) berganding tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; 2. berpedo­man atau berpandu kuat (pd): mereka ~ kukuh pd adat dan agama; ~ pd yg benar; ~ pd prinsip-prinsip tertentu; berpegangan 1. saling berpegang: kami ~ melintas jalan itu; 2. berpegang pd, berpe­doman pd, menggunakan pegangan; memegang 1. memaut (menggenggam, men­capai) dgn tangan, menangkap (pencuri dll): ia terperanjat apabila orang ~ bahunya; tangan kanannya ~ beg; ~ pencuri menang­kap pencuri; 2. memakai (menggunakan) senjata dll: seluruh pasukan itu ~ senapang; orang yg tidak ~ kad pengenalan orang yg tidak mempunyai atau tidak membawa kad pengenalan; 3. menguasai, mengelolakan, mengurus (perusahaan, kedai, dll), menjabat atau menjawat (jawatan, pangkat, dll): penghulu-penghulu yg ~ bala tentera; segala yg ~ hasil negeri; maka pd masa itu Inggeris ~ perintah dlm Melaka; dia bertukar ke Ipoh kerana ~ jawatan baharu di sana; 4. melak­sanakan (perintah, aturan, dll), mematuhi: ia ~ segala peraturan; 5. berpegang teguh pd (janji dll), menerima (sbg sesuatu yg boleh dipercayai, diakui benar, diharapkan, dll): mereka tetap ~ adat; cakapnya tak boleh dipegang tidak boleh dipercayai; 6. mema­suki tubuh manusia (bkn hantu dll), merasuk: saya ini dah dipegang syaitan; ~ amanah menjalankan amanah; ~ buku mengurus buku kira-kira (dlm perniagaan); ~ cempurit a) memegang pimpinan; b) memim­pin sesuatu gerakan (dgn rahsia); ~ kemudi a) memandu (kereta dll); b) memimpin (per­satuan dll); ~ peranan menjalankan peranan; ~ wang (duit) a) menggenggam wang; b) mengurus hal-hal kewangan (perniagaan dll); c) mempunyai wang; bagai ~ buah kepantangan beruk, ditelan mati emak, diludahkan mati bapak prb dlm keadaan serba salah; memegangkan memegang utk: pegangkan budak itu bajunya; pegangan 1. sesuatu yg dipegang: kerana terburu-buru habis bertaburan ~nya; 2. baha­gian sesuatu benda tempat dipegang (tangkai, hulu, dll); 3. pekerjaan (daerah dll) yg di­pegang: dan Tun Talanai anak Bendahara Paduka, ~nya Suir; 4. sesuatu yg dijadikan dasar utk menentukan sesuatu, pedoman, pendirian: ada beberapa perkara yg harus diingat dan dijadikan ~; buku ~ buku pe­doman; hilang ~ hilang kepercayaan; 5. per­buatan memegang: dicubanya melepaskan diri drpd ~ orang itu; perpegangan pegangan; pemegangan perbuatan memegang; pemegang 1. alat utk memegang sesuatu: ~ kanta; 2. bahagian alat tempat dipegang (tangkai, gagang, dll), pegangan; 3. orang yg memegang atau mempunyai hak atas sesuatu: ~ saham; ~ amanah orang yg menjalankan amanah; ~ andil (saham) orang yg memegang saham, persero; ~ buku orang yg mengurus buku kira­-kira; ~ polisi orang (badan, syarikat, institusi dsb) yg mempunyai polisi insurans; ~ rekod orang yg berjaya memperoleh pencapaian terbaik, tertinggi dsb dlm sukan atau kegiatan lain; ~ saham orang atau badan yg memiliki saham dlm sesebuah syarikat; ~ serah hak (Udg) orang yg dipindahkan harta atau hak kepadanya mengikut undang-undang; ~ wang orang yg menjaga hal kewangan (perniagaan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas