Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.la.ja.ran] | ڤملاجرن

Definisi : proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg meng­hadiri sekolah aliran Inggeris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.la.ja.ran] | ڤملاجرن

Definisi : perihal atau proses mempelajari: ~ bahasa Inggeris diberi perhatian yg serius. pelajar orang yg belajar; penuntut; murid: Para ~ dikehendaki mematuhi peraturan sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemelajaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan pemelajaran dengan pembelajaran? Proses penagajaran dan pemelajaran di IPT amat membosankan? Betulkah ayat tersebut? Salam, ImandanielPemelajaran ialah proses belajar untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam, pembelajaran ialah proses untuk mengetahui ilmu pengetahuan. Ayat 'Proses pengajaran dan pemelajaran di IPT amat membosankan' adalah betul.Tatabahasa18.05.2011
Mana yang betul? Pengajaran dan pembelajaran atau pengajaran dan pemelajaran? Apakah perbezaan kedua-duanya? Bila masa kita gunakan pembelajaran dan bilakah masanya kita menggunakan pemelajaran?

Pengajaran dan pembelajaran merujuk pada proses belajar manakala pengajaran dan pemelajaran merujuk pada proses mempelajari sesuatu. Penggunaan perkataan tersebut bergantung pada konteks.

Tatabahasa20.04.2010
Antara perkataan "pengajaran dan pembelajaran" dan "pengajaran dan pemelajaran" yang manakah lebih tepat penggunaannya?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar. Manakala pemelajaran pula ialah proses mempelajari. Cadangan kami ialah pengajaran dan pemelajaran. Bagaimanapun, ia bergnatung kepada konteks penggunaan dan maksud yang ingin disampaikan.Tatabahasa29.03.2009
salam. 1)Tolong jelaskan mana yang tepat "pemelajaran" atau "pembelajaran"? 2) maksud "gramatis" terimakasihGramatis bermaksud berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Untuk makluman saudara, pemelajaran dan pembelajaran digunakan berdasarkan konteks ayat yang digunakan. "Pemelajaran bermaksud proses mempelajari. Contoh ayat " taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi pemelajarannya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran Inggeris". "Pembelajaran " pula merujuk kepada proses (kegiatan) belajar.Lain-lain23.08.2007
apakah perbezaan pemelajaran dengan pembelajaran? yang manakah yang betul?Pemelajaran ialah proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg meng­hadiri sekolah aliran Inggeris. Manakala pembelajaran pula ialah perihal atau proses belajar: sistem ~ yg berasaskan komputer. Kedua-duanya boleh digunakan bergantung konteks ayat.Makna17.08.2010
apa beza antara perkataan pembelajaran dan pemelajaran??Pembelajaran bermaksud proses atau kegiatan belajar, manakala pemelajaran bermaksud perihal atau proses mempelajari. Makna27.05.2011
Apakah beza antara pemelajaran dengan pembelajaran?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar. Manakala pemelajaran pula ialah proses mempelajari sesuatu.Istilah30.09.2018
Bagaimana menjelaskan penggunaan "pembelajaran " dan "pemelajaran". Dalam situasi mana penggunaan perkatan tersebut boleh digunakan dengan tepat. Terima kasih.pembelajaran proses (kegiatan) belajar; manakala pemelajaran pula ialah proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran InggerisTatabahasa17.10.2007
apakah perbezaan (adalah / ialah), (pembelajaran / pemelajaran), pengkayaan / pengayaan,Adalah/ialah kedua-duanya kata pemeri (unsur yg menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan secara persamaan (ekuatif) menggunakan kata pemeri ialah, sementara pemerihalan secara huraian(kualitatif) menggunakan adalah. Kata Pembelajaran dan pemelajaran daripada kata dasar ajar. pembelajaran –proses (kegiatan) belajar, sementara pemelajaran- proses mempelajari-belajar utk mengetahui sst. dengan mendalam. Kata pengayaan daripada kata dasar kaya, iaitu perihal (usaha, proses,dsb) mengayakan: iaitu menjadikan kaya(berharta atau berwang banyak). Tidak terdapat kata pengkayaan dalam bahasa Melayu. Harap maklum.Makna04.12.2006
Apakah perbezaan 'pembelajaran' dan 'pemelajaran'? Yang manakah betul penggunaannya untuk istilah 'pengajaran dan pembelajaran' yang dulunya digunakan.Pembelajaran bermaksud proses memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dan lain-lain), manakala pemelajaran bermaksud proses  mengetahui sesuatu dengan mendalam. Kedua-dua kata terbitan tersebut betul namun penggunaannya bergantung pada maksud yang dikehendaki oleh penganjur. Jika penganjur menetapkan matlamat pembelajaran maka ungkapan "pengajaran dan pembelajaran" yang digunakan. Makna25.12.2009
1234

Kembali ke atas