Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.lu/] | ڤملوق

Definisi : 1. sebesar lingkungan tangan memeluk, depa (ukuran besar): si Badang boleh mencabut kayu-kayu dua tiga ~; 2. penganut atau pengikut agama: ~ agama Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.lu/] | ڤملوق

Definisi : 1 sebesar lingkungan tangan ketika memeluk. 2 orang yg menganut sesuatu agama: ~ agama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peluk
Kata Terbitan : berpeluk, berpelukan, berpeluk-pelukan, memeluk, pelukan, pemeluk,

Puisi
 

Besar kayu dua pemeluk,
     Hendak ditebang berdiri duduk;
Kalau tidak panjang penjolok,
     Mana mendapat bunga yang elok.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
terangkan apakah maksud ummah?Ummah merupakan sebutan dalam bahasa Arab. Biasanya kita menyebutkannya sebagai umat yang bermaksud 1. Para pemeluk atau penganut sesuatu agama (biasanya dimaksudkan umat Islam). 2. Seluruh rakyat atau orang banyak. 3. Segolongan manusia atau bangsa.Makna04.10.2002
saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan "UMAT". adakah ia boleh digunakan untuk agama islam saja atau agama lain pun boleh menggunakan perkataan tersebut?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan umat bermaksud 1. para pemeluk atau penganut sesuatu agama, pengikut Nabi. 2. seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai. 3. segolongan manusia, bangsa. 4. seluruh bangsa manusia, sekalian manusia. Berdasarkan makna yang diberikan perkataan umat tidak  digunakan untuk satu agama sahaja. Makna11.02.2009

Kembali ke atas