Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.lu.wa.pan] | ڤملوواڤن

Definisi : proses perubahan keadaan se­suatu bahan drpd wap (gas) kpd cecair, kon­densasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.lu.wa.pan] | ڤملوواڤن

Definisi : proses, kaedah dsb memeluwap atau memeluwapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemeluwapan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
condensation levelaras pemeluwapanSainsHidrometeorologiAras yang padanya pemeluwapan berlaku dalam atmosfera. Istilah ini biasanya digunakan berhubung dengan salah satu daripada proses julangan, olakan, atau campuran menegak. Ars pemeluwapan yang tepat boleh didapati daripada gambar rajah aerologi. Aras pemeluwapan julangan bagi suatu sampel udara di sebarang ketinggian ialah aras (isobarik) yang padanya adiabatik kering dilukis melalui suhu menyilang garis nisbah campuran kelembapan (dilukis melalui takat embun sampel). Aras pemeluwapan olakan digunakan hanya untuk udara permukaan dan adalah sama dengan aras
condensationpemeluwapanSainsHidrometeorologiPembentukan cecair daripada wap air. Oleh sebab kapasiti udara untuk membendung air dalam bentuk wap menjadi berkurangan dengan pengurangan suhu, maka penyejukan udara adalah cara biasa terjadinya pemeluwapan yang bermula dengan penghasilan ketepuan. Penyejukan demikian dipengaruhi oleh tiga proses utama, iaitu pengembangan adiabatik udara menaik; percampuran dengan udara yang suhunya lebih rendah; dan sentuhan dengan permukaan bumi yang bersuhu lebih rendah. Wap air memeluwap menjadi awan dalam kes pertama; menjadi kabut atau awan dalam kes kedua; dan menjadi embun atau ibun beku dalam kes ketiga. Pemeluwapan di atmosfera berlaku pada atau berhampiran suhu yang berpadanan dengan tekanan wap tepu yang ditakrifkan sebagai keseimbangan antara wap tersebut dan satah permukaan air, kerana adanya bekalan nukleus pemeluwapan yang cukup dan berhigroskopi di semua bahagian dalam troposfera. Dalam ketiadaan nukleus sedemikian, aditepu tinggi (beberapa peratus) diperlukan untuk mewujudkan pemeluwapan � ini dinamakan pemeluwapan homogen. Faktor utama yang mengawal kadar pertumbuhan titis awan yang dibentuk oleh pemeluwapan langsung wap air ke atas nukleus pemeluwapan (jejari lebih kurang 0.1 ) ialah kepadatan dan saiz nukleus, peringkat tepuan atau aditepuan, lebihan tekanan wap tepuan di atas titis sfera bernisbi dengan permukaan satah, pengurangan tekanan wap tepu berkaitan dengan larutan campuran garam higroskopi dengan air, dan pemanasan titis awan bahawa tumbuh oleh haba pendam pemeluwapan yang dikeluarkan. Perkiraan menunjukkan bahawa titisan akan tumbuh dengan cepat semasa kecil dan tumbuh agak perlahan apabila saiznya bertambah.
convection cloudsawan perolakanGeografiTiadaAwan-awan yang terbentuk bila udara lengas dipanaskan melalui proses konduksi dan akan naik ke udara melalui pemeluwapan. Proses pemeluwapan akan merendahkan suhunya ke bawah nilai takat embun dan membentukkan awan-awan.
capillary condensationpemeluwapan rerambutKejuruteraanKejuruteraan KimiaPemeluwapan yang berlaku di dalam rongga yang bersaiz kecil pada keadaan tekanan relatif yang kurang daripada satu disebabkan tekanan relatif di dalam rongga bersandarkan jejari lengkungan dan bentuk geometri rongga yang berbeza daripada yang diukur oleh tolok. Pemeluwapan ini menyebabkan kesan histerisis dalam kajian penjerapan masuk dana keluar.
condenser heat dutyduti haba pemeluwapanKejuruteraanKejuruteraan KimiaKuantiti haba yang perlu dipindahkan oleh pemeluwapan daripada hasil atas turus penyulingan yang berbentuk wap, untuk menukarkannya menjadi fasa cecair. Pemindahan keluar haba daripada hasil atas turus ini dilakukan secara penyejukan oleh pemeluwapan dengan menggunakan aliran penyejuk yang biasanya ialah air.
hygroscopichigroskopikSainsHidrometeorologi1. Berkenaan kemampuan nyata untuk mencepatkan pemeluwapan wap air. Istilah ini terutamanya digunakan untuk nukleus pemeluwapan yang mengandungi garam yang menghasilkan larutan berair yang bertekanan wap yang keseimbangannya sangat rendah jika dibandingkan dengan nukleus air murni pada suhu yang sama. Pemeluwapan di atas nukleus higroskopik mungkin bermula pada kelembapan yang lebih rendah daripada 100% (kira-kira 75% bagi natrium klorida); sementara pemeluwapan di atas nukleus bukan hidroskopik yang hanya membekalkan permukaan basah yang cukup besar (mengikut piawaian molekul), kelembapan nisbi yang hampir 100% diperlukan. Jerebu lembap terbentuk atas zarah higroskopik dalam proses perkembangan perlahan udara yang agak kering. 2. Memerihalkan suatu bahan yang ciri fisikalnya banyak diubah oleh kesan wap air. Kehigroskopian bahan tertentu telah digunakan dengan baik dalam penyukatan kelembapan dan langkah kawalan, umpamanya dalam unsur rambut higrometer.
condensation levelaras pemeluwapanMeteorologiMeteorologi PerhubunganAras ketika udara di atmosfera terpeluwap. Istilah ini umumnya digunakan dalam hubungannya dengan proses seperti pengangkatan, olakan atau percampuran menegak. Aras pemeluwapan yang tepat boleh didapati daripada gambar rajah aerologi. Disebut juga aras pemeluwapan olakan.
homogeneous nucleationpenukleusan homogenSainsHidrometeorologiPenukleusan homogen atau spontan menunjukkan permulaan masing-masing tanpa nukleus-nukleus pemeluwapan atau pembekuan; proses-proses ini diistilahkan sebagai pemeluwapan dan pembekuan homogen atau spontan. Agregat molekul air secara selanjar membentuk dan menyejat dalam udara aditepu yang bebas daripada nukleus pemeluwapan. Kemungkinan bahawa agregat tersebut akan mencapai saiz genting yang sedemikian besar untuk menjadi lebih stabil daripada wap dan oleh sebab itu menjadi pusat yang padanya perkembangan lanjutan (pemeluwapan spontan) akan berlaku adalah tipis bagi darjah pengaditepuan yang kurang daripada 400 peratus; pengaditepuan seumpama ini tidak wujud dalam atmosfera. Dalam udara yang kekurangan nukleus membeku, penurunan suhu di bawah 0oC akan menambah kemungkinan bahawa agregat molekul air membentuk konfigurasi berupa ais dan berkembang sehingga suatu saiz yang mencukupi untuk molekul tersebut bertindak sebagai pusat yang padanya hablur ais terbentuk dengan cepat. Perubahan mengikut suhu bagi kemungkinan penukleusan homogen adalah sedemikian sehingga dalam amalan, nampaknya terdapat suatu suhu genting yang di bawahnya penukleusan homogen berlaku dan atas darinya penukleusan homogen tidak berlaku. Bagi air, suhunya adalah kira-kira �40oC.
Bose condensationpemeluwapan BoseKejuruteraanKejuruteraan KimiaPemeluwapan yang berlaku apabila keupayaan kimia m dan tenaga keadaan tunggal zarah e adalah sepadan dalam fungsi agihan Bose-Einstein bagi boson. Dengan ini, fungsi tersebut mencapah dan kesemua zarah boson terkumpul ke satu keadaan zarah.
condensation nucleusnukleus pemeluwapanKejuruteraanTiadaZarah yang pemeluwapan wap airnya bermula dalam atmosfera bebas, atau habuk yang ditiup daripada permukaan bumi, contohnya garam laut.
12345678910...

Kembali ke atas