Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mén.dé.kan]/[pe.mén.dé/.kan] | ڤمينديقن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) me­mendekkan atau menyingkatkan: ujaran spt ini menunjukkan ciri-ciri ~ spt yg berlaku pd pesanan telegram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Stew dalam bahasa stu atau stew? 2)Apakah maksud ikon ® dalam laman ini? 3)Di manakah saya boleh cari penerangan tentang pemendekan ayat dalam laman web prpm, maksud saya dalam kamus di laman prpm contohnya ada ayat 'st' yang digunakan yang bermaksud 'something'. Ada tak senarai pemendekan ayat yang lain?Stew dalam bahasa Melayu ialah stew. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud Ikon ialah  gambar, lukisan, imej, atau gambaran. Sistem kami menyediakan perkhidmatan kependekan istilah namun tidak kesemua kependekan di rakamkan lagi dalam sumber rujukan kami. Jika ada sebarang cadangan terhadap kependekan tuan/puan boleh layari http://ekamus.dbp.gov.my/Makna22.09.2016
salam tuan, apa perbezaan antara klitik dengan sinkop.Tuan,

Dalam bidang linguistik sinkopé ditakrifkan sebagai pemendekan sesuatu kata dengan menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata dari tengah-tengah kata itu, misalnya pengguguran ha dalam sahaja menjadi saja, dan id dalam tidak menjadi tak. Untuk maklumat lanjut sila rujuk makalah/buku yang berkaitan. Manakala klitik merupakan kata ganti nama singkat 'kau' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Misalnya kauterima.
Tatabahasa15.02.2012
maksud sinkope(pemendekkan kata) secara penuh serta kajian lalu artikel,rencana atau sebagainya yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu terhadap sinkope.Dalam bidang linguistik sinkopé ditakrifkan sebagai pemendekan sesuatu kata dengan menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata dari tengah-tengah kata itu, misalnya pengguguran ha dalam sahaja menjadi saja, dan id dalam tidak menjadi tak. Untuk maklumat lanjut sila rujuk makalah/buku yang berkaitan.Tatabahasa27.07.2010
Saya keliru mengenai perkataan ini: Penyusuan ibu atau penyusuan bayi? Yang mahu merujuk kepada penyusuan badan seorang ibunya kepada bayi. Atau adakah tepat juga jika menggunakan penyusuan susu ibu atau penyusuan badan? Terima kasih.Frasa yang betul ialah "Penyusuan Bayi" kerana penyusuan bermaksud hal/perbuatan menyusu, sepertu pemendekan tempoh penyusuan bayi boleh membahayakan kesihatannya.Tatabahasa17.07.2012
Saya ingin menghantar manuskrip novel dan cerpen untuk majalah.soalan saya adalah seperti berikut: 1.adakah saya perlu menggunakan ejaan atau bahasa standard walaupun utk karya kreatif? 2.jika saya ingin menghantar cerpen atau puisi, bagaimana saya dapat mengetahui kesesuaian karya saya itu utk majalah2 dbp?
Salam, Puan. Dari segi ejaan, penulis karya kreatif perlu menggunakan ejaan baku. Berkaitan dengan bahasa, sebaik-baiknya penulis menggunakan bahasa standard. Sila rujuk cerpen yang disiarkan dalam majalah DBP tentang cara pengolahan bahasa standard dalam karya kreatif. Walau bagaimanapun,dalam konteks tertentu ada kebebasan seni dalam penulisan karya kreatif, antaranya termasuklah pemendekan ejaan kata lazim seperti 'nak', 'tak', 'ni', 'tu' dan sebagainya khususnya dalam dialog. Sila rujuk majalah DBP yang menyiarkan cerpen seperti Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Kosmik, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Tunas Cipta dan Pelita Bahasa. Puan boleh menghantar karya kepada Ketua Editor Bahagian Majalah, Aras 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.



Lain-lain08.06.2012
Soalan Pertama:Dedah pembelian secara terperinci PAC puas hati penjelasan isu harga vaksin COVID-19 Adakah kesalahan-kesalahan tersebut? Soalan kedua:Pengerusinya,Wong Kah Woh,berkata taklimat berkenaan selari dengan hasrat PAC dalam memastikan perbelanjaan kerajaan kebanar-benar telus demi manfaat rakyat secara keseluruhannya. Mengapakah ayat di sini mengunakan perkataan 'berkenaan' bukannya berkenan?Adakah perbelanjaan ada kesalahan atau ada kesalahan lain? Soalan ketiga:Bilakah menggunakan 'Bagaimanapun dan Walau bagaimanapun'' Soalan keempat:PAC komited membantu memberikan keyakinan kepada rakyat dalam mendapatkan vaksinasi COVID-19 supaya penularan wabak ini dapat dihentikan. Saya nak tanya bolehkah menggunakan dua kali imbuhan ''mem'' dalam satu ayat ?Contoh:membantu memberikan .Hal ini ialah betul atau salah? Soalan kelima:Setiap syarikat atau semua syarikat? Soalan keenam:Di kawasan rendah (untuk sentiasa )berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta bersedia berpindah ke PPS dengan segera jika diarahkan pihak berkuasa. ''Untuk sentiasa''betul atau salah.Saya ada kekeliruan dalam ayat ini kerana ayat ini adalah ''untuk sentiasa dan diarahkan''sepatutnya diarahkan bukan ke belakang mampu tambah''oleh'' ya?Minta Puan/Tuan boleh memberikan penerangan.Terima kasih.

1. Ayat tidak lengkap. Penggunaan bahasa dalam media perlu dilihat dengan berhati-hati kerana berlaku pemendekan ayat dengan menggugurkan imbuhan dan membuang kata sendi nama. PAC berpuas hati dengan penjelasan pihak kementerian tentang isu harga vaksin COVID-19. 2. Lihat maksud perkataan berkenaan dan berkenan. Penggunaan kata berkenaan dalam konteks ayat tersebut, betul. 3. Kedua-dua perkataan ini boleh digunakan bersilih ganti, sama ada bagaimanapun atau walau bagaimanapun. 4. PAC komited membantu kerajaan memberikan keyakinan kepada rakyat dalam mendapatkan vaksinasi COVID-19 supaya penularan wabak ini dapat dihentikan. 5. Kedua-duanya betul. 6. Penduduk di kawasan rendah hendaklah sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta bersedia berpindah ke PPS dengan segera jika diarahkan pihak berkuasa.


Tatabahasa14.01.2021

Kembali ke atas