Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mer.ba.da.nan] | ڤمربادنن

Definisi : penubuhan sbg perbadanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemerbadanan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pemerbadananpenubuhan sbg perbadanan.Kamus Dewan Edisi Keempat
badan1. tubuh, jasad (manusia): pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di ~nya; 2. pokok tubuh (selain anggota dan kepala): ~nya gemuk tetapi kakinya kurus; susuk ~ keadaan bentuk badan dr segi fizikal, susuk tubuh; tidak sedap ~ tidak (berapa) sihat; ~ tengah naik badan sedang membesar; 3. bahagian yg (ter)utama drpd sesuatu: ~ baju; ~ kereta; 4. diri (sendiri); ~ malang diri orang yg malang; 5. kumpulan orang yg merupakan suatu kesatuan utk mengerjakan sesuatu: ~ penasihat; ~ amanah; 6. bahagian utama (penting) ucapan (buku, dokumen, dsb) dan tidak termasuk pendahuluan (penutup, lampiran, dsb), isi; 7. agensi, pertubuhan: FELDA ialah sebuah ~ kerajaan; ~ berkanun; ~ amanah badan utk menyelenggarakan harta dll bagi faedah seseorang atau sesuatu golongan; ~ berkanun agensi kerajaan yg ditubuhkan utk melaksanakan fungsi-fungsi tertentu; ~ kehakiman badan yg diberi kuasa utk mentafsirkan undang-undang; ~ boleh dimiliki, tetapi hatinya tidak prb walaupun menjadi atau bersifat spt hamba atau orang lemah terhadap orang yg berkuasa, namun hatinya tidak begitu; hancur ~ dikandung tanah, budi baik terkenang juga prb budi bahasa yg tidak akan dilupakan orang; rosak ~ kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku prb kerana penyakit, rupa kita boleh menjadi buruk dan kerana kelakuan jahat, nama baik bangsa atau suku itu boleh tercemar; berbadan mempunyai badan: gadis itu ~ langsing; ~ dua hamil; memperbadankan menjadikan perbadanan, menubuhkan (sesuatu) sbg perbadanan; perbadanan agensi yg ditubuhkan oleh kerajaan utk menjalankan (melaksanakan) fungsi yg tertentu: ~-~ yg bebas spt Lembaga Letrik Negara dan Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang; P~ Kewangan Antarabangsa; P~ Kemajuan Ekonomi Negeri; P~ Perfileman Nasional; pemerbadanan penubuhan sbg perbadanan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas