Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.ri.ha.lan] | ڤمريحالن

Definisi : pemberian keterangan (penje­lasan), penjelasan, penghuraian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
perihal
1. Bersinonim dengan keadaan
( hal, perkara, peristiwa, kejadian, peri, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan mengenai
( berkenaan, tentang, fasal, akan, terhadap, darihal, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : memerihalkan, keperihalan, pemerihalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan (adalah / ialah), (pembelajaran / pemelajaran), pengkayaan / pengayaan,Adalah/ialah kedua-duanya kata pemeri (unsur yg menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan secara persamaan (ekuatif) menggunakan kata pemeri ialah, sementara pemerihalan secara huraian(kualitatif) menggunakan adalah. Kata Pembelajaran dan pemelajaran daripada kata dasar ajar. pembelajaran –proses (kegiatan) belajar, sementara pemelajaran- proses mempelajari-belajar utk mengetahui sst. dengan mendalam. Kata pengayaan daripada kata dasar kaya, iaitu perihal (usaha, proses,dsb) mengayakan: iaitu menjadikan kaya(berharta atau berwang banyak). Tidak terdapat kata pengkayaan dalam bahasa Melayu. Harap maklum.Makna04.12.2006
Salam sejahtera, saya menghadapi kekeliruan dalam penggunaan kata pameri. Menurut Tatabahasa Dewan edisi keempat, kata pameri "ialah" digunakan di hadapan frasa nama atau digunakan apabila pemerihalan itu dilakukan secara persamaan antara subjek dengan predikat manakala "adalah" digunakan di hadapan frasa sendi nama dan frasa adjektif atau apabila pemerihalan dilakukan secara huraian tentang subjek oleh predikat. Sekiranya sesuatu predikat itu ialah frasa nama, tetapi pada masa yang sama, predikat itu berfungsi untuk menghuraikan subjek, kata pameri yang mana satu harus dipakai? Contohnya, "Wang (ialah/adalah) punca segala kejahatan." Dalam ayat ini, predikat "punca segala kejahatan" ialah frasa nama, jadi sepatutnya kata pameri "ialah" digunakan. Namun demikian, pada masa yang sama, predikat ayat, yakni "punca segala kejahatan" berfungsi untuk menghuraikan subjek, yakni wang. Sekiranya predikat itu berfungsi untuk menghuraikan subjek, maka kata pameri "adalah" perlu digunakan. Dalam konteks sedemikian, kelas kata predikat diutamakan atau fungsi kata pameri, yakni sebagai pameri hal antara subjek dengan predikat diutamakan? Dua contoh ayat yang ialah "Pembelian yang lain (ialah/adalah) keinginan." dan "Perbuatan ini (ialah/adalah) muslihat musuh. Mohon beri tunjuk ajar. Sekian, terima kasih.Seperti yang dimaklumi ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemerri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Berdasarkan contoh ayat yang diberi penggunaan ialah atau adalah betul, selain menunjukkan menunjukkan persamaan dan huraian ayat tersebut juga menunjukkan unsur penegasan.Tatabahasa10.06.2010
Penggunaan kata pemeri. Adakah simbol atau ialah simbol?

Soalan yang pihak tuan/puan ajukan tidak berapa jelas, walau bagaimanapun, menurut buku Tatabahasa Dewan kata pemeri ialah unsur  yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek  dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan itu dapat dilakukan melalui dua cara , iaitu dengan penggunaan perkataan ialah dan adalah. Kata pemeri ialah digunakan untuk menunjukkan persamaan, iaitu bagi ayat yang berpola frasa nama dengan frasa nama, manakala kata pemeri adalah bagi menunjukkan huraian atau keterangan bagi ayat yang berpola frasa nama dengan frasa adjektif, dan frasa nama dengan frasa sendi nama.

Tatabahasa08.05.2018
Salam sejahtera, Terima kasih atas jawapan kepada pertanyaan saya bertarikh 19/10/2011 berkenaan 'black sheep' = 'scapegoat' = 'kambing hitam' dalam penggunaan di Malaysia. Bagaimana dengan soalan no.2 tersebut? Jawapan dari pihak KNDBP tidak jelas. Mohon jawapan untuk soalan no.2 iaitu: 2) ... bolehkah kita katakan bahawa guru-guru BI di Malaysia perlu memberikan DUA makna untuk penggunaan 'black sheep' di Malaysia: (a) penggunaan di Malaysia, DAN (b) penggunaan di luar Malaysia (yang tidak membawa maksud 'kambing hitam')?. Jawapan dari pihak KNDBP amat dihargai. Terima kasih.

Kami telah menjawab secara umum soalan kedua tuan (lihat baris kedua akhir dan akhir), malah jawapan tersebut tidak terhad dalam pemerihalan perkataan "scapegoat" ini sahaja. Jawapan kami, "... Pada pandangan kami tidak salah untuk memaklumkan maklumat terkini entri kamus yang diketahui kepada khalayak, malah pemberian maklumat ini dialu-alukan untuk manfaat bersama." Tambahan maklumat, jika hal ini berkaitan dengan peperiksaan, eloklah dirujuk kepada Lembaga Peperiksaan.

Makna31.10.2011

Kembali ke atas