Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.rin.tah] | ڤمرينته

Definisi : 1. kekuasaan yg memerintah (menguasai) negara atau bahagian negara dsb: menerusi kesusasteraan, penulis-penulis mengemukakan fikiran dan kritik-kritik terhadap masyarakat dan ~; ~ daerah kekuasa­an yg memerintah daerah; 2. badan atau kum­pulan orang yg memerintah (mengendalikan pentadbiran) sesuatu negara, kerajaan: parlimen menjaga dan mengawasi segala yg dibuat oleh ~; kabinet yg terdiri drpd Perdana Menteri dan menteri-menterinya merupakan ~ yg menentukan dasar pentadbiran negara; parti ~ parti politik yg meme­rintah (kerajaan); 3. negara (bukan prebet atau orang perseorangan), kerajaan; tanah (pejabat dll) ~ tanah (pejabat dll) kepunyaan negara atau kerajaan; 4. pegawai (polis, ten­tera, dll) yg mengetuai pasukan dan mem­berikan perintah (arahan-arahan): perintah melancarkan serangan itu dikeluarkan oleh ~ pasukan tentera itu; 5. ark pengawas, pengelola, pengurus: ~ perkebunan; ~ berperlembagaan pemerintah (kerajaan) yg mentadbir negeri berdasarkan perlemba­gaan; ~ pelarian kerajaan yg berada di negeri lain (kerana negaranya diduduki musuh dsb); ~ peralihan kerajaan sementara (sebelum tertubuhnya kerajaan yg sebenarnya); ~ pusat kerajaan pusat (yg berkuasa terhadap seluruh negara); ~ tentera pemerintah yg dikuasai oleh tentera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.rin.tah] | ڤمرينته

Definisi : orang atau kumpulan orang yg memerintah sesebuah negara. ~ boneka pemerintah yg tidak mempunyai kuasa dan bertindak mengikut kehendak pihak-pihak tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perintah (kata nama)
1. Bersinonim dengan suruhan: arahan firman, sabda, amar, titah rodi, aba-aba, komando,
Berantonim dengan larangan

2. Bersinonim dengan peraturan: undang-undang, hukum, kanun,

Kata Terbitan : memerintah, memerintahkan, pemerintahan, pemerintah,

Peribahasa

Jangan memanah ke langit.

Bermaksud :

Jangan menderhaka kepada negeri atau pemerintah kerana yang serupa itu akan membinasakan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
oppressvt 1. treat cruelly, unfairly, menindas, menekan: tyrants who had ~ed the people for a long time, pemerintah-pemerintah yg zalim yg telah lama menindas rakyat; 2. a. cause to feel uncomfortable, (act.) menyebabkan [sso] berasa lemas, melemaskan; (pass.), (berasa) lemas: the heat somehow ~ed me, cuaca panas menyebabkan saya berasa lemas; b. cause to feel depressed, (act.) menyebabkan [sso] berasa tertekan; (pass.) berasa tertekan: a sense of impending doom ~ed him, perasaan akan berlakunya bencana menyebabkan dia berasa tertekan; she was ~ed by the failure, dia berasa tertekan akibat kegagalan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rulingadj 1. governing, pemerintah: the ~ party, parti pemerintah; 2. predominating, menguasai: his ~ fear, perasaan takut yg menguasainya; 3. (of price) prevailing, semasa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
commandingadj 1. being in command, pemerintah: ~ officer, pegawai pemerintah; 2. having air of authority, memerintah: she has such a ~ voice, suaranya mempunyai nada memerintah; 3. overlooking, dr... dapat dilihat [sst], [sst] dapat dilihat dr...: the fort has a ~ view of the valley, dr kubu itu dapat dilihat pemandangan seluruh lembah tersebut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
governingadj 1. ruling, pemerintah: the aristocracy was once the ~ class, kaum aristokrat pernah menjadi kelas pemerintah; 2. administering, pentadbir: the ~ body of a school, badan pentadbir sesebuah sekolah; 3. determining, menguasai, mempengaruhi: his ~ principle in life, prinsip yg menguasai hidupnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rulern 1. person who rules, pemerintah: he was made ~ of the country, dia diangkat menjadi pemerintah negara itu; 2. straight strip for ruling lines, (kayu) pembaris.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
despotn pemerintah kuku besi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
high commandn kumpulan pemerintah tertinggi tentera.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
commanding officern pegawai pemerintah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
state’s evidence n (US) keterangan pemerintah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
autocraticadj autokratik: an ~ ruler, pemerintah yg autokratik; ~ attitude, sikap autokratik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas