Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.rin.tah] | ڤمرينته

Definisi : 1. kekuasaan yg memerintah (menguasai) negara atau bahagian negara dsb: menerusi kesusasteraan, penulis-penulis mengemukakan fikiran dan kritik-kritik terhadap masyarakat dan ~; ~ daerah kekuasa­an yg memerintah daerah; 2. badan atau kum­pulan orang yg memerintah (mengendalikan pentadbiran) sesuatu negara, kerajaan: parlimen menjaga dan mengawasi segala yg dibuat oleh ~; kabinet yg terdiri drpd Perdana Menteri dan menteri-menterinya merupakan ~ yg menentukan dasar pentadbiran negara; parti ~ parti politik yg meme­rintah (kerajaan); 3. negara (bukan prebet atau orang perseorangan), kerajaan; tanah (pejabat dll) ~ tanah (pejabat dll) kepunyaan negara atau kerajaan; 4. pegawai (polis, ten­tera, dll) yg mengetuai pasukan dan mem­berikan perintah (arahan-arahan): perintah melancarkan serangan itu dikeluarkan oleh ~ pasukan tentera itu; 5. ark pengawas, pengelola, pengurus: ~ perkebunan; ~ berperlembagaan pemerintah (kerajaan) yg mentadbir negeri berdasarkan perlemba­gaan; ~ pelarian kerajaan yg berada di negeri lain (kerana negaranya diduduki musuh dsb); ~ peralihan kerajaan sementara (sebelum tertubuhnya kerajaan yg sebenarnya); ~ pusat kerajaan pusat (yg berkuasa terhadap seluruh negara); ~ tentera pemerintah yg dikuasai oleh tentera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.rin.tah] | ڤمرينته

Definisi : orang atau kumpulan orang yg memerintah sesebuah negara. ~ boneka pemerintah yg tidak mempunyai kuasa dan bertindak mengikut kehendak pihak-pihak tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perintah (kata nama)
1. Bersinonim dengan suruhan: arahan firman, sabda, amar, titah rodi, aba-aba, komando,
Berantonim dengan larangan

2. Bersinonim dengan peraturan: undang-undang, hukum, kanun,

Kata Terbitan : memerintah, memerintahkan, pemerintahan, pemerintah,

Peribahasa

Jangan memanah ke langit.

Bermaksud :

Jangan menderhaka kepada negeri atau pemerintah kerana yang serupa itu akan membinasakan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIRANI

Tirani ialah istilah yang digunakan dalam sejarah

untuk menggambarkan corak pemerintahan oleh

seorang pemerintah yang mempunyai kuasa

mutlak. Pada zaman Yunani purba, tirani

bermaksud pemerintahan mutlak oleh seorang

pemerintah. Kebanyakan tirani Yunani adalah

pemerintahan yang baik dan bertanggungjawab.

Istilah tirani boleh juga digunakan untuk

merujuk kepada kerajaan yang diperintah oleh

pemerintah mutlak yang mendapat kuasa melalui

kekerasan tentera atau muslihat politik.

Pemerintah seperti ini tidak akan mendapat

sokongan majoriti rakyat dan perlu menggunakan

kekerasan untuk mengekalkan kekuasaan.

Satu lagi maksud tirani ialah kerajaan yang

menggambarkan seorang atau sekumpulan orang

yang memerintah dengan kejam, menindas, atau

tidak adil.

UMUM 
SHAH JAHAN

Shah Jahan (1592–1666) ialah pemerintah kelima

empayar Mughal di India. Baginda menjadi

pemerintah pada tahun 1627. Ketika

pemerintahannya, rakyat Mughal berada dalam

zaman keemasan, dengan bilik kebal yang

dipenuhi harta dan gaya seni bina yang indah

dan mengagumkan.

     Shah Jahan paling diingati kerana Taj Mahalnya

yang amat sempurna, iaitu makam marmar putih

yang amat besar yang dibina untuk permaisurinya di

Agra, India (lihat Taj Mahal ). Baginda juga telah

membina sebuah istana yang amat hebat dan luar

biasa di Delhi. Istana ini berserta dengan bangunan

lain masih lagi kekal sebagai contoh keagungan

empayar Mughal. Dinasti itu mulai mengalami

kemerosotan kerana terlalu banyak wang telah

dihabiskan untuk kemewahan dan terlalu banyak

tenaga yang telah disia-siakan dalam peperangan.

Pemerintahan Shah Jahan sentiasa menghadapi

masalah, dan seorang daripada puteranya telah

merampas takhta daripadanya.

UMUM 
ANTONY, MARK

Antony, Mark (83?–30 S.M.) ialah jeneral dan

negarawan Rom yang berkhidmat sebagai pembantu

pemerintah Rom sejak tahun 43 S.M. sehingga dia

meninggal dunia. Antony dan Gaius Octavian

menjadi pembantu pemerintah bersama dengan

Marcus Lepidus selepas kematian pemerintah Rom,

Julius Caesar. Antony kemudiannya mengahwini

Cleopatra, ratu Mesir, dan kedua-duanya

menggabungkan angkatan tentera mereka. Antony

bercita-cita untuk menguasai Rom seorang diri, tetapi

dia kalah dalam Perang Actium pada tahun 31 S.M.

UMUM 
NIMITZ, CHESTER WILLIAM

Nimitz, Chester William (1885–1966),

berkhidmat sebagai pemerintah tertinggi tentera laut

Armada Pasifik Amerika Syarikat semasa Perang

Dunia II (1939–1945). Dia menjadi pemerintah armada

tersebut pada 31 Disember 1941, kira-kira tiga

minggu selepas angkatan laut tersebut hampir

lumpuh akibat serangan tentera Jepun di Pearl

Harbor.

UMUM 
OCTAVIA

Octavia (69?S.M.–11S.M.) ialah kakak tiri tua

pemerintah Rom yang bernama Octavian, yang

menjadi maharaja Augustus pada tahun 27 S.M.

Octavia mengahwini pemerintah bersama

Octavian iaitu Mark Antony pada tahun 40 S.M.

Perkahwinan ini memeteraikan perjanjian damai

yang mengakhiri perang saudara antara Octavian

dengan Antony. Octavia melahirkan dua orang

anak perempuan, Antonia Tua dan Antonia

Muda.

UMUM 
ALA-UD-DIN KHALJI

Ala-ud-din Khalji juga dikenali sebagai Juna

Khan , ialah pemerintah utara India dari tahun 1296

hingga tahun 1316. Dia ialah pemerintah dinasti

Khalji Turki kedua yang lebih berjaya, yang

memerintah dari tahun 1290 hingga tahun 1320.

UMUM 
AMIR AL-MUKMININPemerintah kerajaan Islam. 'Amir' bermaksud ketua, manakala al-Mukminin pula ialah umat Islam.AGAMATokoh
MAHARAJA

Maharaja ialah pemerintah bagi sebuah empayar

atau kumpulan negara atau negeri. Seseorang raja

selalunya hanya memerintah satu daerah atau

sekumpulan rakyat tetapi seorang maharaja

memerintah beberapa daerah atau kumpulan

rakyat.

UMUM 
SYOGUN

Syogun ialah gelaran bagi pemerintah feudal Jepun

yang agung. Istilah syogun bererti panglima agung

dalam bahasa Jepun, dan merupakan singkatan bagi

suatu gelaran yang bermakna Generalismo yang

Menakluki Orang Gasar.

UMUM 
MUHAMMAD ALI

Muhammad Ali (1769–1849), pemerintah Mesir

dari tahun 1805 hingga tahun 1848. Dia

menggunakan penasihat Perancis dan Eropah

untuk membantu memodenkan Mesir dan

menambahkan kekayaan dan kuasa. Di bawah

pemerintahannya, kerajaan dan tentera Mesir

dibentuk mengikut susunan seperti di negara-negara

Eropah. Tetapi dia tidak menggalakkan

demokrasi. Kuasa pemerintahan negara berada di

tangannya.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas