Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mer.ka.sa.an] | ڤمرکاساءن

Definisi : perihal (perbuatan, usaha atau tindakan) memperkasakan: kongres tersebut turut meluluskan resolusi dlm aspek ~ bahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mer.ka.sa.an] | ڤمرکاساءن

Definisi : perbuatan, usaha dsb memperkasakan: Kongres meluluskan resolusi dlm aspek ~ bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemerkasaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
empowermentpemerkasaanPengurusanPerancanganPenurunan kuasa sah kepada subordinat yang melibatkan pembuatan keputusan dalam sesebuah organisasi. Tindakan ini diambil bagi mengurangkan bebanan ketua daripada tugas yang berbentuk rutin atau mudah. Melalui pemerkasaan juga, seseorang subordinat dapat dilatih untuk memikul tanggungjawab dan membentuk prinsip kebertanggungjawaban yang lebih luas sebagai persediaan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi. Lihat juga penugasan.
empowermentpemerkasaanPentadbiranPengurusan-
family empowermentpemerkasaan keluargaKejururawatanTiadaPemberian kuasa kepada ahli keluarga.
community empowermentpemerkasaan komunitiPsikologiTiadaProses meningkatkan kesejahteraan dan keadilan sosial dalam sesebuah komuniti, contohnya mengembangkan bakat atau minat anak-anak melalui pelbagai acara dalam komuniti atau pembangunan semula ekonomi masyarakat.
empowerment educationpendidikan pemerkasaanKejururawatanTiadaKaedah pendidikan khas dalam komuniti berdasarkan pembelajaran aktif yang menggalakkan individu menentukan keutamaan dan keperluannya.
delegationpenugasanPengurusanPerancanganProses memindahkan kuasa sah dan tanggungjawab daripada seseorang pengurus kepada staf yang berada dalam kedudukan yang lebih rendah dalam struktur hierarki sesebuah organisasi. Tujuan penugasan lazimnya adalah untuk meneruskan tugas yang diwakilkan kerana ketiadaan pengurus atau sebagai sebahagian daripada pendekatan pembangunan kompetensi staf yang berkenaan. Lihat juga pemerkasaan.
employee relationsperhubungan pekerjaKomunikasiKorporatKeadaan, sistem, dan proses komunikasi antara organisasi dengan kakitangan. Keadaan, sistem, dan proses ini dirancang dan dibentuk oleh pihak pengurusan organisasi bagi mewujudkan kestabilan dan keseimbangan komunikasi dalaman sesebuah organisasi. Perhubungan pekerja juga merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi membantu meningkatkan komitmen dan produktiviti dalam kalangan kakitangan. Dalam organisasi besar, satu bahagian dan jawatan khusus diwujudkan bagi menguruskan perhubungan pekerja. Pelbagai kaedah digunakan oleh organisasi untuk memenuhi matlamat perhubungan pekerja, seperti pembentukan semangat berpasukan dan pemerkasaan pekerja melalui aktiviti dan projek yang berkaitan dengan pekerja yang dilaksanakan secara strategi dan sistematik. Tanggungjawab menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan perhubungan pekerja adalah di bawah Bahagian Perhubungan Awam atau Komunikasi Korporat.

Kembali ke atas