Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mer.sa.tuan] | ڤمرساتوان

Definisi : perihal mempersatukan sesuatu: ~ bahasa Melayu bermakna kebangkitan semula kegemilangan Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemersatuan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pemersatuanperihal mempersatukan sesuatu: ~ bahasa Melayu bermakna kebangkitan semula kegemilangan Melayu;Kamus Dewan Edisi Keempat
satu1. angka permulaan membilang bilangan (1), esa: cincin bermata ~; ~ sama lain sama sendiri (sesama mereka); tidak ada ~ pun tidak ada langsung; 2. bp ganjil (dlm maksud mencemuh, marah, dll), lain drpd yg lain, pelik: awak ni ~ juga; ~ per ~ = satu-satu; ~ detik sepuluh rebah prb seorang yg disindir, semua yg hadir turut tersinggung; satu-satu 1. tiap kali satu, satu demi (lepas) satu: timbang benda itu ~; 2. bp apa-apa, sesuatu: banyak orang yg menyalahkan polis apabila berlakunya ~ jenayah; satu-satunya tidak ada yg lain, satu sahaja: dialah ~ orang Melayu yg sanggup memikir-kan masalah masyarakat Melayu; bersatu 1. bergabung menjadi satu: Bangsa-Bangsa B~; enam puluh orang pemuda dr kampung itu telah pun ~ utk menjaga keamanan di situ; 2. bertaut atau bertemu (menjadi satu yg lebih besar): saluran-saluran rerambut darah semuanya ~ semula menjadi satu pembuluh besar; 3. bersebati (menjadi satu): zat makanan itu ~ dgn oksigen di dlm sel; 4. = ~ hati bermuafakat benar, seia sekata; 5. duduk bersama (sbg suami isteri): mereka sudah bernikah tetapi belum lagi ~; 6. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh, bersama; menyatukan 1. mengumpulkan menjadi satu (supaya lebih kuat, kukuh, teguh): bahasa ~ bangsa; 2. menyelaraskan (tujuan, tekad, dll), memusatkan: sekarang marilah kita ~ tekad kita; 3. bh mengahwinkan, me­nikahkan; mempersatukan 1. menjadikan bersatu (bkn rakyat sesebuah negara dsb); 2. me­ngahwinkan, menikahkan: maka muafakat­lah segala orang besar-besar Tempanak itu hendak dipersatukannya kedua-dua raja itu jadi laki isteri; satuan 1. angka yg kurang drpd 10 pd bilangan yg mempunyai lebih drpd satu angka; 2. sesuatu yg digunakan sbg dasar sukatan (ukuran dll), unit: gantang ialah ~ ukuran banyak; ringgit merupakan ~ wang di Malaysia; kesatuan 1. keadaan yg satu (tunggal), keesaan: ~ Allah; 2. keadaan yg satu (sama): manusia sangat sukar memelihara kesamaan atau ~ linguistik atau “linguistic unity” itu; 3. = ~ sekerja pertubuhan atau persatuan pekerja-pekerja (utk menjaga kepentingan mereka): K~ Pekerja-Pekerja Syarikat Bas; 4. Id satuan, unit; 5. Id satu kumpulan (orang, perkakas, dll) yg merupakan badan dll yg tersendiri, unit: ~ tentera payung; persatuan 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata; berpersatuan mempunyai persatuan, ada persatuannya: memperbanyak aktiviti ~; pemersatuan perihal mempersatukan sesuatu: ~ bahasa Melayu bermakna kebangkitan semula kegemilangan Melayu; penyatuan perihal menyatukan: ~ semula negeri Jerman masih lagi merupakan satu masalah yg besar; penyatu orang (faktor dll) yg menyatukan atau menyatupadukan: ciri-ciri yg membeza-kan manusia tetapi yg juga menjadi unsur ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas