Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.ta.an] | ڤمتاءن

Definisi : perihal membuat peta; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.ta.an] | ڤمتاءن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) memeta atau memetakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peta (kata nama)
Bersinonim dengan pelan, rajah, gambar rajah, bagan, denah, gambaran, lakaran;,
Kata Terbitan : memetakan, pemetaan, pemeta,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah ayat di bawah ini betul? a)Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti yang dalam Rajah 1-1. b)Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti Rajah 1-1. Bagaimanakah penggunaan kata sendi yang betul?Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti Rajah 1-1.Tatabahasa08.07.2012
Saya ingin bertanya. Di INSTUN, terdapat 3 buah pusat kecemerlangan (kelas) untuk bidang ukur dan pemetaan. Bagi menggambarkan ketiga-tiga pusat kecemerlangan tersebut, bolehkah ianya disebut sebagai Kluster Kecemerlangan Ukur dan Pemetaan. Sekian, terima kasih.Kluster Kecemerlangan Ukur dan Pemetaan boleh diterima.Istilah16.01.2017
Yang manakah ejaan yang betul bagi padanan United Arab Emirates? 1) Emirriyyah Arab Bersatu (menurut Dokumen Tambahan Garis Panduan Penentuan Nama Geografi, Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia); atau 2) Emiriah Arab Bersatu (menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan); atau 3) Emiriyah Arab Bersatu (menurut Istilah Sains Politik pada laman PRPM). Terima kasih kerana membantu.Ejaan yang diterima pakai adalah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu “Emiriah Arab Bersatu”.Ejaan30.05.2019
Salam, Bolehkah saya menghantar dokumen (cth: *.doc) untuk semakan ejaan dan bahasa oleh DBP. Dokumen ini adalah Akta dan juga Pekeliling jabatan saya. Selain pertanyaan di sini, di manakah tempat/laman lain DBP untuk buat semakan ejaan dan bahasa? Sekian. Mohd Yusri bin Mohd Noor Seksyen Perundangan Kadaster Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.Kami tidak menyediakan perkhidmatan semakan dokumen kecuali untuk sekadar dua atau tiga halaman. Walau bagaimanpun kami boleh membantu mengikut kesesuaian masa dengan syarat tempoh yang diberikan tidak mengganggu tugas hakiki kami di pejabat. Sila hubungi kami melalui e-mel aishah3@dbp.gov.my untuk perbincangan lanjut.Lain-lain19.07.2012
Boleh saya tahu dalam kamus Dewan Bahasa, kenapa disebut sebagai Lautan Pasifik tetapi bukannya Samudera Pasifik?

Untuk makluman, “Lautan Pasifik” telah diterima secara meluas dalam semua penamaan tempat dan pemetaan geografi serta digunakan sebagai nama khas bagi menggantikan istilah bahasa Inggeris, iaitu Pacific Ocean. Nama ini telah mantap penggunaannya. Istilah “Samudra Pasifik” hanya digunakan di Indonesia. Perkataan “Samudera” lebih kerap digunakan dalam karya sastera dan laras bahasa klasik sebagai satu bentuk pilihan padanan kata yang lebih indah. 

Istilah20.04.2020
Merujuk soalan kedua saya lalu, pihak tuan menyebut ejaan makkah dan Mekah diterima. Bagaimana ejaan nama-nama tempat yang lain? yg memiliki banyak versi sedangkan DBP memperjuang kecelaruan ejaan. Apakah pengguna bahasa Melayu mahu mengguna ejaan Tarabulus atau Tripoli, Sibtah atau Ceuta. Dan banyak lagi ejaan nama tempat yang berbagai versi.Untuk makluman tuan, tidak semua nama tempat di dunia terakam dalam data terbitan kami. Sebagai pihak yang berwenang,  Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menerbitkan Garis Panduan Penentuan Nama Geografi sebagai panduan dan rujukan nama-nama tempat di dalam dan luar Negara. Garis Panduan ini juga tidak menyenaraikan semua nama tempat, hanya beberapa tempat/negara sebagai contoh dalam penamaan. Data DBP menggunakan nama Tripoli, dan tidak ada data yang berkaitan dengan Sibtah atau Ceuta.  Sila nyatakan nama tempat yang digunakan dalam berbagai versi dalam data terbitan kami seperti yang tuan nyatakan untuk kami membuat semakan.Tatabahasa06.09.2014
Apakah yang dimaksudkan oleh rencana? Adakah ia sama seperti esei ataupun karangan panjang? apakah ciri-ciri yang ada dalam sebuah rencana?

Rencana bermaksud 1. cerita, karangan,kisah. 2. catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dll.,laporan, minit. 3. rangka sesuatu yang dikerjakan. 4. acara, agenda, jadual, program. Penulisan rencana dibahagikan kepada dua peringkat,peringkat prapenulisan dan peringkat penulisan. Peringkat prapenulisan melibatkan penentuan tajuk,pengumpulan maklumat dan memproses maklumat. Dalam pengumpulan maklumat beberapa teknik digunakan,iaitu Teknik Kategori Aristotle,,Teknik Pemetaan Fikiran, Teknik Rajah Idea dan Teknik Rangka Piramid. Jenis-jenis rencana pula ialah rencana penerangan, berita, profil, penyiasatan, pengalaman peribadi,pendapat, perbahasan,kritikan dan umum. Saudara boleh merujuk beberapa buku tentang perkara ini yang boleh diperoleh di kedai-kedai buku utama.

Lain-lain20.08.2009
Apakah maksud rencana? Apakah teknik penulisan rencana? Apakah jenis-jenis rencana?Rencana bermaksud 1. cerita, karangan,kisah. 2. catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dll.,laporan, minit.3. rangka sesuatu yang dikerjakan4. acara, agenda,jadual,program. Penulisan rencana dibahagikan kepada dua peringkat,peringkat prapenulisan dan peringkat penulisan. Peringkat prapenulisan melibatkan penentuan tajuk,pengumpulan maklumat dan memproses maklumat. Dalam pengumpulan maklumat beberapa teknik digunakan,iaitu Teknik Kategori Aristotle,,Teknik Pemetaan Fikiran, Teknik Rajah Idea dan Teknik Rangka Piramid. Jenis-jenis rencana pula ialah rencana penerangan, berita, profil, penyiasatan, pengalaman peribadi,pendapat, perbahasan,kritikan dan umum. Saudara boleh merujuk beberapa buku tentang perkara ini yang boleh diperoleh di kedai-kedai buku utama.Makna01.04.2008
Asslamualaikum dan selamat sejahtera. Bolehkah saya mendapatkan terjemahan bagi istilah-istilah Inggeris yang berikut? : 1. Conceptual Metaphor Theory 2. Ontological metaphor 3. Structural metaphor 4. Orientational metaphor 5. Domain mapping Saya dahulukan ucapan terima kasih atas jawapan yang akan diberikan.Tidak padanan bagi perkataan yang tersenarai. Berdasarkan bentuk terjemahan yang ada, kami mencadangkan perkataan tersebut diterjemahkan seperti yang berikut (jika bersesuaian dengan konsep penggunaannya):
1. Conceptual Metaphor Theory - Teori Metafora Konsep
2. Ontological metaphor - metafora ontologi
3. Structural metaphor - metafora struktur
4. Orientational metaphor - metafora orientasi
5. Domain mapping - pemetaan domain
Penyemakan dan penterjemahan25.05.2015
Salam, Saya ingin bertanya adakah perkataan "Survey" di dalam Bahasa Inggeris bersamaan "Survei" di dalam Bahasa Melayu. Saya ada menerima dokumen rasmi dari Jabatan Perangkaan Malaysia dan tajuk dokumen tersebut ialah "Survei Pembinaan...."
Kata survei diambil daripada kata survey dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan data Istilah Bahasa Melayu yang ada dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), kata survei banyak digunakan, misalnya dalam contoh seperti yang di bawah:

survey analysis - analisis survei; analisis tinjau selidik
survey population - populasi servei;penduduk tinjau selidik
survey area - kawasan survei
mapping survey - survei pemetaan

Kata survey juga diterjemahkan sebagai tinjauan (contoh: preliminary survey - tinjauan awal), kaji selidik (contoh: survey sampling - pensampelan kaji selidik) dan tinjau selidik (contoh: household survey - tinjau selidik isi rumah).
Istilah04.04.2023
12

Kembali ke atas