Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mi.ki.ran] | ڤميکيرن

Definisi : perihal berfikir (memikir): bahasa Melayu sejak lama telah berkembang sbg alat perkembangan ~ bangsa Melayu; ~ lateral cara menyelesaikan masalah dgn menggunakan daya imaginasi (bukan dgn menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yg biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yg kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak gila-gila sedikit) tetapi berkesan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mi.ki.ran] | ڤميکيرن

Definisi : cara atau hal memikirkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemikiran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEMIKIRAN BARU UMUM 
INSTITUT ANTARABANGSA PEMIKIRAN DAN KETAMADUNAN ISLAM

Institut Antarabangsa Pemikiran dan Ketamadunan Islam atau International Institute Of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) ialah institusi pengajian tinggi yang menawarkan program ijazah dalam kursus pemikiran Islam, tamadun Islam dan sains Islam pada peringkat sarjana dan kedoktoran.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
TEOSOFI

Teosofi ialah satu sistem pemikiran falsafah dan

agama. Teosofi berdasarkan kepada dakwaan

wujudnya pemahaman mistik terhadap sifat Tuhan

dan hukum dunia. Pengikut teosofi percaya bahawa

pengetahuan yang sebenar berpunca daripada

perhubungan terus antara jiwa dan kebenaran

suci, dan bukannya melalui logik atau deria.

UMUM 
DIARI

Diari ialah catatan pengalaman dan pemikiran

seseorang, yang ditulis setiap hari atau selang

beberapa hari. Ramai orang menyimpan diari

sebagai rekod peribadi. Kebanyakan orang tidak

gemar orang lain membaca diari mereka.

UMUM 
SENI LIBERAL

Seni liberal ialah tabiat ilmiah tentang

pemikiran dan pertuturan yang dianggap penting

bagi manusia yang bebas. Dari segi sejarah, seni

liberal termasuk dua kumpulan pengajian. Yang

pertama ialah penggunaan bahasa (nahu) yang

betul, berfikir dengan jelas (logik), dan

menyatakan idea seseorang dengan meyakinkan

(retorik). Kumpulan kedua termasuk pelbagai

cabang matematik. Pada mulanya, cabang ini

adalah aritmetik, geometri, astronomi dan

harmoni. Daripada pengajian tradisional ini, lahir

pula kumpulan sains semula jadi, sains sosial dan

kemanusiaan. Kolej yang memberi tumpuan

kepada pengajian ini biasanya dikenali sebagai

kolej seni liberal.

UMUM 
RASIONALISME

Rasionalisme ialah suatu pandangan yang

menekankan kepada kewarasan pemikiran atau

taakulan manusia dan kebolehannya untuk

menjawab soalan-soalan asas.

UMUM 
EMERSON, RALPH WALDO

Emerson, Ralph Waldo (1803–1882), tokoh

utama dalam bidang pemikiran dan kesusasteraan

Amerika. Dia merupakan penulis esei, pengkritik,

penyair, pemidato, dan ahli falsafah yang

popular.

UMUM 
NORTH, LORD

North, Lord (1732–1792), Frederick, Earl of

Guilford , perdana menteri Britain yang pemikiran

ceteknya terhadap tanah jajahan Amerika membantu

mencetuskan Revolusi Amerika.

UMUM 
KIASAN

Kiasan ialah penggunaan kata dalam pola

pemikiran dan ungkapan yang lazim. Misalnya,

kita mungkin terbaca “The spy was cornered like a

rat …. The crowd surged forward…. The redcoats

withdrew…. Justice hung her head …. Here was

mercy indeed!… The entire nation screamed

vengeance.

UMUM 
EMOSI

Emosi selalu dikatakan sebagai perasaan

tentang sesuatu atau reaksi sesuatu kejadian

atau pemikiran. Ada emosi yang menyeronokkan

dan ada emosi yang tidak menyenangkan.

UMUM 
12345

Kembali ke atas