Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mi.li.han] | ڤميليهن

Definisi : hal atau perbuatan memilih: suara merdu sesuatu biola kecil adalah bergantung pd ~ kayu yg istimewa; ~ yg dijalankan itu tidak begitu adil; ~ alamiah (Bio) teori tentang evolusi organis­ma (dipelopori oleh Darwin) yg menyatakan bahawa individu sesuatu spesies yg dapat menyesuaikan diri dgn persekitaran akan dapat hidup dlm persekitaran itu dan cen­derung membiak dgn banyak; ~ bertingkat (berjenjang) ark Id pemilihan wakil parlimen yg tidak langsung oleh rakyat; ~ buatan (Bio) pemilihan tumbuhan atau haiwan yg mem­punyai ciri terbaik utk dikacukkan; ~ langsung Id pemilihan wakil parlimen yg langsung oleh rakyat; ~ umum Id pilihan raya umum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mi.li.han] | ڤميليهن

Definisi : perbuatan atau hal memilih: ~ dilakukan berdasarkan kelulusan akademik serta pengalaman seseorang calon. ~ umum pemilihan wakil rakyat yg dibuat secara undi atas dasar demokrasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pilih (kata kerja)
Bersinonim dengan isih, saring, tapis;,
Kata Terbitan : memilih, pilihan, pemilihan, pemilih,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pemilihan diksiyang tepat dan sesuai menentukan baik atau tidak sesuatu teks penulisan.Apakah ciri-ciri diksi yang harus dipilih oleh seseorang penulis?Seseorang penulis perlulah memilih dan menggunakan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea bersesuaian dengan perkara yang hendak disampaikanLain-lain23.09.2006
Apakah beza dan bagaimana cara utk menggunakan perkataan "pilihan" & "pemilihan"? Adakah terjemahan utk perkataan "selection" hanya terhad kepada "pemilihan" sahaja, atau boleh juga diterjemahkan sebagai "pilihan". Jika boleh, bagaimana utk menentukan terjemahan (pilihan @ pemilihan) yang manakah yang lebih sesuai digunakan utk "selection".Dalam Kamus Dewan, terdapat pilihan antara pilihan dan pemilihan. Pilihan ialah sesuatu yang telah dipilih, atau hasil memilih; dan pemilihan ialah hal atau perbuatan memilih. Maka terjemahan perkataan selection dalam bahasa Melayu bergantung pada konteks maknanya dalam ayat tersebut.Tatabahasa19.03.2014
ciri-ciri pemilihan diksi yang tepat dalam penulisanDiksi ialah pemilihan dan penggunaan kata yg tepat dan berkesan utk mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bertulis atau lisan. Ciri-ciri pemilihan diksi yang tepat dalam penulisan kebiasaannya berdasarkan laras bahasa yang digunakan dan juga situasi ketika ayat tersebut diungkapkan. Contohnya, jika kita ayat yang dicipta menggunakan laras uindang-undang, maka pemilihan kata yang sesuai dengan laras tersebut perlulah digunakan. Terima kasih.Lain-lain04.10.2006
Selamat pagi Tuan/Puan, Saya ingin tanya pemilihan pucuk kepimpinan pemilihan teraju kepimpinan barisan pemimpin Yang manakah betul dan apakah perbezaan mereka? Terima kasih :)Pucuk pimpinan, teraju pimpinan dan barisan pemimpin membawa maksud yang sama iaitu menunjukkan sesuatu yang di atas dan mempunyai kuasa tertinggi. Ketiga-tiga frasa ini boleh digunakan bergantung pada konteks ayat.Lain-lain13.08.2021
1) Mana yang betul? a) .. timbul kekeliruan dalam ejaan dan pemilihan kata. ATAU b) .. timbul kekeliruan terhadap ejaan dan pemilihan kata. 2) Adakah perlu menggunakan tanda koma selepas kata 'pula'? Terima kasih.1. Ayat yang betul ialah (a) ... timbul kekeliruan dalam ejaan dan pemilihan kata
2. Keperluan penggunaan tanda koma selepas kata "pula" bergantung pada ayat dan konteks penggunaan.
Tatabahasa02.06.2014
saya ditugaskan membuat satu pembentangan subjek bahasa melayu komunikasi mengenai tajuk komunikasi penulisan teks. beberapa aspek telah ditentukan oleh pensyarah iaitu penggunaan bahasa yang dramatis, pemilihan aksi, format yang sesuai, pemilihan aksi dan kesedaran khalayak. saya tidak memahami aspek-aspek penulisan yang telah diberi.Penggunaan bahasa yang gramatis (bukan dramatis) merujuk penggunaan bahasa yang mengikut prinsip tatabahasa, pemilihan aksi ialah pemilihan tingkah laku yang dibuat, format yang bersesuaian dengan tajuk dan situasi, dan kesedaran khalayak (pendengar atau pembaca). Untuk maksud yang lebih perinci sila rujuk buku yang berkaitan.Makna10.10.2010
maksud pemilihan bahasa,dwibahasa, domain dan masyarakat mengikut kamus dewan.Kamus Dewan menakrifkan dwibahasa sebagai ditulis atau dinyatakan dalam dua bahasa, domain bermaksud kumpulan atau liputan bagi sesuatu yg dibincangkan atau bagi sesuatu masalah yg hendak diselesaikan dan masyarakat bermaksud sekumpulan orang yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara dan peraturan tertentu.Makna11.10.2010
Bagaimanakah proses pemilihan pinjaman bahasa dibuat?

Proses pembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah. Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah bahasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila:

1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan.

2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks.

3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya.

4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu.
Tatabahasa10.08.2022
perkataan standard digunakan dalam KSSR. Adakah pemilihan perkataan itu betul dalam bahasa melayu?. Mengapakah perkataan itu dipilih dan adalah pemilihan itu betul dalam bahasa melayu. Mengapa?Untuk makluman, perkataan "standard" adalah betul dan telah diterima dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Dewan edisi keempat, terdapat perkataan "standard" dan maksudnya adalah seperti yang berikut:  1. sesuatu yang diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk mengukur (menilai dan sebagainya) sesuatu yang lain (seperti berat, isi padu, nilaian wang, mutu, dll), piawai; 2. taraf (kehidupan); 3. sesuatu yang dianggap tetap nilainya sehingga dapat digunakan sebagai ukuran nilai (harga); 4. (bentuk bahasa, ejaan, dan sebagainya) yang betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya, baku.Istilah21.02.2013
Tuan, Adakah istilah 'mesyuarat agung' hanya digunakan jika ada pemilihan ahli jawatankuasa bagi sesuatu pertubuhan? Bolehkah istilah 'mesyuarat agung' digunakan jika tiada pemilihan ahli jawatankuasa.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mesyuarat agung bermaksud perundingan besar (oleh sesuatu badan, persatuan, dll). Lazimnya mesyuarat agung yang diadakan terbuka kepada dan untuk dihadiri oleh semua ahli. Mesyuarat agung juga diadakan tidak semestinya untuk memilih ahli jawatankuasa.    

 

 

Istilah24.02.2010
12345678910...

Kembali ke atas