Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mi.li.kan]/[pe.mi.li/.kan] | ڤميليقن

Definisi : perihal memiliki: ~ tanah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mi.li.kan]/[pe.mi.li/.kan] | ڤميليقن

Definisi : perihal memiliki: Kerajaan mengharapkan ~ modal sebanyak 30% oleh kaum bumiputera dlm sektor perniagaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemilikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
milk naqispemilikan tidak sempurnaPerniagaan IslamTiadaPemilikan sesuatu benda sahaja sama ada barang atau faedah. Contoh pemilikan barang sahaja ialah hak pemilikan waris terhadap harta, rumah atau kereta sedangkan faedah menduduki rumah atau menggunakan kereta telah diwasiatkan untuk tempoh tertentu bagi dinikmati oleh pihak penerima wasiat. Contoh pemilikan faedah sahaja ialah penyewa jentera memiliki hak menikmati faedah penggunaannya dalam akad ijarah. Pemilikan barang sahaja dikenali sebagai milk ‘ain atau milk riqbah. Pemilikan faedah sahaja dikenali sebagai milk manfa‘ah. Milk manfa‘ah boleh wujud dalam muamalat pinjaman barangan, sewaan, wakaf, wasiat dan ibahah. Sinonim milk da‘if.
total cost of ownership (TCO)jumlah kos pemilikan (TCO)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerNilai lengkap untuk pemilikan sesuatu alat atau sistem, contohnya perisian atau komputer pelayan, daripada sebelum pemilikan hingga selepas pemilikan. Nilai ini melibatkan penjumlahan kos seperti kos perancangan, kajian, pembinaan, perolehan, penyelenggaraan, penggunaan dan pelupusan alat, atau sistem tersebut.
equityekuitiEkonomiEkonomi IslamBahagian pemilikan dalam sesuatu badan perniagaan atau korporat. Mengikut prinsip syariah, cara pemilikan ekuiti dilakukan melalui konsep musyarakah dan mudarabah. Kaedah pemilikan melalui konsep mudarabah memberi ruang kepada pelabur menyumbangkan modal dan pengusaha menguruskan entiti tersebut. Manakala dalam pemilikan musyarakah, kedua-dua pelabur dan pengusaha menyumbangkan modal masing-masing. Ekuiti boleh bertambah dari semasa ke semasa melalui sumbangan tambahan modal, rizab dan perolehan tertahan. Pemilik ekuiti berhak menuntut keuntungan dan bertanggungjawab menanggung kerugian.
absolute ownershippemilikan mutlakPentadbiran PerniagaanTiadaPemilikan ini wujud apabila kepentingan atau hak pemilikan nyata insured bebas daripada segala batasan, sekatan dan syarat-syarat sehinggakan ianya tidak boleh diambil daripada insured tersebut tanpa persetujuannya.
mudarabah muntahiyah bi tamlikperkongsian mudarabah berakhir pemilikanPerniagaan IslamTiadaPemilikan bersama antara pemodal dengan pengusaha dan salah satu pihak bersetuju mengurangkan pemilikan sehingga dimiliki sepenuhnya oleh pihak lain. Contohnya, perniagaan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan akhirnya peniaga memiliki sepenuhnya perniagaan tersebut berserta syarat yang telah dipersetujui.
milk ‘ainpemilikan barangPerniagaan IslamTiadaPemilikan fizikal sesuatu barangan, sedangkan faedahnya dinikmati pihak lain. Oleh itu, pemilik barang tidak menikmati faedah barang tersebut selagi hak mendapat faedah (haqq intifa‘) berada dalam pemilikan pihak lain. Pemilik barang juga tidak boleh melakukan sesuatu tindakan terhadap barang tersebut yang boleh merosakkan atau mengurangkan faedahnya. Contohnya, pemilik rumah sewa tidak boleh mengubah suai atau menjual rumah tanpa memaklumkan kepada pemilik faedah, iaitu penyewa. Sinonim milk riqbah. Banding milk manfa’ah.
milk manfa‘ahpemilikan manfaatPerniagaan IslamTiadaPemilikan faedah sesuatu barangan sahaja, sedangkan ‘ainnya dipunyai oleh pihak lain. Milk manfa‘ah berlaku dalam akad pinjaman, sewaan, wakaf, wasiat dan ibahah (kebenaran penggunaan). Contoh dalam sewaan rumah, penyewa menikmati faedah rumah tetapi hak pemilikan ‘ain rumah dimiliki oleh pemilik asal. Banding milk ‘ain.
possessionmilik; pemilikanEkonomiTiadaPemilikan: Perihal pemain yang berjaya memiliki bola, atau pasukan yang berjaya mengawal bola dalam sesuatu situasi.
absente ownershippemilikan tak hadirPentadbiranTiadaPemilikan modal seperti tanah dan kilang yang pemiliknya tidak tinggal di tempat tersebut tetapi mengupah orang lain untuk menguruskannya.
milk mutlaqpemilikan mutlakPerniagaan IslamTiadaPemilikan yang tidak terbatas kepada sesuatu sebab. Contohnya, individu yang mempunyai milik mutlak terhadap sesuatu harta boleh membuat tuntutan seperti barang yang telah diambil oleh orang lain. Banding milk bi sabab.
12345678910...

Kembali ke atas