Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mim.pin] | ڤميمڤين

Definisi : 1. orang yg memimpin: ~-~ Perikatan bergembira hari ini menyambut kemenangan mereka; 2. buku pedoman, petunjuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mim.pin] | ڤميمڤين

Definisi : orang yg memimpin: ~-~ politik tanah air telah bersidang semalam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pimpin
Kata Terbitan : berpimpin, memimpin, terpimpin, pimpinan, kepimpinan, pemimpin,

Peribahasa

Patah kemudi perahu hanyut.

Bermaksud :

Rakyat yang kehilangan pemimpin akan kucar-kacirlah jadinya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
majority leaderpemimpin majoritiSains PolitikPolitik PerbandinganPemimpin dari parti politik yang mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya. Pemimpin ini mempunyai sifat yang berwibawa dan berkarisma untuk menjadi seorang pemimpin yang unggul. Pemimpin majoriti merupakan pemimpin yang mendapat sokongan rakyat dan ahli parlimen untuk menerajui pemerintahan negara. Contohnya, Dr. Mahathir Mohamad pemimpin majoriti yang mendapat sokongan besar pengundi kawasan dan ahli parlimen.
MyDigital Leader ProgrammeProgram Pemimpin MyDigitalPendidikanTiadaProgram untuk meningkatkan kecekapan pemimpin sebagai pemimpin digital.
nominal leaderpemimpin pada nama/pemimpin nominalSosiologiTiadaTiada
bureaucratic leaderpemimpin birokrasiPentadbiranPentadbiran Awam

Individu atau kumpulan individu yang bertanggungjawab menerajui sesebuah organisasi. Pemimpin birokrasi wujud dalam pelbagai peringkat berdasarkan hierarki sah dalam struktur organisasi. Ini bermakna semakin tinggi kedudukan seseorang pemimpin dalam organisasi, maka semakin besarlah kuasa dan tanggungjawab yang ada padanya dan begitulah sebaliknya. Pemimpin birokrasi berperanan dalam membuat perancangan, menyusun organisasi, menetapkan keputusan, membuat pengawalan, penilaian dan pemantauan, meningkatkan kualiti, menguruskan pengambilan pekerja serta bertanggungjawab ke atas risiko kerugian dan sebagainya.

leadership stylegaya kepemimpinanPengurusanPerancanganGaya seseorang pengurus atau pemimpin dalam menentukan haluan, memantau pelaksanaan rancangan dan memotivasikan pekerja untuk mencapai matlamat organisasi. Gaya kepemimpinan yang berbeza ditentukan oleh faktor peribadi pemimpin tersebut, budaya organisasi dan persekitaran perniagaan. Contoh perbezaan gaya kepemimpinan yang kerap disebut ialah gaya kepemimpinan autokratik atau gaya kepemimpinan demokratik. Lihat juga pemimpin demokratik, pemimpin autokratik.
charismatic leadershipkepimpinan berkarismaSains PolitikPolitik PerbandinganSifat kepimpinan luar biasa dan sangat istimewa yang dimiliki oleh pemimpin tertentu sama ada yang bersifat keagamaan atau politik dalam mengetuai masyarakat atau negara. Autoriti sesebuah organisasi atau masyarakat itu amat bergantung kepada sifat karisma tersebut. Pemimpin berkarisma akan memaksimumkan segala kebolehannya untuk mendapatkan sokongan dan perhatian masyarakat. Bagi masyarakat tradisi, kelahiran pemimpin ini amat penting sebagai pencetus kepada perubahan atau revolusi. Secara amnya, kepimpinan karismatik ini lahir dalam masyarakat yang memiliki kadar rasional yang masih rendah. Max Weber tokoh yang mengutarakan konsep kepimpinan ini menyatakan bahawa karisma seseorang pemimpin akan menjadi berkurangan mengikut tahap rasionalisasi masyarakat. Semakin tinggi tahap rasionalisasi masyarakat semakin kurang idola karisma seseorang pemimpin. Contohnya, pemimpin seperti Adolf Hitler, Lenin, Soekarno dan Mahatma Gandhi.
authoritarian leaderpemimpin adikaraKomunikasiTiadaPemimpin yang membuat keputusan sendiri tanpa meminta pendapat pengikut atau anak buahnya.
democratic leaderpemimpin demokratikPentadbiranTiadaPemimpin yang sentiasa membimbing dan menggalakkan pekerja bersama-sama membuat keputusan.
autocratic leaderpemimpin autokratikPentadbiranTiadaPemimpin yang membuat dan menentukan semua keputusan untuk kumpulan atau organisasi.
charismatic leaderpemimpin karismaPentadbiranTiadaPemimpin yang mempunyai ciri-ciri seperti visi, daya usaha, iltizam, peribadi unggul, dan ejen perubahan untuk mempengaruhi.
12345678910...

Kembali ke atas