Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mi.na.ngan] | ڤمينڠن

Definisi : hal (pekerjaan dll) meminang: haram melakukan ~ ke atas perempuan yg telah dipinang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mi.na.ngan] | ڤمينڠن

Definisi : perbuatan atau hal meminang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peminangan

Peribahasa

Bagai kapak naik cerana.

Bermaksud :

Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kapak naik pemidangan [= peminangan]). cerana = tempat sirih.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الشبكةhadiah pinanganAgama IslamFiqhHadiah yang diberi kepada bakal isteri semasa peminangan.
betel leaf holdertepak sirihArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSimbol pembuka kata atau pencuci mulut selepas makan. Tepak sirih digunakan dalam adat perkahwinan semasa upacara peminangan dan pernikahan, serta istiadat menerima tamu. Sesuai dengan fungsinya untuk mengisi daun siri, bahagian tepak dibentuk dengan ruang petak tertentu yang mengandungi beberapa bekas seperti bekas sirih, bekas pinang, bekas kapur, bekas gambir, bekas tembakau, bekas bunga dan sebagainya. Tepak sirih juga digunakan dalam adat istiadat perkahwinan diraja dan diperbuat daripada bahan perak.
allegoryalegoriKesenianDrama dan TeaterIdea atau konsep abstrak dalam bentuk watak, objek atau lambang untuk memberikan sesuatu pengertian lain yang lebih penting di luar karya. Contohnya, syarat-syarat hantaran peminangan yang diberikan oleh Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud, iaitu tujuh dulang hati nyamuk, tujuh tempayan air mata anak dara dan semangkuk darah putera raja dalam sejarah Melayu.
frustrationkekecewaanPsikologiPsikologi UmumKeadaan emosi negatif yang muncul dalam diri individu apabila keinginan untuk mencapai sesuatu yang diingini disekat. Halangan yang boleh menimbulkan kekecewaan boleh dibahagikan kepada dua sumber. Punca luaran kekecewaan biasanya merupakan keadaan luar diri individu yang boleh menghalang kemajuannya untuk mencapai suatu matlamat. Contohnya, penolakan peminangan yang menghalang individu mendapatkan gadis idaman untuk dijadikan isteri. Punca kekecewaan ini biasanya ialah kelambatan, kegagalan, penolakan atau kehilangan. Satu lagi punca kekecewaan adalah bersifat peribadi seperti individu yang gemuk biasanya tidak dapat menjadi pelari pecut atau tidak dapat memiliki pasangan yang diidamkan sebagai suami atau isteri.

Kembali ke atas