Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mi.nat] | ڤمينت

Definisi : orang yg berminat (kpd sesuatu), penggemar: mudah-mudahan buku ini dapat sambutan drpd para ~ kesusasteraan Melayu seluruhnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mi.nat] | ڤمينت

Definisi : orang yg berminat terhadap sesuatu; penggemar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minat (kata nama)
Bersinonim dengan kegemaran, kesukaan, kecenderungan, kecondongan, keghairahan, hobi;,
Kata Terbitan : berminat, meminati, peminat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera, Tidakkah pihak DBP ada merancang untuk mengulang cetak novel karya Ramlee Awang Murshid berjudul Igauan Maut? Pada pendapat saya, sekiranya novel ini diulang cetak, sudah pasti akan mendapat sambutan yang hangat memandangkan begitu ramai peminat karya-karya ciptaan Saudara Ramlee di luar sana. Sekiranya pihak DBP meninjau laman Facebook Kelab RAM (lebih 26,000 pengikut) atau ke laman web Kelab RAM, begitu ramai peminat setia yang tercari-cari novel ini bagi melengkapkan koleksi mereka. Ada yang sanggup meminjam sesama sendiri dan tawar-menawar bagi mendapatkannya. Pada hemat saya, sekiranya novel ini diulang cetak, bukan sahaja mampu memberi khabar gembira buat peminat-peminat Saudara Ramlee, malah pihak DBP juga boleh meraih keuntungan dengan edisi ulang cetak ini seperti mana karya-karya laris lain yang telah diulang cetak. Diharapkan agar cadangan saya ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam. Untuk pengetahuan tuan, DBP akan  mencetak ulang buku ini. Kami berharap berita ini akan menggembirakan tuan dan semua peminat/pengikut penulis terkenal ini.Lain-lain28.06.2012
Salam sejahtera, adakah perkataan “peminat” dan “e-sukan” tergolong dalam golongan kata nama am? Mohon pencerahan pihak dbp. Terima kasih.

Perkataan peminat” dan “e-sukan” merupakan kata nama am.  “Peminat” merujuk kepada benda-benda hidup, iaitu sama ada manusia atau bukan manusia,  manakala “e-sukan” ialah kata nama am tak hidup yang merujuk sama ada berbentuk institusi atau bukan institusi. Sila rujuk  Tatabahasa Dewan: Golongan Kata, halaman 15.

Tatabahasa06.07.2023
Assalamualaykum.Saya adalah peminat segala jenis bacaan bermanfaat.Seingat saya pada dekad 70an saya pernah membaca siri terjemahan Hikayat tersebut yang telah diterjemah oleh ? dan diterbit oleh DBP dengan gaya bahasa yang menarik dan jelas, sayang nya ia tiada lagi di pasaran untuk membolehkan generasi anak2 kita menikmatinya. 2. Saya Harap Dewan Bahasa dapat membongkar semula arkibnya dan mengulang cetak khazanah yang berharga ini. Maklumbalas tuan dalam hal ini amatlah dihargai.Sekian,terima kasih.Waalaikumsalam. Terima kasih kerana mengemukakan soalan. Walau bagaimanapun, untuk memudahkan pencarian buku tersebut, mohon tuan nyatakan judul hikayat yang berkenaan.Lain-lain02.04.2012
Shuana Abdul Wahip Salam. Saya peminat Shahnon Ahmad dan sedang mencari karya lama beliau. Saya harap pihak DBP dapat membantu saya.Salam, Mohon hubungi Kedai Buku DBP melalui nombor 03-2147 9636 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad.Lain-lain09.01.2017
Salam Sejahtera. Saya adalah salah seorang peminat puisi terutama yang diterbitkan oleh pihak DBP. Seringkali juga menyertai pertandingan mencipta lagu-lagu puisi anjuran DBP, walaupun setakat ini gagal keperingkat akhir. Antara puisi-puisi pilihan untuk dilagukan ialah yang ditulis oleh Zurinah Hassan. SOALAN: BOLEHKAH saya memuatkan lagu-lagu puisi ciptaan saya dari puisi Zurinah Hassan yang gagal keakhir dalam pertandingan anjuran DBP kedalam 'BLOG' saya menerusi YOUTUBE? PERLUKAH saya memohon kebenaran bertulis dari pihak DBP? APAKAH ada lain-lain syarat yang perlu dipatuhi.? TIADA tujuan komersil, cuma sekadar memaparkan minat saya dalam bidang seni. SEINGAT saya ada tiga buah puisi Zurinah Hassan yang dipetik dari buku 'Pujangga Tidak Bernama' terbitan DBP telah saya lagukan untuk menyertai pertandingan berkenaan. Mohon penjelasan. Sekian. Terima Kasih.

Salam takzim,

Sumbangan saudara secara berterusan dalam kegiatan penyebaran karya puisi kepada kalangan masyarakat melalui penyertaan dalam Sayembara Mencipta Lagu Puisi amat dihargai.  Dimaklumkan bahawa hanya lagu-lagu puisi yang layak ke peringkat akhir sahaja yang menjadi hak penganjur iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menerbit dan merakam lagu-lagu tersebut. Justeru, karya lagu puisi saudara yang tidak berjaya ke peringkat akhir menjadi hak milik saudara untuk diterbitkan dan disebarkan.  Namun demikian pihak kami menasihati saudara  agar menghubungi penyair Zurinah Hassan (016-2598049) terlebih dahulu sebelum menerbitkannya bagi medapatkan izin terbit naskhah puisi tersebut.

Selamat maju jaya.

Lain-lain29.11.2010
assalamualikum dan salam sejahtera. sebenarnya, saya adalah salah seorang peminat dewan sastera. jadi, soalan saya, bagaimanakah mahu menghantarkan puisi-puisi nukilan saya kepada pihak tuan

Karya sdr hendaklah dihantar kepada Editor Dewan Sastera, Bahagian Majalah, Aras 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau karya sdr boleh dihantar melalui e-mel: rozninah@dbp.gov.my. Sekiranya sdr penulis baru, karya boleh dihantar kepada  Puan Noraini Abdul Hamid, Editor Tunas Cipta atau e-mel:noraini3@dbp.gov.my

Lain-lain29.01.2009
Zulhisam Wahid SAT 10:28AM Zulhisam Wahid Zulhisam Salam. Sy merupakan peminat tegar buku2 terbitan DBP. Sehingga kini, sy telah memiliki buku2 DBP lebih daripada seribu tajuk. Pernah menjadi rakan dewan & kini juga telah menjadi rakan DBP. Dengan menjadi Raman DBP pelbagai keistimewaan di war-warkan. Dukacita dalam terdekat ini, dalam mempromosi buku oleh Kedai Buku DBP mungkin terlepas pandang. Diskaun 20% hingga 30% diberi kepada pembeli buku DBP samarata dengan rakan DBP. Apa istimewa rakan DBP? Jika begitu tidak perlu war-warkan keistimewaan kalau kesamarataan ini. Ada penjual bukan DBP memberikan keistimewaan khusus buat kepada ahli kad sahaja. Pihak berkenaan di DBP tolong lihat-lihat perkara ini. Hargai sokongan orang-orang seperti saya. Jangan sejarah lama berulang atau ada penerbit telah gulung tikar. Moga pihak DBP terus maju dan jays.Kami ambil maklum pandangan tuan dan amat menghargai sokongan tuan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, iaitu Tuan Haji Razali bin Che Mat melalui talian 03-2147 9464 atau e-mel razali3@dbp.gov.my.Lain-lain24.09.2016
Luqman Abd HamidView Profile Actions 12:56 Luqman Abd Hamid Luqman assalamualaikum , saya luqman seorang peminat budaya melayu.. bolehkah tuan masukan email saya dlm mailing list untuk sebaran program DBP? saya sering terlepas wacana wacana yg menarik misalnya wacana pagi ini ..Waalaikumussalam, Pertama sekali, kami mengucapkan terima kasih atas sokongan dan minat tuan dalam program-program yang dianjurkan pihak kami. Untuk makluman tuan, tuan boleh mengikuti Facebook Rasmi kami, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini program-program yang akan kami anjurkan misalnya program "Wacana Naskhah Kesultanan Melayu" yang tuan maksudkan. Terima kasih.Lain-lain27.10.2016
peribahasa yang sesuai:walau di mana sahaja penyanyi terkenal itu muncul untuk membuat persembahan, pasti ramai peminat yang akan mengerumuninya seperti ....... bulan dipagar bintang@di mana ada gula, di situ ada semutBerdasarkan konteks ayat yang dikemukakan oleh saudara ini, peribahasa yang sesuai ialah di mana ada gula, di situ ada semut.Lain-lain03.08.2007
Saya ingin bertanya apakah frasa yang sesuai untuk kata "fanpage" dalam bahasa Melayu?Perkataan "fanpage" sesuai dipadankan sebagai Halaman Peminat.Makna28.02.2020
123

Kembali ke atas