Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.min.da.han] | ڤميندهن

Definisi : perbuatan memindahkan (meng­alihkan): ~ penduduk; melatih orang-orang Malaysia melalui beberapa rancangan ~ kemahiran dan teknologi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.min.da.han] | ڤميندهن

Definisi : perbuatan atau hal memindahkan: Inilah permulaan ~ kuasa syarikat ke tangan kerajaan Inggeris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan perkataan manakah yang tepat? Perpindahan antara Syarikat atau Pemindahan antara Syarikat? Perpindahan atau Pemindahan?

 Mengikut Kamus Dewan, kata perpindahan bermaksud perihal perbuatan, kejadian berpindah, peralihan.  Kata pemindahan perbuatan memindahkan (mengalihkan). Dalam istilah perniagaan, pemindahan ialah padanan bagi transference.
Daripada keterangan ini, perpindahan antara syarikat merujuk pada peralihan syarikat boleh digunakan manakala pemindahan syarikat  pula secara fizikal dipindahkan. Mohon kemukakan konteks penggunaan yang diperlukan agar kami dapat memberikan cadangan lain yang memenuhi keperluan pihak anda.

 

Istilah02.09.2014
Slm sejahtera. ayat mana yang betul untuk pindahan dan pemindahan Merujuk kepada perkara di atas, kami ingin memaklumkan bahawa status pemindahan wang anda kini masih di dalam proses. Jika permohonan pindahan wang berjaya, penerima akan menerima wang dalam masa 3 hinnga 5 hari bekerja. atau Merujuk kepada perkara di atas, kami ingin memaklumkan bahawa status pindahan wang anda kini masih dalam proses. Jika permohonan pemindahan wang berjaya, penerima akan menerima wang dalam masa 3 hinnga 5 hari bekerja atau kedua dua ada kesilapan. Minta beri ayat yang betulKedua-dua perkataan “pindahan” dan “pemindahan” boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya menggunakan perkataan yang sama atau selaras dalam binaan ayat tersebut. Contoh ayat yang betul ialah; 

i. Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa status permohonan pindahan wang anda kini masih dalam proses. Jika pindahan wang berjaya, penerima akan menerima wang tersebut dalam tempoh tiga hingga lima hari bekerja.
 

ii. Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa status permohonan
pemindahan wang anda kini masih dalam proses. Jika pemindahan wang berjaya, penerima akan menerima wang tersebut dalam tempoh tiga hingga lima hari bekerja.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 1719.

Tatabahasa06.10.2023
Perpindahan server ke lokasi baharu ATAU Pemindahan server ke lokasi baharu?Cadangan jawapan yang sesuai berdasarkan jawapan yang diberikan ialah Pemindahan pelayan ke lokasi baharu. 23.05.2021
tuan, Doktor ini menjalani pemindahan buah pinggang ke atas pesakit itu. adakah ayat ini betul? TQAyat yang betul ialah Doktor menjalankan pemindahan buah pinggang terhadap  pesakit itu.Tatabahasa18.01.2012
Doktor itu menjalankan pemindahan buah pinggan ke atas pesakit itu. tuan, adakah ke atas boleh digunakan? tqAyat yang betul ialah Doktor itu menjalankan pemindahan buah pinggan terhadap pesakit itu. Farasa ke atas digunakan apabila merujuk tempat.Tatabahasa01.02.2012
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai pemotongan suku kata. Contoh "pemindahan", pemotongan suku kata : pemindah-an atau peminda-han? Apakah syarat-syarat pemotongan suku kata.Penggal suku kata bagi perkataan pemindahan ialah pe.min.dah.an, iaitu kv.kvk.kvk.vk. Untuk maklumat terperinci tentang penggalan suku kata, sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi.Tatabahasa28.03.2012
Salam sejahtera, Mohon bantuan pihak DBP untuk memberi penerangan dan nyatakan perbezaan bagi frasa "pemindahan wang" dan "pindahan wang"? Terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan maksud pemindahan ialah  perbuatan atau hal memindahkan. Manakala maksud pindahan pula ialah barang (harta dll) yang dipindah­kan (hasil daripada perbuatan pemindahan).

Tatabahasa31.10.2018
Salam DBP, "Perpindahan" Cawangan Alor Setar atau "Pemindahan" Cawangan Alor Setar? Mohon pencerahan dan berikan contoh ayat untuk penggunaan perkataan kedua-duanya. Terima kasih.

Perpindahan ialah hal berpindah, perihal perbuatan, kejadian berpindah, peralihan. 

Ayat Perpindahan Bank Islam Cawangan Alor Setar adalah ayat yang betul, jika tajuk pemakluman.

Pemindahan ialah perbuatan atau hal memindahkan, mengalihkan, secara fizikal dipindahkan.

Contoh ayat: Pemindahan Bank Islam Cawangan Alor Setar dari Jalan Desa ke Jalan Meranti akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2018.

Makna13.02.2018
Tuan, Mohon kepastian daripada tuan. Pepatah sebenar : Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi. Pegar: sejenis burung/ayam yang makan serangga dan bijirin. Kesilapan pegar menjadi pagar kerana pemindahan ejaan jawi kepada rumi. Pepatah kedua : Bagai melepas BATOK ditangga. Batok: tempurung yang digunakan menceduk air.Mencuci kaki di tangga. Kesilapan batok menjadi batuk, kerana proses pemindahan ejaan jawi kepada rumi. Harap tuan dapat mengesahkan maklumat ini. Terima kasih.Pendapat (kedua-dua peribahasa) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Maklumat terperinci tentang peribahasa tersebut juga tidak ada dalam pangkalan data kami kecuali  peribahasa (asal) yang kita ketahui.Tatabahasa30.12.2011
Salam sejahtera, Bolehkah "Contract of Mere Receipt and Transmission of Orders" diterjemahkan sebagai "Kontrak Penerimaan dan Pemindahan Pesanan Semata-mata"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Penggunaan ayat dalam bidang perbankan. Sumber: https://www.emissions-euets.com/internal-electricity-market-glossary/758-execution-of-orders-on-behalf-of-clients-mifid-definitions Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.Kami mencadangkan Kontrak penerimaan dan pemindahan/penghantaran pesanan sahaja  bagi Contract of Mere Receipt and Transmission of Orders.Penyemakan dan penterjemahan14.01.2018
12345

Kembali ke atas