Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.min.da.han] | ڤميندهن

Definisi : perbuatan memindahkan (meng­alihkan): ~ penduduk; melatih orang-orang Malaysia melalui beberapa rancangan ~ kemahiran dan teknologi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.min.da.han] | ڤميندهن

Definisi : perbuatan atau hal memindahkan: Inilah permulaan ~ kuasa syarikat ke tangan kerajaan Inggeris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
charge transferpemindahan cas; pemindahan cajKimiaTiada1. Pemindahan cas: Proses yang melibatkan pengambilan elektron oleh ion daripada atom neutral.
convective mass transferpemindahan jisim olakanKejuruteraanKejuruteraan KimiaPemindahan yang melibatkan pemindahan jisim antara bendalir yang mengalir dan antara muka dua bendalir bercampur yang mengalir. Pemindahan jisim ini bergantung pada kedua-dua sifat pemindahan bendalir dan sifat dinamik pengaliran bendalir.
Colburn analogy for mass transferanalogi Colburn bagi pemindahan jisimKejuruteraanKejuruteraan KimiaPerbandingan keserupaan antara pemindahan momentum, jisim dan haba. Daripada pemindahan jisim: dengan JM = faktor pemindahan jisim, k = pekali pemindahan jisim (mol/m3s), Dv = kemeresapan isi padu jisim (m3/s), � = kelikatan dinamik (poise), ? = ketumpatan (kg/m3), G = fluks jisim (kg/m2s), M = berat molekul (g/mol). Daripada pemindahan haba dan momentum: JM = JH = f / 2, dengan JH = faktor pemindahan haba Colburn, f = faktor geseran.
Reynolds analogyanalogi ReynoldsKejuruteraanKejuruteraan KimiaAnalogi keserupaan antara proses pemindahan haba dengan proses pemindahan momentum bagi aliran gas gelora di dalam paip yang berkelicinan hidraulik. Analogi ini mengaitkan faktor geseran daripada pemindahan momentum dengan pekali pemindahan haba melalui persamaan berikut: St = f /2 = h , CpG dan seterusnya (simbol � m/s 15) dengan h = pekali pemindahan haba (J/m2SoC) f = faktor geseran, ? = halaju purata (m/s) ? = ketumpatan (kg/m3), pr = nombor Prandtl, Cp = kapasiti haba pada tekanan malar (J/kgoC). Analogi ini sesuai digunakan untuk gas dwiatom apabila nilai nombor Prandtl menghampiri satu dan kecerunan suhu tidak terlalu tinggi.
charge transferpemindahan cas; pemindahan cajKejuruteraanTiada2. Peralihan elektron di antara orbitan ikatan dan antiikatan.
Lewis equationpersamaan LewisKejuruteraanKejuruteraan KimiaPersamaan yang menghubungkan pekali pemindahan haba dan pekali pemindahan jisim bagi campuran udara dan air yang unggul sebagai dengan M = berat molekul udara, Cs = kapasiti haba lembap, h = pekali pemindahan haba, h = pekali pemindahan jisim. Persamaan ini juga menyatakan bahawa garisan psikrometri dan garisan ketepuan adiabatik adalah serupa bagi campuran antara wap air dan udara.
data transferpemindahan data; pindahan dataKejuruteraanTiadapemindahan data: Proses pemindahan maklumat dari suatu lokasi ke suatu lokasi yang lain dalam sistem komunikasi.
mass transferpemindahan jisimMakanan dan PemakananMakananPemindahan atau pergerakan molekul yang melibatkan perubahan lokasi yang disebabkan oleh gradien melalui perolakan atau pembauran seperti dalam pengekstrakan, penyulingan dan penyerapan. Contoh pemindahan jisim ialah pemindahan lembapan daripada isi roti kepada kulit roti semasa proses pembakaran.
lease automatic custody transferpemindahan penjagaan automatik pajakanKejuruteraanPetroleumPengukuran dan pemindahan dari tangki pengeluar ke talian paip yang dihubungkan ke tangki berkenaan yang dilakukan secara automatik oleh unit pemindahan penjagaan automatik pajakan. Dengan demikian, proses pengukuran dan pemindahan tersebut boleh dilakukan tanpa kehadiran wakil-wakil dari pihak yang terlibat, iaitu pihak pengeluar dan pihak pembeli di tempat proses tersebut dilakukan. Rujuk : unit pemindah penjagaan automatik pajakan.
literary disseminationpenyebaran sasteraKesusasteraanTiadaPemindahan bentuk sastera dari satu lapangan budaya dan geografi ke lapangan budaya dan geografi yang lain. Pemindahan sastera juga berlaku dari satu generasi kepada generasi yang lain. Pemindahan sastera biasanya berlaku secara lisan dalam tempoh yang lama. Justeru, bentuk sastera ini akan mengalami perubahan, iaitu interpolasi, pembudayaan, iaitu akulturasi, dan pengubahsuaian, iaitu adaptasi. Proses pemindahan ini menyebabkan muncul pelbagai versi teks. Minat terhadap pemindahan sastera juga menyebabkan wujudnya pelbagai kajian yang tertumpu pada pencarian versi asal teks, iaitu prototaip, arketaip serta asal usul sesebuah teks. Pendekatan yang cenderung ke arah pemindahan sastera ialah kajian filologi, kesusasteraan bandingan, serta kaedah sejarah-geografi dalam kajian budaya rakyat.
12345678910...

Kembali ke atas