Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mi.sa.han] | ڤميسهن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) memisah atau memisahkan, penceraian, pemecahan (pembelahan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mi.sa.han] | ڤميسهن

Definisi : hal atau perbuatan memisahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah pemisahan sebutan yang berikut betul? 1. awalan (a.wa.lan) 2. seruan (se.ruan) 3. perniagaan (per.nia.ga.an)Ketiga-tiganya betul.Lain-lain06.03.2013
Apakah pemisahan kata yang betul bagi :- 1) Dia 2) Ia 3) Ialah 4) IanyaPemenggalan kata yang betul ialah dia, ia dan ia-lah. Pembentukan kata ianya salah kerana ia dan nya kedua-duanya kata ganti nama diri ketiga dan tidak boleh dibentuk menjadi satu perkataan.Tatabahasa24.09.2012
Ingin kepastian pemisahan suku kata yang betul. A-pril atau Ap-ril? Mohon beri penerangan sekali. Terima kasih.Suku kata yang betul ialah A.prilTatabahasa30.01.2011
Puan, Tolong jelaskan maksud perkataan di bawah, sila berikan ayat contoh supaya saya dapat memahami dengan lebih dalam. a) persekolahan - penyekolahan b) perpisahan - pemisahan c) pertukaran - penukaran Terima kasih.

a) persekolahan 
    hal bersekolah: Saya menghabiskan persekolahan saya di Kolej Melayu, Kuala Kangsar.

    penyekolahan
        
perihal sekolah. Lazimnya perkataan ini jarang digunakan kerana terdapat bentuk lain yang boleh digunakan.

b) perpisahan
hal berpisah: Mati merupakan perpisahan antara jasad dengan roh.

    pemisahan
hal atau perbuatan memisahkan:  Pemisahan antara dunia yang bersifat analitik dan dunia nyata itu juga merupakan suatu pemisahan yang arbitari kerana sifat ilmu itu tidak terpisah daripada masyarakat yang mendukungnya.

c) pertukaran
perbuatan atau hal bertukar; per­gantian; perubahan: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan Maslena sakit.

    penukaran

perbuatan (hal) me­nukar atau menukarkan: Penukaran permata asli dengan permata palsu itu dibuat secara sulit.

 

Tatabahasa05.03.2013
Apakah makna "pemisah" pada perkataan "anggota pemisah" atau "puak pemisah". Contoh ayat, seorang anggota pemisah ditembak mati oleh tentera. Adakah sama maksudnya dengan gerila?Pemisah bermaksud pengikut faham pemisahan , misalnya pejuang pembebasan, sosialis dan lain-lain. Dalam contoh ayat yang diberikan adalah bermaksud anggota yang menyertai kumpulan atau menjadi pengikut faham pemisahan. Manakala gerila bermaksud perang secara kecil-kecilan dan tidak secara berhadapan.Makna10.06.2008
Saya ingin bertanya tentang pemisahan kata mengikut sebutan kata: 1. acuan: a/cuan ATAU a/cu/an Adakah perkataan lain seperti tuan, luas, kemajuan juga dipisahkan mengikut teori yang sama? 2. sajian: sa/jian ATAU sa/ji/an Adakah perkataan lain seperti keberanian, tarian, pertanian juga dipisahkan mengikut teori yang sama? TQ.1. [a.cuan]
2. [sa.jian]

Perkataan lain disebut mengikut teori yang sama. Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, terbitan DBP 2008 untuk lebih lanjut.
Tatabahasa22.04.2013
Makna dikotomidikotomi: pembahagian (pemisahan) antara dua kumpulan (kelompok dll) dlm sesuatu hal yg saling bertentangan: dasar tadi menyebabkan kita selalu berfikir secara ~; ~ ini tidak terbatas kpd dunia sastera dan budaya, malah menyebar ke seluruh lapangan kehidupan.Makna21.06.2009
ingin pasti pemenggalan suku kata untuk : ungu - u.nguPemisahan suku kata untuk ungu ialah u-ngu.Ejaan12.04.2012
Apakah perbezaan sebutan suku kata dan kata ejaan suku kata ?Terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan. Pemenggalan kata bagi ejaan  pada kata terbitan dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan daripada kata dasarnya, contohnya meng-a-rah. Manakala sebutan bagi kata terbitan pada dasarnya menurut pola pemenggalan suku kata berdasarkan pola ejaan iaitu, VK-, KV- dan KVK. Namun, bagi beberapa bentuk terbitan dengan awalan tertentu, terdapat cara sebutan yang bervariasi contohnya, [me.nga-rah], [daun].

Contoh:  ma-kan-an (pemenggalan suku kata)
             ma-ka-nan (pemenggalan sebutan)
             ba-yar-an (pemenggalan suku kata)
             ba-ya-ran  (pemenggalan suku kata)
     
Lain-lain19.01.2022
Apakah suku kata untuk perkataan "hadiah"? "ha di ah" atau "ha diah" ? Terima kasihPemisahan suku kata yang betul untuk "hadiah" ialah ha-di-ah.Ejaan31.08.2012
1234

Kembali ke atas