Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mo.dal] | ڤمودل

Definisi : orang yg memberi modal, penanam modal: kebanyakan rumah haram di sekitar Kuala Lumpur, dibina oleh kaum ~ yg se-mata-mata mencari keuntungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mo.dal] | ڤمودل

Definisi : orang (pihak dll) yg memberikan modal; kapitalis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
modal (kata nama)
Bersinonim dengan wang ringgit, harta benda, sumber, dana, biaya, aset, tabungan, simpanan stok, syer, saham;,
Kata Terbitan : pemodal,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
division of profitpembahagian untungEkonomiTiadaPembahagian keuntungan antara pemodal-pemodal atau antara pemilik-pemilik saham syarikat.
corporate statenegara korporatSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang dibentuk melalui tiga rangkaian hubungan iaitu kelompok pemerintah, korporat dan pemodal. Kelompok korporat memainkan peranan sebagai penghubung di antara pemerintah dengan pemodal. Dalam rangkaian hubungan ini, ketiga-tiga kelompok tersebut boleh terdiri daripada orang yang sama bagi mengisi jawatan pemerintah, korporat dan juga pemodal atau orang yang berbeza tetapi mempunyai hubungan yang sangat rapat khususnya dalam proses pembentukan dasar dan hala tuju program negara. Konsep negara korporat ini mula digunakan secara saintifik oleh Emile Durkheim pada awal abad ke-20 bagi merujuk kepada kesatuan yang berpengaruh dalam menentukan proses pembentukan dasar sesebuah negara. Contoh negara korporat ialah Itali sewaktu di bawah penguasaan golongan Fasis sekitar tahun 1930-an dan tahun 1940-an.
mudaribpengusahaPerniagaan IslamTiadaPihak yang menjalankan perniagaan dengan mendapat dana daripada pemodal. Pengusaha ialah pihak yang mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam perniagaan, perusahaan atau pelaburan. Jumhur kecuali mazhab Maliki, tidak membenarkan pemodal mencampuri urusan perniagaan.
‘aqd isytirakakad perkongsianPerniagaan IslamTiadaAkad yang dilakukan oleh dua pihak untuk berkongsi kerja dan keuntungan seperti musyarakah dan mudarabah. Dalam akad mudarabah antara pemodal dengan pengusaha, keuntungan dikongsi mengikut persetujuan, manakala kerugian ditanggung oleh pemodal.
financierpembiaya; pemodalEkonomiTiadaTiada
venture capitalistpemodal terokaPentadbiranTiadaSyarikat atau individu yang membekalkan modal untuk pelaburan dalam perniagaan baharu yang berisiko tinggi.
مضاربةmuḍārabaṯAgama IslamFiqhPerkongsian perniagaan antara pemodal dengan pengusaha dan keuntungannya dikongsi bersama.
mudarabah mushtarikahmudarabah perkongsianPerniagaan IslamTiadaPersetujuan antara kedua-dua belah pihak pemodal dan pengusaha untuk melakukan satu lagi perkongsian dengan melantik pihak ketiga sebagai pengusaha bagi menguruskan atau mengusahakan perniagaan. Contohnya, pendeposit bank menyimpan wang melalui akaun pelaburan dan bank bertindak sebagai pengusaha. Pihak bank melantik pihak ketiga bagi menguruskan atau mengusahakan pelaburan.
mudarabah muntahiyah bi tamlikperkongsian mudarabah berakhir pemilikanPerniagaan IslamTiadaPemilikan bersama antara pemodal dengan pengusaha dan salah satu pihak bersetuju mengurangkan pemilikan sehingga dimiliki sepenuhnya oleh pihak lain. Contohnya, perniagaan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan akhirnya peniaga memiliki sepenuhnya perniagaan tersebut berserta syarat yang telah dipersetujui.
sharikah mudarabahsyarikat mudarabahPerniagaan IslamTiadaPerniagaan yang dijalankan oleh satu pihak sebagai pengusaha manakala modal tunai pula disediakan oleh pihak lain. Keuntungan dikongsi secara bersama mengikut persetujuan manakala kerugian pula hanya ditanggung oleh pemodal.
12

Kembali ke atas