Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.pel.ba.gaian] | ڤمڤلباݢاين

Definisi : perbuatan mempelbagaikan sesuatu (usaha dll): ~ keluaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pempelbagaian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diversificationpempelbagaianPengurusanPerancanganSuatu pendekatan strategik yang melibatkan keputusan untuk mempelbagaikan aktiviti syarikat, sama ada dengan menambah kategori produk lini, mewujudkan entiti perniagaan yang baharu atau memasuki pasaran baharu. Tujuan pempelbagaian dilakukan adalah untuk mengurangkan risiko dengan menambah aktiviti perniagaan yang mempunyai potensi yang berbeza, termasuk dengan membeli beberapa entiti yang berlainan (saham syarikat atau entiti perniagaan). Melalui pendekatan pempelbagaian ini, sekiranya berlaku kegagalan sesuatu produk atau entiti perniagaan, ia tidak akan memusnahkan keseluruhan portfolio yang dimiliki oleh sesebuah syarikat. Contohnya, pembuat kereta yang mengeluarkan pelbagai jenis model akan mengurangkan risiko kegagalan syarikat sekiranya salah satu model keretanya tidak berjaya dalam pasaran.
agricultural diversificationpempelbagaian pertanianPertanianAgroteknologiDasar pertanian yang tidak tertumpu kepada hanya satu produk utama sebagai hasil usaha pertanian sebaliknya mempunyai pelbagai produk termasuk hasil tanaman, ternakan dan akuakultur. Di Malaysia, pempelbagaian pertanian telah menjadi dasar kerajaan sejak didapati pergantungan kepada satu produk pertanian, iaitu getah dalam tahun 60-an memberi risiko tinggi terhadap ekonomi negara apabila harga getah sedunia turun mendadak. Dasar mempelbagaikan pertanian menyebabkan tanaman lain seperti kelapa sawit, koko, lada hitam, padi, sayur-sayuran, buah-buahan menjadi industri penting selain ternakan dan akuakultur.
related diversificationpempelbagaian berkaitanPengurusanPerancanganSalah satu strategi organisasi yang menghasilkan variasi produk atau perkhidmatan yang berkaitan antara satu sama lain. Produk atau perkhidmatan tersebut dianggap berkaitan dari segi perkongsian sumber pengeluaran, saluran pengedaran yang boleh diguna sama dan sasaran kumpulan pelanggan yang sama. Tujuan strategi ini dilakukan adalah untuk penjimatan kos dan pengukuhan kedudukan perniagaan melalui perkongsian dalam aspek kepakaran, sumber dan kos operasi. Contohnya, syarikat pengeluaran produk makanan dan minuman kesihatan yang melaksanakan strategi pempelbagaian berkaitan melalui variasi produk makanan dan minuman seperti susu, minuman cecair, aiskrim, bijirin sarapan, produk pemakanan bayi dan ibu mengandung serta produk penjagaan kesihatan. Lihat juga pempelbagaian.
diversificationpempelbagaian; pelbagaianPenilaian Harta TanahTiadaTiada
diversificationpempelbagaian; pelbagaianPendidikanTiadaTiada
diversificationpempelbagaian; pelbagaianPentadbiranTiadaTiada
diversificationpempelbagaian; pelbagaianPerhutananTiadaTiada
diversificationpempelbagaian; pelbagaianGeografiTiadaTiada
diversificationpempelbagaian; pelbagaianSains PolitikTiadaTiada
diversificationpempelbagaian; pelbagaianPertanianTiadaTiada
123

Kembali ke atas