Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
proses (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan operasi, perjalanan, tindakan, pergerakan, perkembangan;,
Kata Terbitan : memproses, pemprosesan, pemproses,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Buluh boleh diproses menjadi perabot. Ayat ini boleh menggunakan perkataan "diproses"?

 Puan Gina, terima kasifh kerana menghubungi KNBDBP.

Melihat kepada pengertian yang diberikan dalam kamus ini, maka perkataan proses boleh digunakan - prosés)  2. satu siri tindakan yg dilakukan utk membuat, menghasilkan, atau mencapai sesuatu; 3. kaedah teknik operasi yg digunakan dlm industri utk membuat sesuatu: di Indonesia nampaknya ~ penyaringan dan penapisan masih perlu dijalankan utk dapat memisahkan antah drpd beras; mengolah bahan mentah menjadi barangan siap: sudah ada banyak kilang yg menggunakan alat moden utk ~ barang-barang yg hendak dieksport; pemprosesan perbuatan (usaha, kerja dsb) memproses: ~ permohonan utk mengimport barang; ~ makanan; ~ data; pemproses 1. alat (kilang dll) yg memproses sesuatu: TETAPI perkataan yang lebih sesuai digunakan dalam ayat ini ialah direkabentuk atau terus dijadikan perabut.

Istilah28.02.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya, Lizawati Salahuddin pensyarah dari Jabatan Kejuteraan Perisian, Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan penggunaan perkataan back end. 1. Yang manakah penggunaan perkataan yang betul dalam bidang komputer: back end, backend, ATAU back-end? 2. Apakah istilah rasmi Bahasa Melayu bagi perkataan tersebut dalam bidang komputer? Mohon kepastian daripada pihak DBP. Terima kasih.

Waalaikumussalam. 1. Dalam bidang komputer, kelazimannya ejaan yang digunakan ialah back-end (dengan tanda sempang). 2. Istilah dalam bahasa Melayu untuk back-end dalam bidang komputer ialah:1">

  1. back-end = bahagian belakang1">
  2. back-end tools = alat bahagian belakang1">
  3. back-end phases = fasa bahagian belakang1">
  4. back-end processor = pemproses bahagian belakang1">
Sekian. Terima kasih.
Istilah15.05.2017

Kembali ke atas