Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
proses (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan operasi, perjalanan, tindakan, pergerakan, perkembangan;,
Kata Terbitan : memproses, pemprosesan, pemproses,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kopemproses(coprocessor)1. Pemproses sokongan yang melakukan tugas yang memakan masa yang am untuk membebaskan pemproses utama daripada tugas tersebut dan dengan demikian meningkatkan kepantasan pemprosesan. 2. Unit pemprosesan pusat yang bekerja secara seiring dengan unit pemprosesan pusat lain bagi meningkatkan kepantasan sistem dan juga sebagai langkah keselamatan untuk memastikan sistem sentiasa hidup sekiranya salah satu unit pemprosesan pusat gagal berfungsi.Kamus Komputer
proses/prosés/ 1 perubahan, peristiwa dll yg berlaku berturut-turut dgn sendirinya: ~ perkembangan jiwa; ~ penghadaman makanan. 2 cara atau kaedah tertentu yg diikut utk membuat sesuatu: ~ Bessemer salah satu cara membuat keluli yg dipelopori oleh Bessemer. 3 beberapa perbuatan berperingkat-peringkat yg dilakukan utk mendapatkan sesuatu: ~ pengeluaran minyak kelapa sawit memang rumit dan memerlukan modal yg banyak. memproses 1 membuat (menyediakan, menjalankan) sesuatu menerusi berbagai-bagai proses: Sebuah kilang ~ minyak telah dibina di Port Dickson. 2 membubuh ubat pd kayu supaya tahan lama (tidak dimakan ulat dll). pemprosesan perbuatan atau hal memproses. pemproses 1 alat, kilang dsb yg memproses sesuatu: ~ makanan. 2 ist perkakasan atau perisian yg mempunyai kemampuan mengolah data bagi mencapai sesuatu hasil: Penggunaan komputer sbg ~ kata. ~ imej ist pemproses dlm sistem komputer yg digunakan utk memproses imej (bentuk grafik). ~ kata ist atur cara atau program komputer utk tujuan menulis, mengedit, menyimpan dsb teks, dan seterusnya mencetak teks tsb. ~ kembar ist sistem komputer yg mempunyai dua pemproses yg membolehkan sesuatu atur cara dijalankan dgn lebih pantas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pemproses1 alat, kilang dsb yg memproses sesuatu: ~ makanan. 2 ist perkakasan atau perisian yg mempunyai kemampuan mengolah data bagi mencapai sesuatu hasil: Penggunaan komputer sbg ~ kata. ~ imej ist pemproses dlm sistem komputer yg digunakan utk memproses imej (bentuk grafik). ~ kata ist atur cara atau program komputer utk tujuan menulis, mengedit, menyimpan dsb teks, dan seterusnya mencetak teks tsb. ~ kembar ist sistem komputer yg mempunyai dua pemproses yg membolehkan sesuatu atur cara dijalankan dgn lebih pantas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
proses(prosés) 1. satu siri perubahan yg ber­laku secara semula jadi: sedangkan kanak-kanak menghadapi ~ perkembangan jiwa utk mendapatkan bahan-bahan ilmu; 2. satu siri tindakan yg dilakukan utk membuat, menghasilkan, atau mencapai sesuatu; 3. kaedah teknik operasi yg digunakan dlm industri utk membuat sesuatu: di Indonesia nampaknya ~ penyaringan dan penapisan masih perlu dijalankan utk dapat memisahkan antah drpd beras; ~ Haber (Kim) sj proses utk menyediakan ammonia drpd nitrogen; 4. Id pembicaraan dlm mahkamah; berproses telah diproses: sebilangan besar makanan ~ diimport dr luar negara; memproses 1. mengambil tindakan tertentu terhadap sesuatu mengikut prosedur yg ditetapkan: pihak majikan sedang ~ permohonan mereka; 2. mengolah bahan men­tah menjadi barangan siap: sudah ada banyak kilang yg menggunakan alat moden utk ~ barang-barang yg hendak dieksport; pemprosesan perbuatan (usaha, kerja dsb) memproses: ~ permohonan utk mengimport barang; ~ makanan; ~ data; pemproses 1. alat (kilang dll) yg memproses sesuatu: penggunaan komputer sbg ~ perkataan; ~ makanan; 2. (Komp) perka­kasan atau perisian yg mempunyai kemam­puan mengolah data bagi mencapai sesuatu hasil: penggunaan komputer sbg ~ kata.Kamus Dewan Edisi Keempat
pemproses1. alat (kilang dll) yg memproses sesuatu: penggunaan komputer sbg ~ perkataan; ~ makanan; 2. (Komp) perkakasan atau perisian yg mempunyai kemam­puan mengolah data bagi mencapai sesuatu hasil: penggunaan komputer sbg ~ kata.Kamus Dewan Edisi Keempat
penyerakan(dispersion)1. Pengagihan pemproses ke tempat yang berasingan. 2. Julat taburan perbezaan data daripada nilai jangkaan.Kamus Komputer
bangkit(wake-up)1. Tindakan pemproses utama menggerakkan proses untuk bersedia meneruskan kerjanya selepas tempoh penggantungan selesai. 2. Kebangkitan proses selepas `tidur` untuk tempoh tertentu. Bandingkan tidur.Kamus Komputer
pemproses selari(parallel processor)1. Komputer yang mempunyai kemampuan melaksanakan beberapa proses secara selari dalam satu masa. 2. Komputer yang dijalankan secara selari dengan pemproses lain.Kamus Komputer
pemproses bahasa(language processor)1. Perisian yang boleh menerima atur cara yang ditulis dalam suatu bahasa pengaturcaraan dan menukarkannya kepada bentuk yang boleh dilaksanakan terus oleh komputer. Terdapat tiga jenis pemproses bahasa, iaitu penghimpun, penyusun, dan pentafsir. 2. Perisian yang boleh memproses bahasa tabii manusia bagi tujuan seperti pemahaman, pertanyaan, penterjemahan dan penyemakan.Kamus Komputer
mati kuasa(power down)1. Tindakan mematikan bekalan kuasa komputer atau peranti persisiannya. 2. Tindakan yang diambil oleh komputer untuk menjaga keadaan pemproses dan mengelakkan kerosakan pada pemproses atau perantinya apabila terjadi kegagalan kuasa atau apabila kuasa sedang dimatikanKamus Komputer
12345

Kembali ke atas