Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mua.tan] | ڤمواتن

Definisi : perihal (proses) memuatkan se­suatu, pengisian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemuatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Yang manakah sesuai untuk terjemahan "loading..."? Ini ialah proses memuat laman/tapak web(teknologi maklumat). 1. Memuatkan... 2. Pemuatan... Kedua-dua perkataan ini menujukkan proses memuatkan, bilakah penggunaan yang sesuai bagi setiap perkataan? Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih.

Kata “memuatkan” ialah kata kerja kerana adanya imbuhan “me” di depan kata muat. Kata “pemuatan” pula ialah kata nama kerana diapit dengan imbuhan “pe” dan “an”. Contoh ayat yang berikut menunjukkan penggunaan kata tersebut:

  1. Amin sedang memuatkan fail dalam laman web syarikatnya.
  2. Pemuatan fail dijangka mengambil masa dalam tempoh 10 saat.
Tatabahasa30.01.2018
Salam. Saya ingin mengetahui perkataan "loading", "help" dan "home" dalam bahasa Melayu. Sangat susah nak cari nama khas IT kat mana-mana. Tolong bantu. Terima kasih!

Sebenarnya DBP telah menyediakan bukan sahaja padanan kepada perkataan Teknologi Maklumat/Komputer, malahan makna istilah tersebut juga disediakan. Sebagai contoh ‘loading’ diberikan padanan ‘pemuatan’. Jika ‘data loading’ kita memberikan padanan ‘pemuatan data’, iaitu proses memasukkan data dalam penggunaan pangkalan data terutamanya dalam gudang data. Proses ini merupakan bahagian terakhir dalam kitaran ETL. Kelebihan proses ini menyebabkan pangkalan data menjadi lebih penting, efisien dan konsisten kerana menyimpan jejak audit semasa pelaksanaannya. Pemuatan data ini juga boleh berfungsi untuk menyatukan data kontemporari dengan sistem legasi. (2) Help (bantuan) ialah atur cara sistem atau bahagian atur cara penggunaan yang menyediakan maklumat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna semasa menggunakan sistem. (3) Padanan ‘home’  ialah rerumah  ialah 1. Tempat permulaan kursor pada skrin. 2. Kedudukan awal untuk menempatkan jari pada papan kekunci bagi penaipan pantas.

Puan hanya perlu melayari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.

Istilah22.12.2014
Ingin minta bantuan tuan / puan tentang terjemahan ayat berikut dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia: Ayat asal: High Clearance of 5.4m in the Front Entrance of Loading Bay Ayat terjemahan: • 5.4m Pemuatan Depan Tinggi • Ruang punggah hadapan dengan ketinggian 5.4m • Ruang Hadapan yang berketinggian 5.4m Ingin mendapat cadangan tuan / puan, adalah ayat terjemahan di atas betul? Terima Kasih.1. Terjemahan yang sesuai bagi 'High Clearance of 5.4m in the Front Entrance of Loading Bay' ialah Ketinggian laluan masuk ruang punggah 5.4 mMakna26.06.2020
Apakah terjemahan yang sesuai digunakan untuk perkataan 'refresh' dan 'loading' yang sering digunakan dalam komunikasi komputer dan internet?Untuk makluman, istilah bahasa Melayu dalam bidang Teknologi Maklumat untuk "refresh" dan "loading" ialah segar semula dan pemuatan .Istilah10.06.2014
Assalamualaikum, tuan/puan. Saya ingin menanyakan dua soalan. PERTAMA sekali, saya ingin menanyakan tentang istilah "splash screen", iaitu sebuah skrin/paparan yang muncul pertama kali sebaik sahaja kita membuka sesebuah aplikasi. Contoh yang paling dekat adalah pada aplikasi WhatsApp. Setelah kita menekan ikon aplikasi WhatsApp pada telefon pintar kita, akan keluar satu skrin yang memaparkan logo WhatsApp di tengah-tengah dan ada terlulis "from Facebook" di bawah. Itulah yang dipanggil "splash screen". NOTA: Tuan/puan mungkin perlu menutup aplikasi WhatsApp dengan menyingkirkannya daripada skrin "recents" supaya ia berhenti berjalan di latar dan membuka aplikasi tersebut semula untuk melihatnya. Untuk aplikasi lain, sama sahaja kebiasaannya. Ia akan memaparkan logo aplikasi tersebut di tengah-tengah sebelum ia membuka aplikasi sepenuhnya. Jadi, saya ingin mengetahui apakah istilah bagi "splash screen" tersebut dalam bahasa Melayu. KEDUA, saya ingin menanyakan tentang istilah "loading screen". Saya telah merujuk laman PRPM. Namun, tiada yang spesifik untuk istilah "loading screen". Kebanyakan istilah untuk komputer dinyatakan sebagai "pemuatan". Akan tetapi, bagi saya "skrin memuat" kedengaran lebih sesuai. Bagi pihak tuan/puan, adakah istilah yang sesuai bagi "loading screen" ialah "skrin pemuatan" atau "skrin memuat" atau ada istilah yang lebih sesuai. Saya inginkan pencerahan.Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

splash screen - skrin tampil
loading screen - skrin pemuatan

"pemuatan" merupakan proses memuatkan sesuatu kandungan atau pengisian.

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain03.09.2021
Salam dan terima kasih kerana sedia membantu. Istilah "front-loading" merujuk kepada pengagihan atau peruntukan (kos, usaha, dsb.) secara tidak sekata, dengan bahagian yang lebih besar diperuntukkan pada peringkat awal perusahaan atau proses berkenaan. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "front-loading"? Bolehkah "pemuatan ke depan" diterima?Belum ada padanan front-loading dalam Bahasa Melayu. Cadangan kami front-loading diterjemahkan kepada bebanan depan sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan21.08.2019
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman tuan/puan, permasalahan yang timbul adalah untuk menterjemahkan perkataan “keep”, “stowage”, “custody” dan “care”. Berikut dikemukakan teks sumber dan teks yang telah diterjemahkan untuk rujukan tuan/puan. Teks Sumber “Subject to Article VII, under every contract of carriage of goods by sea the carrier, in relation to the loading, handling, stowage, carriage, custody, care and discharge of such goods…” Teks Terjemahan “Tertakluk kepada Artikel VI, dibawah setiap kontrak pengangkutan barang melalui laut oleh pengangkut, berhubungan dengan pemuatan, pengendalian, penyimpanan, pengangkutan, penjagaan, pengawalan dan pemunggahan barang-barang itu…” 3. Walau bagaimanapun, terdapat kesukaran untuk menterjemahkan perkataan “keep” dalam peruntukan berikut kerana ia juga membawa maksud “menyimpan” yang sama maksudnya dengan “stowage”. Teks Sumber “Subject to Article IV, the carrier shall properly and carefully load, handle, stow, carry, keep, care for and discharge the goods carried.” 4. Sehubungan dengan itu, apakah padanan perkataan yang sesuai untuk digunakan dalam terjemahan teks sumber di bawah bagi membezakan maksud perkataan teks sumber “stow” dan “keep”.Berdasarkan soalan puan, padanan bahasa Melayu untuk "stow" ialah disimpan atau diatur muat manakala "keep" dipadankan dengan disimpan.



Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut laras bahasa atau konsep penggunaan dalam sesuatu bidang.
Makna25.10.2021

Kembali ke atas