Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mu.la] | ڤمولا

Definisi : 1. orang yg mula-mula membuat sesuatu; 2. sesuatu yg dipakai utk memulakan sesuatu; 3. Id pasukan anak serigala (sebelum pengakap). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mu.la] | ڤمولا

Definisi : 1 orang yg mula-mula membuat sesuatu. 2 sesuatu yg digunakan utk memulakan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEMULA UMUM 
SUSU MENTEGA

Susu mentega ialah cecair putih yang tinggal

selepas krim digodak untuk dibuat mentega. Susu

mentega asli manis dibuat daripada krim segar

yang telah disejukkan dan digodak. Susu mentega

asli masam dibuat daripada krim yang telah

dimasamkan dengan menambah bakteria

penghasil asid laktik, yang dinamakan pemula.

Susu mentega asli tidak tahan disimpan sebagai

minuman segar. Tetapi susu mentega asli manis

kadangkala dikeringkan menjadi serbuk dan

digunakan secara komersial dalam memasak,

membakar dan membuat aiskrim.

UMUM 
SUMAN HSSUMAN Hs (1904-    ), penulis Indonesia.  Dia lahir di Bengkalis, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Suman Hasibuan.  Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu di Bengkalis (1912-1918) dan Sekolah Normal di Medan dan Langsa hingga tamat pada tahun 1923.  Suman Hs merupakan salah seorang penulis Indonesia sejak zaman sebelum perang dan dikenal sebagai penulis cerita yang bercorak detektif.  Suman Hs lazim dianggap sebagai salah seorang pemula cerpen dalam kesusasteraan Indonesia moden.SASTERATokoh
PUISI BAHARU MELAYUPUISI BAHARU MELAYU, antologi puisi. Antologi yang memuatkan 37 buah puisi ini hasil karya 20 orang penyair. Puisi Baharu Melayu diterbitkan pertama kali oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959. Antologi ini memuatkan puisi moden yang ditulis sekitar tahun 1935 hingga tahun 1941. Puisi baharu Melayu bermula pada tahun 1934 apabila Majalah Guru yang diterbitkan pada bulan Mac 1934, menyiarkan lima buah puisi moden karya Pungguk, dengan judul “Keloh-Kesah”, “Selalu Merayu”, ‘Ta’ Disangka2”, “Pujokan Hati” dan “Ibu-ku”. Dengan ini, Pungguk dianggap sebagai pengasas atau pemula puisi Melayu moden di Malaysia.SASTERAKarya

Kembali ke atas