Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mu.la.ngan] | ڤمولڠن

Definisi : perbuatan memulangkan, pe­mulihan, pengembalian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mu.la.ngan] | ڤمولڠن

Definisi : perbuatan atau hal memulangkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pulang (kata kerja)
Bersinonim dengan balik, kembali, kelik, mulih;,
Kata Terbitan : memulangkan, terpulang pada, pulangan, kepulangan, pemulangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud yang sesuai untuk "TRAY RETURN STATION"?TRAY RETURN STATION boleh dimaksudkan sebagai STESEN PEMULANGAN DULANG.Makna11.11.2021
Salam DBP, Mohon bantu saya untuk pertanyan tentang buku yang saya beli seperti berikut : ISBN : 978-983-62-8558-4 Pada hlmn xvii di baris ketiga dinyatakan ada halaman 'senarai kependekan' untuk panduan. Saya dapati halaman tersebut tiada di dalam buku yang saya beli. Mohon DBP emelkan kpd sy halaman yang dimaksudkan. Terima kasih SollehSalam sejahtera saudara, Berhubung dengan ketiadaan halaman tersebut, mohon saudara membuat pemulangan dan menukar naskhah yang baharu di Kompleks DBP Hulu Kelang - 03-41010028/019-2141956 Segala kesulitan berhubung ketiadaan halaman tersebut, kami memohon maaf. Sekian.Lain-lain06.11.2020
Salam sejahtera Tuan/Puan, 1. This document is the property of UOP and is subject to return on demand. TT: Dokumen ini merupakan hak milik UOP dan tertakluk kepada kepulangan di atas permintaan. 2. Disclosure of information herein embodied is prohibited except as is expressly authorized by UOP. TT: Pendedahan maklumat yang terkandung di sini dilarang kecuali dibenarkan seperti adanya secara tersurat oleh pihak UOP. Minta bantuan pihak tuan/puan nilai terjemahan ayat 1 dan terjemahan istilah undang-undang (as is) dalam konteks ayat 2. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,
Ayat pertama: Dokumen ini merupakan hak milik UOP dan tertakluk pada pemulangan atas permintaan.

Ayat kedua: Pendedahan maklumat yang terkandung di sini dilarang kecuali dibenarkan secara tersurat oleh pihak UOP.

 Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan18.07.2017

Kembali ke atas