Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mu.pu.kan]/[pe.mu.pu/.kan] | ڤموڤوقن

Definisi : perbuatan (cara, usaha, dsb) memupuk: ~ pengaruh harus banyak mendapat perhatian kita; ~ satu kesedaran dan semangat kemalaysiaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemupukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Saya ingin bertanya penggunaan ayat mana yang sesuai dan betul: 1)Pemupukan khalifah global MAPAN/MAMPAN menerusi program surau hijau 2)Pemupukan khalifah global YANG MAPAN/MAMPAN menerusi program surau hijau
Dalam Kamus Dewan,mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik (http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mampan) manakala  perkataan mapan pula bermaksud tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap: mengikut tafsiran yang mula mantap dalam kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar daripada penulis yang sudah mapan; hasil ciptaan pengarang yang sedia mapan. (http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mapan). 


Tatabahasa23.04.2020
Bagaimanakah sesebuah bahasa itu dapat dikembangkan melalui penggunaan bahasa melayu moden?Sesebuah bahasa boleh dikembangkan melalui proses pemupukan bahasa yang bererti menumpukan perhatian pada usaha-usaha untuk mengembangkan bahasa supaya tercapai keadaan saling terjemah dengan beberapa bahasa moden lain. Perkara ini dapat dilaksanakan dengan pemupukan istilah-istilah baharu, khususnya istilah dalam bidang-bidang teknikal. Penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, kedoktoran, sains angkasa lepas, kehakiman dan sebagainya juga membantu memperkembangkan penggunaan bahasa Melayu moden.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
Lain-lain24.08.2023
Apakah maksud bahasa rasmi, konsonan pinjaman dan pemupukan laras bahasa?Bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan pada buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu atau berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM) bagi mendapatkan bahan-bahan berkaitan perkara ini.Lain-lain25.08.2007
1)bersemayam di atas mahligai(ada salah?)2)Ibu bapa bertanggungjawab dalam usaha (memupuk/pemupukan)nilai-nilai murni dalam diri anak3)Proses percubaan tanah telah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk kelancaran projek pembinaan jalan raya di kawasan tersebut.(TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH.)1. Mahligai ialah istana yang menjadi tempat tinggal dan bukannya tempat bersemayam.
2. Ibu bapa bertanggungjawab dalam usaha memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak.
3. Percubaan tanah telah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk kelancaran projek pembinaan jalan raya di kawasan tersebut.
Tatabahasa13.09.2012
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan/puan tentang beberapa padanan terjemahan berikut: (1) Caring for others is the top priority: Sifat penyayang terhadap orang lain diutamakan @ Sifat penyayang diberikan perhatian paling utama ? (2) “The Great Learning” (buku klasik konfusianisme tentang pemupukan nilai-nilai murni dsb) : Pengajian Agung @ Pengajian Besar @ Pembelajaran Agung? (3) A concrete embodiment of ancient Chinese philosopher’s concept : penjelmaan konkrit/kukuh konsep ahli falsafah China purba ? (4) A single remark makes a country prosper: Satu komen/teguran/sebuah ungkapan dapat membantu sesebuah negara berkembang maju ? (5) Influence others without preaching: Mempengaruhi orang lain tanpa bersyarah tentang ajaran? (memandangkan ‘berkhutbah’(preaching) hanya boleh digunakan dalam konteks agama Islam, bolehkah ‘preaching’ dalam ayat tersebut diterjemahkan menjadi “bersyarah tentang ajaran”? (6) has a complete image of the bamboo in his mind: wujudnya@timbulnya imejan yang lengkap tentang buluh dalam kepalanya@ fikirannya@ mindanya? (7) Parallel style: gaya sejajar @ selari (dalam konteks kesusasteraan) (8) Convey the spirit: menyebarkan semangat? Terima kasih.

Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk frasa yang dinyatakan:



1. Caring for others is the top priority: Sifat penyayang terhadap orang lain diutamakan 

2. The Great Learning: Pengajian Agung/Pembelajaran Agung

3. A concrete embodiment of ancient Chinese philosopher’s concept: Penjelmaan kukuh konsep ahli falsafah China purba 

4. A single remark makes a country prosper: Satu teguran kecil mampu mengubah kekayaan negara

5. Influence others without preaching: Mempengaruhi tanpa perlu berkata-kata

6. has a complete image of the bamboo in his mind: seseorang yang mempunyai strategi awal yang jelas dalam fikirannya

Frasa ini merupakan simpulan bahasa (idiom).

7. Parallel style: Gaya sejajar/selari

8. Convey the spirit: Memberikan semangat 

Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Makna13.10.2021
apakah sumbangan dewan pustaka dan bahasa di Malaysia?Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan menyumbang bagi menggerakkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia.Lain-lain11.07.2012
bingcangkan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memperkembangkan Bahasa Melayu.Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan mempunyai peranan sebagai penggerak aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan.   Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran.  Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia.   Lain-lain05.04.2008
apakah peranan dewan bahasa dan pustaka dalam memperkasa dan memperkembangkan bahasa melayuDewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan mempunyai peranan sebagai penggerak aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan.   Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran.  Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia terus diperkasakan.  Lain-lain03.02.2009
Apakah peranan DBP dalam memartabatkan bahasa dan kesan penggunaan bahasa rojak?

DBP telah melaksanakan pelbagai program bagi memartabatkan bahasa kebangsaan. Pemartabatan bahasa kebangsaan ini merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. Dalam bidang bahasa, DBP melipatgandakan usaha pembinaan dan pengembangan seperti pembinaan istilah pelbagai bidang, penyelidikan kosa kata, penyusunan kamus, pengukuhan dasar bahasa, pemupukan bahasa, pemantauan bahasa, penataran bahasa, penyebaran bahasa dan perkhidmatan bahasa serta penerbitan bahasa. Dalam bidang sastera, program yang dijalankan ialah pengembangan sastera kebangsaan, penerbitan sastera dan komponan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dalam bidang penerbitan pula, DBP menerbitkan buku teks, buku rujukan pelbagai bidang peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti, dan ensiklopedia.

Bahasa rojak memberi kesan kepada pengguna bahasa, khususnya dalam pengucapan lisan. Dalam penulisan pula, bahasa rojak banyak banyak digunakan oleh pengirim SMS dan e-mel. DBP telah mengadakan seminar bahasa rojak pada tahun 2007 dan telah membuat resolusi bagi menangani masalah ini.

Lain-lain11.01.2008
sejauh mana bahasa melayu telah tersebar?

Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan mempunyai peranan sebagai penggerak aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan.   Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran.  Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia terus diperkasakan.  Untuk maklumat lanjut, saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat penyelidikan.

 

Lain-lain18.10.2010
12

Kembali ke atas