Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mu.sa.tan] | ڤموستن

Definisi : perbuatan memusatkan: Sultan Perak menentang ~ yg terlalu ditegaskan di Kuala Lumpur; ~ penduduk ke bandar-bandar besar berlaku sejak lepas Perang Dunia Kedua; ~ angkatan perang di sempadan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mu.sa.tan] | ڤموستن

Definisi : perbuatan atau hal memusatkan (sesuatu): ~ kilang di kawasan luar bandar sedang dirancang. ~ penduduk di bandar-bandar besar telah menimbulkan berbagai-bagai masalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusat (kata nama)
Bersinonim dengan punca, tumpuan, pangkalan, sasaran;,
Kata Terbitan : berpusat, memusatkan, pemusatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
centralizationpemusatanPengurusanPerancanganSuatu proses yang melibatkan aktiviti dalam pengurusan organisasi, termasuk di peringkat perancangan dan pembuatan keputusan yang ditempatkan di lokasi tertentu terutamanya di ibu pejabat atau di pusat pentadbiran. Pemusatan ditentukan oleh pihak atasan organisasi dan boleh dikaitkan dengan kuasa pembuatan keputusan terutamanya dalam hal yang penting. Tujuan utama pemusatan adalah untuk kawalan sumber di samping meningkatkan kecekapan dalam pengurusan operasi. Contoh pemusatan dari aspek urusan perniagaan ialah proses dan aktiviti pembelian bahan bekalan yang hanya dilakukan oleh jabatan kewangan sebelum diagihkan kepada jabatan-jabatan lain yang memerlukan. Banding pemencaran.
centeringpemusatanPentadbiran PerniagaanTiada1. Pemusatan: Proses memusatkan kedudukan setem yang akan dicetak.
centralizationpemusatan; penengahanPentadbiran PerniagaanTiadaKaedah menempatkan pemusatan perkhidmatan pejabat pada satu tempat.
centralizationpemusatan; penengahanSejarahTiada2. Bentuk pemerintahan yang memberikan kuasa kepada kerajaan pusat dan pemusatan kuasa sepenuhnya di ibu kota.
administrative centralisationpemusatan pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

 Kuasa pengurusan organisasi tertumpu kepada pihak atasan dan individu tertentu sahaja tanpa melibatkan banyak pihak. Melalui pendekatan pemusatan pentadbiran, keputusan dan arahan banyak dibuat oleh pihak pengurusan atasan kerana mereka mempunyai kuasa yang besar. Pekerja bawahan hanya menerima keputusan yang telah dibuat dan mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan bidang tugas yang diarahkan. Pegawai bawahan tidak mempunyai kuasa dalam mempengaruhi dan menentukan keputusan serta arahan yang dibuat oleh pihak yang berkuasa. 

administrative decentralizationdesentralisasi pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Langkah untuk mengurangkan pemusatan kuasa di tangan seseorang pentadbir atau satu-satu badan pentadbiran. Ia merupakan bentuk pembahagian tugas dan pembuatan keputusan yang diberikan kepada peringkat pentadbiran yang lebih rendah dalam organisasi. Rasional desentralisasi pentadbiran adalah untuk mengelak pemusatan kuasa di peringkat atasan. Ia juga menggambarkan penerapan nilai-nilai yang demokratik. Desentralisasi akan meningkatkan daya serta kualiti pengeluaran di samping mengurangkan rungutan pekerja. Amalan ini juga berpotensi melipatgandakan tingkat kerja, kerana semua fungsi yang perlu dalam pentadbiran akan mencapai keseimbangan. Sinonim pengagihkuasaan pentadbiran

centeringpemusatanKomunikasi MassaTiadaTiada
centralizationpemusatan; penengahanKomunikasi MassaTiadaTiada
centeringpemusatanGeografiTiadaTiada
overcentralisationpemusatan lampauPendidikanTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas