Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mus.nah] | ڤموسنه

Definisi : yg memusnahkan (membinasa­kan): benarkah surat layang suatu ejen ~ masyarakat? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mus.nah] | ڤموسنه

Definisi : yg memusnahkan: usaha utk menghapuskan ~ masyarakat dan bangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musnah (adjektif)
Bersinonim dengan binasa, ranap, punah, hancur, hancai, remuk, jahanam, rosak, lingkup, tengkarap, hapus, sirna;,
Kata Terbitan : memusnahkan, kemusnahan, pemusnahan, pemusnah,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DODDER

Dodder ialah rumpai pemusnah yang terdapat

di kebanyakan bahagian di dunia. Ia dinamakan

parasit kerana mengambil makanan daripada

tumbuhan lain.

UMUM 
KAWAH DEBU

Kawah Debu merujuk kepada siri angin

pemusnah dan ribut debu yang melanda Amerika

Syarikat pada tahun 1930-an. Ribut ini merupakan

antara malapetaka yang paling buruk dalam sejarah

dunia.

UMUM 
SHIVA

Shiva, dewa Hindu yang utama selain Vishnu

Shiva ialah dewa sakti yang digambarkan memiliki

kebaikan dan kejahatan. Penganut Hindu

menggelarnya Pemusnah kerana ada masanya dia

akan memusnahkan dunia ini untuk menciptanya

semula.

UMUM 
MEPHISTOPHELES

Mephistopheles ialah syaitan dalam legenda

Jerman pada seorang ahli sihir bernama Faust.

Dalam buku The History of Johann Faust (1587)

yang tidak diketahui penulisnya, Faust menjual

rohnya kepada Mephistopheles sebagai tukaran

untuk mendapatkan perkhidmatan syaitan selama

24 tahun. Nama Mephistopheles mungkin berasal

daripada perkataan Yunani yang bermaksud tidak

menyukai cahaya atau mungkin juga daripada

perkataan Hebrew mephiz (pemusnah) atau tophel

(penipu).

UMUM 

Kembali ke atas