Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mus.na.han] | ڤموسنهن

Definisi : perihal atau perbuatan memus­nahkan, pembinasaan: penggunaan bom atom bererti ~ umat manusia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mus.na.han] | ڤموسنهن

Definisi : perbuatan atau hal memusnahkan; pembinasaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musnah (adjektif)
Bersinonim dengan binasa, ranap, punah, hancur, hancai, remuk, jahanam, rosak, lingkup, tengkarap, hapus, sirna;,
Kata Terbitan : memusnahkan, kemusnahan, pemusnahan, pemusnah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ayat pertama : Namun pengetahuan sains harus digunakan untuk kebaikan / pembaikan dan bukan untuk kemusnahan / pemusnahan. imbuhan mana yang sesuai untuk perkataan baik dan musnah dalam ayat di atas. terima kasihAyat dan penggunaan imbuhan yang tepat ialah "Namun pengetahuan sains harus digunakan untuk tujuan kebaikan dan bukan untuk kemusnahan".Tatabahasa13.08.2015
Tuan/Puan, Mohon khidmat nasihatnya berkaitan istilah apa yang paling sesuai dalam Bahasa Melayu bagi istilah weapons of mass desctruction? Terima kasih"Weapons of mass destruction" boleh diterjemahkan sebagai "senjata pemusnahan massa"Istilah09.06.2020
apakah definisi menjana wang?

Saudara,

Makna jana adalah seperti yang berikut: 1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir; menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; terjana terbina, terjadi, telah diadakan, ter­hasil; penjanaan perbuatan (tindakan dsb) men­janakan atau menghasilkan sesuatu: cawang­an perusahaan ini meliputi segala kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pem­bersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd tumbuhan atau hai­wan, mis pembentukan semula ekor cicak yg telah putus; penjana sesuatu (alat dll) yg atau utk men­janakan (kuasa dll): alat ini mempunyai se­buah ~ haba serta saluran cecair ammonia.

Oleh  yang demikian, menjana wang bermaksud  bermaksud menghasilkan wang. 

 
  
Makna13.10.2010

Kembali ke atas