Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mus.na.han] | ڤموسنهن

Definisi : perihal atau perbuatan memus­nahkan, pembinasaan: penggunaan bom atom bererti ~ umat manusia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mus.na.han] | ڤموسنهن

Definisi : perbuatan atau hal memusnahkan; pembinasaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musnah (adjektif)
Bersinonim dengan binasa, ranap, punah, hancur, hancai, remuk, jahanam, rosak, lingkup, tengkarap, hapus, sirna;,
Kata Terbitan : memusnahkan, kemusnahan, pemusnahan, pemusnah,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGGURUNANKemerosotan/pemusnahan tumbuhan mengakibatkan perubahan permukaan bumi.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
TINDAK BALAS KIMIA

Tindak balas kimia ialah proses sesuatu bahan

bertukar secara kimia menjadi bahan lain. Semua

tindak balas kimia melibatkan pembentukan atau

pemusnahan ikatan di antara atom. Tindak balas

kimia termasuk pengaratan besi dan penghadaman

makanan. Kebanyakan tindak balas kimia

membebaskan haba. Misalnya, tindak balas kimia

yang berlaku dalam penghadaman membebaskan/

mengeluarkan haba yang menjadikan badan kita

panas dan berfungsi.

UMUM 
PENYAHHUTANANPemusnahan tumbuhan hutan PERTANIANKonsep
DINAMIT

Dinamit ialah satu daripada bahan

letupan perindustrian yang paling penting. Ia

digunakan untuk meletupkan tapak empangan,

dasar terusan, lombong, kuari, dan asas bangunan

tinggi. Ia juga pernah digunakan untuk tujuan

pemusnahan dalam peperangan.

UMUM 
STREPTOKOKUS

Streptokokus ialah genus (kumpulan) bakteria

yang berkongsi ciri-ciri tertentu. Di bawah

mikroskop, streptokokus kelihatan sebagai rantaian

organisma berbentuk sfera. Streptokokus

dikelaskan sebagai bakteria hemolitik. Bakteria ini

mengeluarkan toksin yang memusnahkan

seluruhnya atau sebahagiannya sel darah merah.

Pemusnahan ini dikenali sebagai hemolisis.

UMUM 
HAKISAN GLASIER

Hakisan glasier, hakisan yang dilakukan oleh glasier atau lembaran ais melalui proses-proses seperti lelasan, ragutan dan lain-lain yang mengakibatkan pemusnahan permukaan bumi.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas

Kembali ke atas