Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mu.zik] | ڤموزيک

Definisi : ahli muzik, pemain alat muzik, atau pengubah muzik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mu.zik] | ڤموزيک

Definisi : ahli muzik; pemain alat muzik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muzik (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan bunyi-bunyian: irama, lagu, nada, senandung, tanji,

2. Dalam konteks alat
bersinonim dengan angklung, biola, bandai, bandil, batil, sabbana, gambong, senggung, singgung, giring, gong, kecerek, kenung, kerincing, kertuk, tetawak, togunggung, turiding, begut, engkerurai, kesuling, kungkurak, nabat, nafiri, serunai, turali, basui, engkerabab, engkerating, enserunai, gambus, kecapi, krem, lotong, pergam, rabung, rebab, sapeh, satung, beduk, dumbak, gedombak, gendang, geduk, jidur, ketabung, kompang, maruas, nengkara, rebana, akordion, bangsi, banjo, basun, begol, biola, dabal bes, dram, flut, genderang, gitar, gong, hap, harmonika, harmonium, kecapi, kerincing, klarinet, bornet, organ, piano, rekorder, saksefon, selo, seruling, serunai, simbal, sitar, spinet, suling, tabuh, tamburin, timpani, trombon, trompet, ukelele, viola, violin, zilofan,

Kata Terbitan : pemuzik,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
duoduoMuzikTiada

 Karya bagi dua orang pemuzik. Contohnya, dua pemain pia­no yang bermain dengan dua atau sebuah piano. Bahagian pemuzik yang pertama dikenali sebagai primo manakala bahagian pemuzik yang kedua dikenali sebagai secondo.

cadenzakadenzaMuzikTiada

 Bahagian muzik bagi pemuzik solo membuat persembahan secara berseorangan, terutamanya dalam genre konserto. Satu rangkap muzik yang diselitkan antara dua kord dalam kadens terakhir bagi memberi peluang kepada pemuzik solo menunjukkan kemahiran dalam teknik persembahan. Kaden­za mungkin digubah oleh komposer atau diimprovisasi oleh pemuzik solo itu sendiri. Muzik kadenza bercorak improvisasi, melodinya berbunga-bunga dan melibatkan rangkap skel dan ritma yang rancak. Bahagian orkestra berhenti bermain muzik buat seketika apabila kadenza dipersembahkan.

lamentosolamentosoMuzikTiada

 Arahan kepada pemuzik untuk bermain dengan tempo yang lebih lambat. Pemuzik biasanya bermain dengan perasaan yang dukacita dan mengeluh.

troubadourtroubadourKesenianTiadaPemuzik kembara Perancis.
trouveres (F)trouveresKesenianTiadaPemuzik kembara Perancis.
virtuoso (It)virtuosoKesenianTiadaPemuzik yang berkebolehan istimewa dalam teknik dan permainan.
accompanistpengiringKesenianSeni Muzik

Pemuzik latar.

lustiglustigMuzikTiada

 Pemuzik bermain dengan perasaan yang gembira dan riang dalam tempo yang agak rancak.

ensembleensembelKesenianTiada2. Ensembel: Gabungan pemuzik instrumental dan atau kumpulan vokal.
spiccatospiccatoMuzikTiada

Arahan kepada pemuzik untuk bermain secara terputus-putus dengan menggunakan teknik pantulan penggesek alat bertali.

12345678910...

Kembali ke atas