Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (péna) sj alat tulis yg mempunyai mata yg runcing dan menggunakan dakwat, pen; ~ mata bulat sj pena yg matanya merupakan biji logam yg kecil; buah ~ karangan, tulisan; makan ~ Id, bp mencari rezeki (wang) dgn mengarang; mata ~ bahagian hujung pena yg runcing (utk menulis). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (péna) akronim bagi Persatuan Penulis-Penulis Nasional. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; tali ~ sj tali yg diikat pd dada gajah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /péna/ pen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pena


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NAMA PENA

Nama pena ialah nama yang digunakan oleh

pengarang sebagai ganti namanya yang sebenar.

Nama pena juga dikenali sebagai nama samaran .

Ribuan pengarang menggunakan nama pena.

Kebanyakannya adalah novelis popular yang

menggunakan lebih daripada satu nama pena

untuk mengelakkan pasaran dibanjiri dengan karya

yang diterbitkan atas nama yang sama. Penulis

kadangkala menggunakan nama pena untuk

menyembunyikan identiti mereka atas alasan

perundangan, untuk melindungi peribadi mereka

atau kerana mereka menangani karya yang bersifat

sangat peribadi dan kontroversi. Pada tahun 1800-

an, ramai penulis wanita menggunakan nama pena

lelaki kerana wujudnya diskriminasi seks terhadap

penulis wanita.

UMUM 
PERSAUDARAAN SAHABAT PENA MALAYAPersatuan penulis.SASTERAInstitusi/Organisasi
ROMULO, CARLOS PENA

Romulo, Carlos Pena (1899–1985) ialah diplomat

dan penulis Filipina, pernah berkhidmat sebagai

setiausaha (kemudian menteri) bagi hal ehwal luar

Filipina dari tahun 1965 hingga tahun 1984. Romulo

berkhidmat sebagai duta besar Filipina ke Amerika

Syarikat, pada tahun 1952 dan 1953, dan dari tahun

1955 hingga tahun 1962. Dia mewakili negaranya ke

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dari tahun

1946 hingga tahun 1954. Pada tahun 1949, dia menjadi

orang Asia yang pertama memegang jawatan

presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu. Romulo mewakili Filipina dalam

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu pada tahun 1957. Dia berkhidmat sebagai

presiden University of the Philippines dari tahun 1962

hingga tahun 1969, dan juga memegang jawatan

setiausaha pendidikan dari tahun 1966 hingga tahun

1969.

UMUM 
PANCARAN PENA

PANCARAN PENA, majalah yang diterbitkan di Singapura dengan keluaran pertamanya bertarikh 1 Mei 1939.  Majalah ini diterbitkan dua minggu sekali dengan menggunakan tulisan Jawi.  Editor pertama majaIah ini ialah Jaafar Abdul Rahman.  Majalah ini diterbit dan dicetak oleh Pena Press Company, Singapura.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
PENA

PENA, persatuan penulis.  Nama penuh PENA ialah Persatuan Penulis Nasional Malaysia.  Persatuan ini ditubuhkan pada 12 Februari 1961, bertempat di Dewan Kuliah  A, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

SASTERAKegiatan
O'BRIEN, FLANN

O’Brien, Flann (1912–1966) ialah nama pena

penulis Ireland yang bernama Brian O Nuallain. Dia

membina reputasinya melalui novelnya yang

pertama, At Swim Two Birds (1939), sebuah fantasi

pengembaraan watak manusia dan pari-pari di

Ireland. Dia juga menulis The Hard Life (1961), The

Dalkey Archives (1965), dan skrip drama Faustus

Kelly (1943). Dengan menggunakan nama pena

Myles na gCopaleen, dia menulis ruangan satira

bagi Irish Times . Dia lahir di Strabane, Ulster, dan

bekerja sebagai pegawai kerajaan.

UMUM 
ORWELL, GEORGE

Orwell, George ialah nama pena Eric Arthur Blair

(1903–1950), penulis novel dan pengkritik sosial

Inggeris. Orwell terkenal dengan novelnya 1984 ,

yang diterbitkan pada tahun 1949. Buku ini

merupakan potret masyarakat totalitarian yang

menakutkan yang menghukum percintaan,

memusnahkan kebersendirian, dan menghancurkan

kebenaran. Nada 1984 yang teguh membezakannya

daripada karya Orwell yang berjudul Animal Farm

(1945), iaitu cerita binatang yang mensatirakan

kerajaan komunis Kesatuan Soviet di bawah

pimpinan Stalin.

UMUM 
NOVALIS

Novalis (1772–1801) ialah nama pena Friedrich von

Hardenberg, penyair romantik Jerman. Lima buah

puisi oleh Novalis, yang berjudul Hymns to the Night

(1800), menerangkan kealiman, sifat mistik, dan

harapannya untuk menemui ajal. Dalam esei

Christianity or Europe (1799), Novalis cuba

menunjukkan bahawa manusia menjalani kehidupan

yang lebih bermakna dalam kesatuan spiritual Zaman

Pertengahan Katolik daripada zamannya. Ini menjadi

tema romantisisme Jerman. Dia meninggal dunia

sebelum menghabiskan novelnya, Heinrich von

Ofterdingen.

UMUM 
STENDHAL

Stendhal (1783–1842) ialah nama pena bagi Marie

Henri Beyle, salah seorang tokoh utama dalam

sejarah novel psikologi Perancis. Stendhal lahir di

Grenoble, Perancis. Dia menyertai Perang Napoleon

dan Napoleon I menjadi wiranya yang hebat. Julien

Sorel, wira dalam karya terbaik Stendhal, The Red

and the Black (1830), menjalani hidup penuh dengan

aksi hebat dan bercita-cita besar seperti Napoleon.

Novel lain Stendhal yang terkenal The Charterhouse

of Parma (1839), bermula dengan kekalahan

Napoleon dalam Pertempuran Waterloo, dan

seterusnya mengisahkan komplot politik di Itali.

UMUM 
RICHARDS, FRANK

Richards, Frank (1875–1961), nama pena bagi

Charles Hamilton, penulis Inggeris yang

menghasilkan cerita “Billy Bunter”.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas