Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.Öa.ku.lan] | ڤنعقولن

Definisi : perbuatan menaakul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penaakulan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, berikan sebab atau alasan tatabahasa (sekiranya) dua ayat berikut tidak gramatis. Terima kasih. (1) Sehubungan dengan penaakulan teoretis— yang berkait rapat dengan pernyataan-pernyataan deklaratif— kebenarannya adalah bahawa terdapat ruang bagi penaakulan manusia untuk menanggapi dan menyatakan sesuatu tentang Tuhan. (2) Sebab penjelasan ini lemah adalah bahawa tiada sebarang bukti dijumpai dalam teks dan konteks tidak menyokongnya.

Cadangan penggunaan bahasa Melayu yang betul dari segi tatabahasa ialah:

1.  Sehubungan dengan penaakulan teoretis yang berkait rapat dengan pernyataan deklaratif, kebenarannya terdapat ruang bagi penaakulan manusia untuk menanggapi dan menyatakan sesuatu tentang tuhan.

2.   Penjelasan ini lemah kerana tiada sebarang bukti dijumpai dalam teks dan konteks tidak menyokongnya. 

Tatabahasa04.06.2022
Terima kasih atas pertolongan tuan/puan. Saya perlukan penterjemahan dalam Bahasa Melayu untuk perkataan-perkataan Bahasa Inggeris dibawah: • Reasoning • querying technique • semantic browsing and searching • visualizing • transitive relations • presenting • adopted • controlled experiment • usability study • dependent variables • correctness • source code • improved Terima kasih atas panduan tuan/puan.Padanan bagi reasoning ialah taakulan atau penaakulan, bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut dalam ayat.  Sila gunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan kemudahan yang disediakan oleh DBP untuk pengguna membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari   http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.Makna26.11.2014

Kembali ke atas