Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.bu.ran] | ڤنابورن

Definisi : perbuatan menabur (baja, benih, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.bu.ran] | ڤنابورن

Definisi : perbuatan (hal, cara dll) menabur atau menaburi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penaburan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam dan Selamat Sejahtera tuan/puan. Berdasarkan takrifan yang diberikan pihak DBP, Diffusion diterjemahkan kepada pembauran, peresapan dan penyebaran pada 25/5/2019. Penyebaran bermaksud-perihal (kegiatan, usaha, dsb) menyebarkan, penaburan, pengembangan: perubahan besar telah berlaku dlm cara ~ agama Islam;Kamus Dewan Edisi Keempat Kekeliruan saya berkaitan dengan perkataan diffusion. Perkataan penyebaran adakah sama maksud dengan pengembangan? Saya menukar perkataan penyebaran kepada pengembangan bagi menerangkan proses inovasi dalam sektor awam. Penerangan saya juga merujuk kepada Diffusion of Innovation Theory bagi menerangkan pengembangan idea dalam sektor awam. Mana yang lebih sesuai penggunaan? Pengembangan idea atau penyebaran idea? Terima kasih banyak atas bantuan dan kerjasama tuan/puan. Pohon maaf jua atas segala kesulitan. Salam hormat.

Merujuk konsep dan konteks yang diberikan, perkataan yang lebih sesuai ialah “penyebaran” idea. Konsep asal dalam bahasa Inggeris yang diberikan, iaitu “Diffusion of Innovation Theory”, lebih tepat jika diterjemahkan sebagai “Penyebaran Teori Inovasi”. Tiada perbezaan yang jelas antara “pengembangan” dan “penyebaran” dan kedua-dua perkataan ini boleh bersilih ganti mengikut konteks dan konsep. Namun, penggunaan “pengembangan” dalam bidang istilah lazimnya melibatkan objek yang dapat dilihat secara fizikal atau bersifat kegiatan, contohnya pengembangan teknologi, bandar atau infrastruktur dan merupakan padanan bagi perkataan “expansion”. Perkataan “penyebaran” biasanya dikaitkan dengan sesuatu yang mujarad (abstrak) atau taksa (kabur, tidak pasti) seperti idea, doktrin, cahaya, bau dan sebagainya. Contohnya, the rapid ~ of new doctrines, iaitu penyebaran pesat doktrin-doktrin baharu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Makna10.06.2020

Kembali ke atas