Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.ja.an] | ڤناجاءن

Definisi : perihal (usaha, tindakan) menaja: beliau telah berhubungan rapat dgn ASAS ’50 sejak ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.ja.an] | ڤناجاءن

Definisi : perbuatan atau hal menaja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taja
Kata Terbitan : menaja, tajaan, penajaan, penaja,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
full-run sponsorshippenajaan halaman penuhKomunikasiKorporatSalah satu jenis penajaan ruang akhbar atau majalah. Jenis penajaan lain ialah penajaan separuh dan penajaan bersama. Kos keseluruhan penajaan halaman penuh biasanya ditanggung oleh sebuah syarikat pengiklanan. Melalui kaedah ini syarikat berhak terhadap halaman akhbar atau sesuatu keluaran majalah yang ditaja. Syarikat ini juga berhak menentukan kedudukan halaman untuk penerbitan iklannya. Terdapat juga penaja halaman penuh yang berpengaruh dalam menentukan nilai dan pengisian kandungan halaman yang ditaja. Halaman atau penerbitan yang ditaja penuh biasanya diisi dengan berita atau kandungan yang mempunyai pengaruh atau dijangka boleh mendapat perhatian masyarakat. Dalam kedudukan sebegini, pihak penaja penuh kadangkala turut bertanggungjawab untuk membantu menguruskan sidang media mengenai isu atau penerbitan yang ditaja bersama pihak penerbit. Halaman atau penerbitan yang ditaja penuh biasanya bertepatan dengan sesuatu peristiwa utama negara atau hari-hari signifikan kepada organisasi dan dunia. Penaja halaman penuh biasanya terdiri daripada syarikat multinasional dan syarikat besar yang lain.
full-program sponsorshippenajaan program penuhKomunikasiKorporatSalah satu jenis penajaan penyiaran rancangan radio dan televisyen. Jenis penajaan lain ialah penajaan separuh dan penajaan bersama. Program penajaan penuh dilakukan sepenuhnya oleh syarikat pengiklanan secara bersendirian. Melalui kaedah ini, syarikat mempunyai hak terhadap ruang masa siaran dan kedudukan siaran iklan. Adakalanya, pihak agensi pengiklanan mempunyai pengaruh dalam menentukan pengisian kandungan rancangan yang ditaja. Rancangan yang ditaja penuh biasanya terdiri daripada rancangan yang mendapat sambutan atau dijangka mendapat sambutan baik oleh khalayak. Pihak penaja penuh kadangkala turut bertanggungjawab untuk membantu menguruskan majlis sidang media mengenai rancangan yang ditaja penuh biasanya disiarkan pada masa perdana. Para penaja kerap terdiri daripada syarikat multinasional dan syarikat besar yang lain.
co-sponsorpenaja bersamaKomunikasiKorporatPendekatan aktiviti penajaan untuk sesuatu acara, kempen, atau projek yang dilakukan secara bersama oleh beberapa syarikat. Penaja bersama juga boleh menanggung kos keseluruhan secara perkongsian. Setiap syarikat boleh menyumbang sesuatu bahagian perbelanjaan aktiviti yang ditaja. Jenis penajaan yang kerap digunakan seperti menyediakan poster, hadiah, ruang aktiviti, makan minum dan pengangkutan, atau menguruskan perolehan tetamu, artis dan pakar yang diperlukan oleh aktiviti berkenaan. Pendekatan penaja bersama turut diamalkan dalam aktiviti penajaan iklan dalam media cetak atau elektronik.
underwritingpenajaan jaminPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
underwritingpenajaan jaminUndang-undangTiadaTiada
underwritingpenajaan jaminEkonomiEkonomi IslamProses pemilihan risiko yang dilakukan oleh penaja jamin untuk menentukan sama ada permohonan perlindungan sesuatu risiko layak ditakaful atau tidak layak ditakaful. Risiko yang layak ditakaful boleh ditanggung sendiri oleh syarikat pengendali takaful atau ditanggung bersama melalui proses takaful semula, manakala risiko yang tidak layak ditakaful akan ditolak permohonannya seperti takaful keluarga bagi peserta yang melebihi usia 75 tahun dan takaful kebakaran rumah setinggan. Sinonim pengunderaitan.
underwriting commissionkomisen penajaan jaminPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
underwriting commissionkomisen penajaan jaminUndang-undangTiadaTiada
sponsorpenajaKomunikasiKorporatSebuah yayasan, syarikat, atau individu yang membayar pelaksanaan sesuatu aktiviti, sama ada dalam bentuk acara atau projek. Penajaan boleh dilakukan dalam bentuk bantuan kewangan, perkhidmatan seperti menyediakan poster, hadiah, ruang aktiviti, makan minum, pengangkutan, dan pengurusan perolehan tetamu, artis dan pakar, serta endorsan yang diperlukan oleh aktiviti berkenaan. Sekiranya sesuatu penajaan melibatkan jumlah kos yang tinggi, penaja diberi peluang terlibat dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan acara berkenaan. Pihak penaja juga akan mendapat hak mengiklankan barangan atau perkhidmatan sepanjang tempoh aktiviti atau projek berlangsung. Sesebuah organisasi atau syarikat hanya akan menaja sekiranya aktiviti atau projek yang ditaja boleh meningkatkan citra atau sebarang keuntungan lain kepada pihak syarikat.
speciality advertisementiklan khususKomunikasiKorporatKaedah pengiklanan yang mempunyai nilai khidmat masyarakat. Kaedah ini di- laksanakan melalui penajaan dengan menggunakan medium terpilih bagi mempamerkan jenama, logo, dan nama syarikat dengan menggunakan barangan atau peralatan yang dibekalkan oleh organisasi penaja untuk acara yang biasanya mempunyai khalayak khusus. Antara peralatan yang digunakan termasuklah pen, pembaris, topi, baju-T, dan penanda buku. Kaedah pengiklanan ini juga berfungsi untuk memenuhi sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat atau organisasi yang menjadi penaja. Contohnya penajaan seminar Dewan Perniagaan Malaysia yang dilakukan oleh sebuah syarikat kewangan. Melalui seminar ini, syarikat menyumbangkan peralatan seperti beg dan alat tulis, fail, topi, dan baju-T yang diberikan kepada peserta seminar. Semua peralatan tersebut mempunyai nama dan logo syarikat yang menaja.
12

Kembali ke atas