Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.naÖ.lu/] | ڤنعلوق

Definisi : orang yg menakluk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penakluk


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAMERLANE

Tamerlane (1336?–1405) ialah penakluk dari Asia

yang menggunakan pedang untuk membina

empayar yang luas tetapi tidak kekal lama. Dia juga

dikenali sebagai Timur the Lame .

Tamerlane ialah orang Tartar, iaitu bangsa

Mongol Turki dari keturunan Genghis Khan,

seorang lagi penakluk dari Asia.

UMUM 
PIZARRO, FRANCISCO

Pizarro, Francisco (1478?–1541) ialah penakluk

Sepanyol. Penaklukannya terhadap empayar Inca

membuka jalan kepada penjajahan Sepanyol

hampir ke seluruh Amerika Selatan.

UMUM 
MASLAMAH IBN ABD AL-MALIK

Maslamah ibn Abd al-Malik ialah penakluk

bangsa Arab. Dia lahir dan dibesarkan di Damsyik

serta mempunyai pengetahuan yang luas.

UMUM 
TARIQ IBN ZIYAD

Tariq ibn Ziyad (50–102 H./670–720 M.) ialah

penakluk Sepanyol. Terdapat juga pendapat

mengatakan bahawa namanya Tariq ibn Amru,

hamba kepada Musa ibn Nusayr, iaitu Gabenor

Maghribi merangkap panglima tentera Barbar

yang ditugaskan membuka Semenanjung Iberia

pada zaman Kerajaan Umaiyyah yang pada masa itu

diketuai oleh Khalifah al-Walid ibn Abd al-Malik.

UMUM 
MUSA IBN NUSAYR

Musa ibn Nusayr (19 H.– 97 H./640 M.– 715 M.),

ahli politik, penakluk berbangsa Arab pada zaman

pemerintahan kerajaan Umayyah. Nama penuhnya

ialah Musa ibn Nusayr ibn Abdul Rahman ibn Zayd.

Gelarannya ialah Abu Abdul Rahman Pembuka

Andalus dan juga al-Lakhamiy. Dikatakan juga

gelarannya ialah al-Umawiy kerana kesetiaannya

kepada Bani Umayyah. Berasal dari Wadi al-Qura,

Hijaz. Bapanya Nusayr adalah salah seorang

pengawal peribadi Mu’awiyah. Musa telah dididik

dengan cara hidup yang lasak dan kental. Dia telah

menerima pelbagai tugas semenjak usia mudanya

lagi dan dapat melaksanakannya dengan jaya.

UMUM 
WIZURAINaib raja atau gabenor jeneral yang mentadbir sesebuah wilayah yang ebrada jauh dari pemerintahan pusat bagi sebuah negara penakluk.SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
STEPHEN

Stephen (1097?–1154) ialah Raja Inggeris.

Pemerintahannya penuh dengan persengketaan

sehingga digelar ‘The Anarchy’. Persengketaan

tersebut berpunca daripada perebutan takhta.

Stephen ialah putera Adela. Adela ialah puteri

William Si Penakluk. Pihak lain yang berhak ke atas

takhta diraja itu ialah Matilda, puteri Henry I. Henry

telah memujuk baronnya untuk mengangkat

sumpah taat setia kepada Matilda sebelum

kematiannya pada tahun 1135. Pada tahun 1153,

Stephen akhirnya dipaksa untuk mengiktiraf putera

Matilda sebagai pewaris takhtanya, iaitu Henry II

yang menjadi Raja Plantagenet pertama (lihat

Plantagenet).

UMUM 
MOHOR BESAR

Mohor Besar, di United Kingdom, digunakan

untuk menandakan pengesahan raja terhadap

kebanyakan dokumen negara. Setiap raja memiliki

Mohor Besar khas, sebagai tambahan kepada

mohor privi dan meterai. Mohor diraja yang

pertama ialah Mohor Edward the Confessor. Mohor

William Si Penakluk menggambarkan raja

menunggang kuda dan bersenjata. Selepas

penaklukan England, dia menambah sebuah ‘mohor

balas’ dengan gambar penabalannya. Kemudian,

gambar raja ditabal menjadi bahagian depan mohor

dan raja di atas kuda di bahagian belakang. Lord

chancellor ialah penyimpan Mohor Besar. Apabila

seseorang raja meninggal dunia, mohor itu

dipecahkan, dan dibuat yang baru.

UMUM 
SAMARKAND

Samarkand (pend. 515 000) ialah bandar yang

kedua besarnya di Uzbekistan dan bekas ibu

negaranya. Untuk lokasinya lihat Uzbekistan (peta).

Bandar ini merupakan pusat pendidikan. Kilang-

Kilangnya membuat komponen radio, sutera,

superfosfat dan bahagian-bahagian traktor.

Samarkand menduduki tapak Marakanda purba.

Iskandar Agung memusnahkan Marakanda pada

tahun 329 S.M. Pada tahun 1300-an, Tamerlane,

penakluk Mongol, memilih bandar ini sebagai ibu

negaranya.

UMUM 
BUKU DOMESDAY

Buku Domesday ialah rekod rasmi pertama

pemegang harta yang tinggal di England dan

keluasan tanah yang menjadi milik mereka.

Maklumat ini dikumpulkan dan direkodkan atas

arahan William Si Penakluk pada tahun 1086,

iaitu 20 tahun selepas dia dan pengikutnya dari

Normandy menyeberang Selat Inggeris dan

menakluk England.

UMUM 
12

Kembali ke atas